Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam di luar sana yang menyambutnya daripada 3Es sefamili. As usual, we all akan ke rumah parents we all untuk beraya dan aktiviti makan-makan hari ni. Since raya 'kan...surelah semua orang akan berpakaian cantik-cantik gitu...Ok, got to go.....nak siap-siapkan 3Es ni....till then:-))

Bakes of the week...

For someone yang celebrate birthday....Thanks Ina

Happy Birthday Hannah!!! Thanks Lia

Mini quiche for makan-makan...Thanks to Suzy & Qaseh..

From Kuala Lumpur to Kemaman....Almond Cookies for Izyani.

Walnut brownies for Shikin....

Monday, November 15, 2010

Sudah Isnin rupanya.....

Welcome Monday!!!....mmm....seperti biasa 'kan, kalau hari Isnin je sure ramai diluar sana tidak suka akan kedatangan Isnin...betul tak?...Hihihihihihi termasuklah I...tapikan hari Isnin wajib ditempuhi sama ada suka tau tidak. So, untuk menceriakan my Monday, I nak tayangkan gambar2 3Es yang diambil oleh Mr E di Zoo Negara pagi semalam....

3Es posing dulu....


Kat ladang little pony...

Eldest E beri makan rumput kepada little pony...

3Es tengok pertunjukan anjing laut...

Anjing laut membuat persembahan....3Es amat terhibur dengan pertunjukan itu...:-))

Tengok gajah pulak...

Sunday, November 14, 2010

Sunday oh Sunday....

I love Sunday....sebab utamanya, I wajib ke dapur kecil I untuk menyibukkan diri bagi mencuba pelbagai resepi dan polish my cooking & baking skills and Mr E & 3Es akan menjadi perasa semua makanan yang I masak serta akan menjadi my No 1 pengkriktik....kebanyakannya komen yang I terima daripada pengkritik2 ini....apa yang I masak semuanya sedap2 belaka tapi kekadang tu ada jugak yang tidak menepati piawaian pengkritik2 ini.....:-(( Takpa, semua komen2 itu samada bagus atau tidak, I tetap terima dengan hati yang terbuka dan menambahkan semangat I untuk menyediakan rasa makanan yang lebih sedap lagi.....

As usual.....nak tayangkan makanan2 yang I sediakan untuk santapan Mr E & 3Es....

Breakfast siaran ulangan....Char Kueh Teow Seafood layan bersama Earl Grey Tea....

Nasi Ayam Sempoi for lunch dan dibawa ke dinner...Mr E cuma makan 3 biji telur separuh masak for dinner....diet kuts...

Cookies of the week....Almond Cookies diberi nama oleh my Eldest E...layan la....3Es sangat suka dengan cookies ni, especially Eldest & Middle yang sudah plan untuk bawa this cookies sebagai bekalan ke sekolah esok hari...:-))



Saturday, November 13, 2010

Selera : Kerapu Masak Stim vs Udang Berempah...

Payah benarlah bila selera orang-orang kat rumah I berbeza-beza. Kekadang tu letih nak melayan karenah diorang jugak...tapi tak sampai hati pulak 'kan. Sorang tak suka udang, sorang lagi hantu udang dan sorang tu belasah apa sahaja asalkan kenyang. Macam my Eldest E tu...dia ni memang kaki makan...lepas makan makanan yang heavy, Eldest E pasti akan tanya ada coklat atau biskut tak? Padahal tak sampai 5 minit baru je lepas makan nasi!!! Bela hantu raya ker? Yang pasti Eldest E wajib pekena nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari...tapikan kalau u all tengok fizikal Eldest E pasti ingat dia ni bukan pemakan orangnya....kurus keding gitu...

Menu lunch we all yang sempoi...Kerapu Masak Stim, Udang Berempah, Bayam Celur & Telur Dadar...

Berbeza dengan Middle E pulak...makan dalam amount yang sedikit tapi kerap dan tidak berapa suka makan ayam....lebih kepada seafood. My Youngest E pulak balun jer apa sahaja kecuali kek dan roti. Udang tu memang favourite Youngest E...suka sangat makan udang....sampaikan kekadang tu, I dan Mr E terpaksa sorokkan udang dan bilang sama Youngest E yang udang sudah habis. Padahal belum habis pun..:-))

Apa2 pun walaupun selera 3Es berbeza.....3Es tetap adik-beradik satu mummy dan satu daddy!!!


