Thursday, September 16, 2010

Sekadar luahan rasa...

Secara kebetulan pulak, hari ni birthday my sister yang muda setahun je daripada I...Happy Birthday Angah...moga2 angah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semua yang baik-baik lah untuk angah ya...Along sayang Angah!!!

Dan Selamat Hari Malaysia untuk negara Malaysia yang tercinta. Cuma yang sedihnya....sambutan Hari Malaysia ni amat kureng sangat-sangat. Sepatutnya bendera Malaysia perlu dikibarkan di semua tempat-tempat seperti di lebuh2 raya, bangunan....malah kat televisyen pun macam hambar je...kut ye pun sambutan Hari Malaysia ni perlulah disambung terus dengan sambutan Hari Kemerdekaan kita 'kan....I rasa semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia semakin berkurangan. Sedarlah semua....sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur hidup di bumi Malaysia yang bertuah ini...sape-sape yang tak sedar diri tu...sendiri mau ingatlah!!! I memang patriotik dan sokong kerajaan sekarang....dalam erti kata yang lain...HIDUP UMNO!!!..Bila bab berkawan, I tidak kisah samaada kawan tu fahaman politik atau bangsa yang berbeza asalkan kawan itu jujur dan ikhlas....tapi sebagai orang Melayu, I rasa orang Melayu itu sendiri tidak patut bersengketa antara satu sama lain disebabkan fahaman politik yang berbeza...tepuk dada tanyalah selera...

Ok ok ok..cukup dulu pasal ni ya....ini cuma luahan rasa dari insan biasa yang bosan dan jijik dengan pertelingkahan antara orang Melayu yang berlainan fahaman politik. Sepatutnya orang Melayu harus bersatu padu dan bukannya bergaduh sesama sendiri....HIDUP MELAYU!!!

Actually, ni breakfast I semalam yang sempoi...tak sempat nak masak yang heavy2 sebab my Youngest E demam. Tahu-tahu saje la 'kan, bila anak kecik demam...macam2 karenah lah yang perlu dilayan'kan...Today pulak, breakfast kat mamak jer...tengahari sampai ke petang ada open house kengkawan Mr E...dari Templer Park ke Bangi..dari Bangi ke Kelana Jaya pulak...last sekali sempat lepak kat IKEA sebelum pulang semula ke Templer Park.....

Tuesday, September 14, 2010

Genting Highlands...kasi happykan 3Es..

Today we all ke Genting Highlands. Kasi happykan 3Es....penat tu memang penat tapi bila 3Es happy, hilang letih mummy & daddy...:-)) Eldest & Middle E main macam-macam game seperti bumper car, Paris de Ride, Ferris Wheel dan macam-macam lagi sampai diaorang naik bosan. Ok lah tu 'kan...cuma my Youngest E je yang tak main apa-apa...next time ya sayang!!!...

So, u all layan gambar-gambar je dulu yer....

3Es....ni baru jer sampai kat Indoor Game Park.....

Mummy & Youngest E...

Mummy & Middle E...

Mummy & Eldest E...

Eldest & Middle E dalam Ferris Wheel....

My hencem boy....

Ni bears yang I menang masa main Electric game...:-))

Monday, September 13, 2010

Aidilfitri 1431

Diam tak diam, sudah Syawal ke 4 dah hari ni 'kan. Memang I sibuk sangat-sangat sampaikan nak update blog pun tak sempat. 1st Syawal, beraya kat rumah mertua dulu. Then, tengahari sudah cabut baik ke Rembau, N.Sembilan...rumah atuk & uwan I. My parents memang beraya kat Rembau pun setiap tahun...tu yang I akan pulang beraya kat sana jugak...

Aidilfitri 1431 seperti tahun-tahun yang dulu juga...bersalam-salaman sambil memohon kemaafan (rasanya tak perlu tunggu hari raya 'kan nak minta maaf...hihihihii), jumpa sanak-saudara yang jarang berjumpa dan wajib ada mestilah makanan bukan...Kalau cerita pasal makanan di hari raya ni pasti tak habis-habis 'kan...sebut je...ada lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, lontong dan segala mak nenek yang sewaktu dengannya lah....Makan sampai tak ingat dunia....pasti lepas ni berat badan I akan naik punya....:-((

Gambar-gambar Aidifitri 1431 belum ditransfer lagi..so,u all layan je dulu breakfast we all ya....