Kerapu Masak Stim....sedap!!!!

Udang Berempah...

Thursday, November 11, 2010

Kerja kerja dan terus bekerja...

Bukankah kerja itu satu ibadah? Selain daripada itu dengan bekerja juga kita pasti akan mendapat imbuhan di atas pekerjaan yang kita lakukan bukan...Apsal ntah tetiba jer introduction post I hari ni ala-ala tazkirah gitu....ntah ler, kekadang tu perlu juga muhasabah diri sendiri dan kalau yang baik tu baik dikongsi bersama-sama....

Minggu ni sangat banyak kerja di office daripada support system, buat testing, upload data, troubleshoot error dan ntah apa-apa lagi....sampai je kat rumah, badan pun sangat letih dan minda terasa letih....alih-alih tido jer jawabnya. Tak sempat sangat nak bermesra alam dengan 3Es...apatah lagi dengan Mr E....rasa tidak adil pulak buat diaorang 'kan...:-((

Ni pun tersenguk-senguk nak update blog....tadi idea agak mencurah-curah....tetiba jadi blank pulak....:-(( U all layan gambar je la....

Bangun jam 5 pagi terus bikin this Mini Quiche dan Banana Almond Choc Chips Muffin for our breakfast. Eldest & Middle E bawa bekalan ke sekolah begitu juga mummy & daddy!!!

Roti Arab layan bersama Sambal Mackerel for our sempoi dinner!!!


Wednesday, November 10, 2010

Tipah tertipu bang...Tipah tertipu

U all ingat ayat ini...."Tipah tertipu bang...tipah tertipu...."....hahahaha..ini adalah antara dialog yang famous petikan daripada filem ALI SETAN lakonan Ogy Ahmad Daud, Azmil Mustapha & Izi Yahya. Dan disebabkan filem itu jugak, I berkobar-kobar dan menyimpan hasrat untuk masuk ke USM Penang....gara-gara filem itu. Finally, I berjaya jugak menjejakkan kaki ke tanah Minden yang banyak menggamit memori indah dan jugak pahit (tapi sikit jer) dan duduk di sana selama 5 tahun demi segulung ijazah....Sadiss 'kan!!!

Ok ok..I bukannya nak ceritera pasal masa zaman I belajar kat sana tau.....tu later-later la ye.....Kisahnya begini.....kejadian ini berlaku pada hari cuti Deepavali yang lepas tau. Kisah benar tau. After breakfast, we all ke Tesco Rawang....nak belilah dapur gas I yang baru sebab yang lama sudah uzur benar. Uzur-uzur pun dah hampir 5 tahun menggunakannya walaupun murah 50rial je....cap ayam...happy cook gitu namanya tapi ianya begitu berjasa kepada I tau....

Ok...usha punya usha kat Tesco tu, berkenanlah dengan satu dapur gas ni...cap biasa-biasa PENSONIC.....harga?...cuma RM60. Ok jer...terus amik dan menuju ke kaunter pembayaran sambil ada juga barang2 lain. I bukannya taknak yang dapur gas yang baik macam ELBA, Bompani etc...tapi mengenangkan dapur I tidak direnovate dan diextendkan lagi siap tempias2 time hujan (tengah kumpul pitih ni..duit)...so, pakai la cap apa-apa pun asalkan I boleh memasak.

Pastukan, Mr E teringin nak belikan my Youngest E kereta mainan sebab we all tidak pernah belikan dia toy car yang besar sikit...so, Mr E pun amiklah satu lori plastik cap MEGABLOCK camtu. Mr E ingat ada discount atau dah harga runtuh sebab longgok dalam rak Promosi, takde pulak tulis harga tapi Mr E tak kisah tak pergi scan dulu harganya....alih-alih, masa cashier tu scan toys tu...u all tahu tak berapa harganya.....rupa-rupanya harga toy itu ialah RM60.....sama harga dengan dapur gas I!!!!...aishhh..takkan lah we all nak kata pada cashier tu cancellah, taknak toy tu..rasa macam tak steady la pulok 'kan.....Bukannya Mr E tak boleh bayar harga toy itu, tapi pada we all, kalau awal2 lagi we all tahu yang harganya sedemikian rupa..sudah pasti we all akan cari toy lain yang harga patut sikit la kan..tak gitu? Macam tak berbaloi jer sebab bayar camtu untuk sebuah tractor yang agak kecil....dan mungkin tahan 1-2 minggu sebelum hancur musnah penangan ultraman cosmos kecik I tu..