Macaroni goreng....dah lama tak masak, so memang habis la dimakan oleh 3Es dan Mr E...Lunch, tak masak sebab my mama ajak lunch kat rumah dia. Ada makan-makan sikit, my mama jemput semua adik-beradik dia datang lunch. Ada lauk kurma daging, rebung masak lemak cili api, ayam goreng, sotong kering sambal & udang sambal petai....Sedap!!!

I baked this Banana Almond Choc Chips Muffin dan bawa ke rumah my mama masa lunch tadi. then, we all pergi beraya kat Wangsa Maju, rumah cousin Mr E....lepak sampai lebam...Meh la layan video air terjun dari Bukit Takun, Templer yang melalui depan rumah we all...ni bunyi air yang kuat disebabkan awal pagi tadi hujan turun dengan lebatnya.....


Ok..tu je ceritera untuk malam ni....till then!!

Thursday, September 9, 2010

30th Ramadhan 1431

Ahamdullillah...sempurna sudah sebulan kita semua berpuasa 'kan. Sedih sebab Ramadhan meninggalkan kita semua tapi happy sangat sebab Syawal datang menjelma. Esok adalah Hari Raya umat Islam di seluruh dunia.....yeayyyy!!!!

Hari ni I & Mr E sudah mula bercuti selama 11 hari dari 9 Sept sehingga 19 Sept 2010. Ini pun kerana our company force leave untuk semua staff kecuali yang bekerja shift. Terasa lama betul cuti raya kali ni...so, I & Mr E sudah plan macam-macam agenda & aktiviti untuk we all & 3Es..:-))

Today, dari pagi sehinggalah ke malam I baking a few types of cake. Sambil2 tu jugak sempat prepare iftar Ramadhan terakhir untuk tahun ini....meh la jamu2 mata skit ya....

Menu iftar 30th Ramadhan 1431 di Templer Park....
Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Udang Serai, Daging Goreng...

My 1st time Nasi Tomato...

Ayam Masak Merah...

Udang Serai....

Layan bersama air Tembikai Laici...

Meh layan pulak cakes yang I bakar pada hari ini...
My Choc Butter Cake...

My Orange Chiffon Cake...

My Pandan Chiffon Cake..

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin daripada 3E sefamili buat semua pembaca CERITERA.......

Wednesday, September 8, 2010

29th Ramadhan 1431

Sehari lagi berakhir sudah bulan Ramadhan...Moga2 kita semua dipanjangkan umur untuk Ramadhan yang akan datang. Nothing much to say tonight.....so, layan gambar ja ya...

Sempat buat Honey Cornflakes dengan my Eldest E. Masa we all buat honey cornflakes ni, Middle & Youngest E sudah lena diulit mimpi...so kurang banyaklah pengacau-pengacau I...hihihi..

Honey Cornflakes memang laku sangat-sangat...especially Mr E tau!!!

Tuesday, September 7, 2010

28th Ramadhan 1431

Mood raya di mana-mana lah sekarang ni. Di office pun, nak buat kerja pun malas.....maklumlah 'kan mood raya dan mood cuti. I bukannya terover excited sangat nak beraya pun...cuma lebih daripada biasa sahaja compare to my kids lah. Especially my Eldest & Middle E....duk menghitung hari bila nak beraya ni...:-))

Oh ya! Terima kasih daun keladi to my good friend, Nadz yang hadiahkan I berhelai-helai selendang...tak tahu sebab apa Nadz hadiahkan selendang tu kat I (maybe hadiah birthday I yang sudah lepas kutss)...yang pasti I suka sangat...:-))

Ok peeps...bantal sudah memanggil tuuu...till then.

Selendang pelbagai colour buat I.....Tq Nadz!!Muaaahhhhs!!!

Monday, September 6, 2010

27th Ramadhan 1431 - Happy 33rd Birthday to me

Alhamdullilah, hari ini I menyambut ulang tahun yang ke 33. Eh!!! cantik lah angka tu 'kan...Happy birthday to me!!!!...Semoga I dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan segala-gala yang baik lah....amin!!!

Tak sempat nak buat birthday cake untuk diri sendiri kerana secara kebetulan pulak mak long I meninggal dunia pagi seorang diri (hubby dan anak2 dia pergi bekerja) menderita sakit kencing manis & jantung. I melawat arwah untuk memberi penghormatan terakhir di Masjid Pandan Indah bersama-sama Mr E & 3Es. 3Es sempat tengok lagi muka arwah dengan siap berkafan kecuali muka sahaja tidak ditutup lagi....Al-fatihah buat arwah.

So, hari ni memang tak sempatlah nak main masak-masak special for celebrate my birthday walaupun I cuti hari ni. Ok...so, on the way balik dari melawat arwah petang tadi, singgah sebentar kat Tesco Selayang. Waktu iftar pun sudah hampir, so we all makan je KFC....hihihihihi..ok jugak la tu...rezeki untuk hari ni...:-))

KFC..idaman we all selalu....:-))

Eldest E & Middle E...Middle E tak berpuasa tapi mengalahkan orang yang berpuasa macam Eldest E yang cuma tinggal puasa 3 hari je..itupun sebab demam..

Pulun makan tuuuuuu....

My youngest E....

Sunday, September 5, 2010

26th Ramadhan 1431

Hari ni hari mengukis sedunia..itupun masih tak cukup lagi cookies buat teman-teman rapat yang yang membuat tempahan. Ingat sambung esok pagilah...tak larat dah I ni..penat dan sakit pinggang I ni still tak baik-baik lagi..Tq so much to my Mr E yang tolong jagakan my Youngest E (daripada pagi sehinggalah ke tengah hari...siap mandikan dan cuci ber** my Youngest E ) masa I buat cookies ni....Luv U sayang..muaahhhss!!!

Cookies yang sudah siap dibakar...

Hujan pulak turun sejak malam tadi sehinggalah ke tengah hari. Cuaca sejuk sangat...nak buat laundry pun tergendala....tapi I still buat jugak, kalau tak buat...alamatnya menimbun macam bukit lah baju-bajan yang tidak dicuci....

Since dah penat 'kan hari ni, for iftar...I cuma buat Nasi Ayam ikut belasah dan citarasa I jer...dan nak kasi tau rahsia ni...this is 1st time I buat Nasi Ayam....mmmm, hasilnya amat memuaskan Mr E & 3Es...meh lak tengok Nasi Ayam tu.....hihihihi...

Nasi Ayam my style...resepi main campak-campak & ikut rasa hati jer....

Tauhu sumbat...my favourite ni...:-))

Kerabu mangga my style jugak...

Kuih keria..request by Middle E...

Fruit Cocktail sempoi...request by Mr E...

Iftar at Templer Park.....lumayan tak???

Ok peeps..cukup-cukup untuk hari ini yea...tuan tanah punya blog nak meluruskan pinggang ni...nite-nite!!!

Saturday, September 4, 2010

25th Ramadhan 1431

Rutin I as usual on the weekend after solat Subuh....I ke Pasar Borong Selayang, carilah apa-apa yang patut 'kan. Hasil tangkapan kat pasar...dapatlah ayam, ikan, sotong, udang, sayur-sayuran...yang best yer hari ni I ke pasar ditemani oleh my Eldest E. Ntah apa mimpi dia ntah tetiba je nak ikut I ke pasar sebab sebelum ni Eldest E sibuk komplen yang pasar tu busuk!!! We all ke pasar jam 6.30pagi dan sepanjang berada di pasar mulut si Eldest E tu tak berhenti-henti bercakap tanya itu tanya ini. Disebabkan mulut Eldest E yang ramah itu, ramai peniaga kat di situ tertarik dengannya...:-))



Eldest E sempat lagi posing dengan Mr Focus dan hasil tangkapan mummy di pasar pagi tadi...:-))

Lepas tu, we all terus ke Tesco Selayang pula sebab nak beli bahan2 kering dapur yang kehabisan. I tak pernah ke Tesco pagi2, so this is my 1st time ke sana di waktu pagi. Suasana tenang, aman dan damai...
Eldest E ni actually dah penat dah ni...tapi semangat lagi tu...gara-gara I promise kat dia since hormone estrogen dia baik & behave sejak daripada awal lagi dia temankan I ke pasar, I pun ke Tesco lak. Eldest E sibuk dengan cornflakes....janji dengan dia jugak nak buat biskut cornflakes hari Ahad ni....

Ni pulak Sambal Sotong Kering...Sabah mariii...untuk dibawa ke rumah mama mertuaku for iftar...favourite Mr E sepanjang zaman...:-))

Ada stok pisang tak habis lagi dalam peti sejuk tu...so, I buatlah Banana Almond Choc Muffin...naik cantikkan muffin tu..mmmm, rasanya sungguh moist sekali...(angkat bakul sendiri..hihihii.....feedback daripada adik2 ipar & biras pun cakap muffin ni sedap...so, mmg sedaplah tu...:-))

Sambal sotong kering, banana almond choc muffin and onde-onde buah melaka....

Friday, September 3, 2010

24th Ramadhan 1431

Hari ini Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan 1431. Moga-moga kita semua dipanjangkan umur untuk Ramadhan yang akan datang. Amin. Dan sedar tidak sedar juga, kurang dari seminggu juga umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan meraikan Aidilfitri.

Kalau cerita pasal beraya ni 'kan...rasanya zaman kanak-kanak yang paling best sekali 'kan....iyer la, kanak-kanak tahu happy je. Yang penting semuanya nak baru...dari baju sehinggalah kasut...semuanya raya..:-)) Tak kira mahal atau pun murah, yang pasti baru. I pun tidak berkecuali dalam cerita ini, I cuma ada 2 pasang baju kurung baru je (tu pun adik ipar I tengah jahitkan).....yang penting sekali adalah untuk 3Es.

For my Eldest & Middle E, diaorang ada 2 pasang baju kurung cotton, sepasang dress dan pakaian kasual ( jeans & t-shirt ) dan my Youngest E ada sepasang baju melayu & jubah dan seluar, t-shirt & kemeja untuk kasual...kasut raya pun ada sepasang...cukuplah tu, tak perlu banyak2 'kan....yang penting baru!!! 3Es pun sungguh excited nak nak raya ni...namapun kanak-kanak 'kan...layan je la...

Gelagat kaum hawa duk sibuk membeli-belah di Amparg Park....

Actually I cuma temankan my officemate, Pn Comel ke Ampang Park...I cuma jamu2 mata je dan tengok gelagat kaum hawa yang begitu taksub berbelanja untuk hari raya...hihihiihi..

Ingat nak beli satu brooch ni....ada gak berkenan di hati tapi memandang kena beratur panjang giles untuk membayar (buang masa + penatlah berdiri lama-lama), hasrat tu dipendamkan saje..

ok..till then....:-)

Thursday, September 2, 2010

23th Ramadhan 1431

Orang berbudi, kita berbahasa....orang memberi kita merasa...Terima kasih daun keladi kepada Kak Lily Haslina Nasir melalui blognya.....http://lilyhaslinanasir.blogspot.com/ kerana sudi berikan secara percuma buku novel terbaru hasil nukilannya kepada I dan collegues I thru hubby dia....Actually hubby Kak Lily collegue I...workstation we all pun sebelah-menyebelah je...Nak tahu lebih lanjut atau sinopsis novel ini...u all bolehlah melayari blog dia yea...:-))

Novel Tuhan Masih Mencintaiku ini adalah sequel daripada novel Menunggu Cinta Tuhan....mmm...banyak novel tak habis baca lagi ni. Tapi takpa...I akan buat marathon membaca novel sampai lebam.....:-))

Itu sahaja buat hari yea...tuan tanah punya blog mahu tido lah.....till then....:-o

Wednesday, September 1, 2010

22nd Ramadhan 1431

U all layan yer gambar-gambar yang sempat I ambil semalam semasa we all iftar kat Chakri Palace, KLCC...

Decoration for Hari Raya Aidilfitri yang sangat sempoi kat concourse area KLCC...tak semeriah & sepoyo sambutan Krismas.....

Ni la tempatnya yang selalu we all kunjungi kalau nak celebrate any occassion...rasa makanan still maintain sejak 8 tahun dulu, suasana pun selesa...apa-apa pun I recommend this place kat u all...

Mr E ku yang maintain macho & cool itu....:-))

Kanak-kanak ribena yang keboringan sebab tunggu food sampai...dah habis dah buat pelbagai aktiviti sementara menunggu makanan yang dipesan sampai....

Sawadeeka......dari 3Es

Know Phad Talay.....Nasi goreng seafood

Tom Yam Gung Red....for me

Tom Yam Talay for Mr E...

Chakri Pik Gai Tord for 3Es makan bersama nasi putih.....

Lepas selesai makan, we all window shopping kat KLCC then pulang ke Templer....Tq Mr E for the treat....muaahhhhhhhhs!!!

pssttttt...Happy 59th Birthday to my Ayah.....semoga dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur daripada anankanda mu ini.......:-))