Kesimpulannya, we all marah pada diri sendiri sebab tidak semak dahulu harganya sebelum membuat pembayaran dan keduanya we all hangin kepada pihak management TESCO yang cuba mengelirukan pembeli secara tidak langsung dengan claim jualan promosi tanpa meletakkan sebarang harga. Tak baik tau tipu-tipu ni...berdosa....So, u all kat luar sana, make sure kalau nak beli sesuatu, especially yang ada promosi tu, sila semak harga terlebih dahulu kalau tak sure ya...ingatan ini buat diri sendiri jugak!!!!...(caishhhh..dalam diam-diam, I dan Mr E tertipu...uwaaaaaaa).

3Es sempat bergambar dengan troli TESCO lagi...yang buat I kagum, TESCO boleh buat atau sediakan troli siap dengan babyseat lagi, lembut pulak tu dan my Youngest E suka dan behave sangat-sangat duduk kat situ.

Toy yang berharga RM59.90 itu......boleh tahan gak untuk sebijik anak lori!!!...Yang pasti, tipah tertipu bang!!! Toy yang diberi nama FORD EMIL oleh my Youngest E sebab terpengaruh dengan kereta daddy dia....muahahahahahaha...

Ok yer...ceritera berundur diri dulu...see u in the next post ya!!!

Monday, November 8, 2010

MIFA @ Pavilion - Part 2

Lagi tentang MiFA.....mari layan gambar2 sekitar BDA Fashion show yang mana my Eldest E terlibat sama walaupun cuma sekejap sahaja berada di atas pentas. Turut berkongsi pentas dengan young models ni ialah Sofea Jane, Erra Fazira, Rozita Che Wan, Ziana Zain and also Deanna Yusof.

My Eldest E yang memakai baju hijau pucuk pisang sambil memegang bunga berwarna merah. Credit to NikAizu for this picture.


Eldest E yang memegang butterfly.....picture by NikAizu

Designers with their models...Rozita Che Wan, Erra Fazira, Sofea Jane, Ziana Zain & Deanna Yusof...

As usual, mommies yang lebih teruja...yang pasti we all adalah mommies yang hot!!! FL...Huda, Me, Kak Jun & Intan....

S10...tempat duduk we all...apa-apa pun ianya antara event yang happening and semua orang happy.....Tq to Shashue, Kak Jun and Datin Sharifah Kirana yang invite my Eldest E to join this event. Huda, Intan & Kak Jun....lepak dgn u all mmg best!!!

Sunday, November 7, 2010

Tidak mahu gemuk tapi suka makan...camne ye?

Sekejap sahaja hujung minggu berlalu. 3 hari.....Itupun termasuk satu hari cuti Depavali yang jatuh pada hari Jumaat. Mmmmm, memang cuti tidak pernah cukup kan..lagi2 bila cuti dan berada di rumah, segala macam house chores yang perlu dibereskan dan melayan karenah Mr E dan 3Es...tanpa disedari masa berlalu dengan pantas...Kalau kat office, punya la lambat masa berlalu...Tapikan, memang betullah....kalau cuti dan duduk di rumah...memang house chores tak pernah habis!!! Ada je nak tak settle lagi....mmmm, anyway I enjoyed jugak dengan house chores ni walaupun kekadang tu penat...:-))

Breakfast cuma Char Kueh Teow Goreng, Cekodok pisang & Earl Grey Tea...itu ni sudah kira late breakfast sebab tuan tanah punya blog bangun liwat....opsssss lewat...Sedap tidur dan golek-golek atas katil sebab hujan turun dengan lebatnya di Templer....:-))

Sempat lari ke pasar sekejap untuk membeli sotong hidup yang dimasak resepi campak-campak....nampak pulak ikan kerisi, terus rembat...sedap jugak ikan kerisi ini..habis 8 ekor ikan kerisi ini dimakan oleh we all...as usual, bayam celur wajib ada la 'kan....

Dinner tak masak pun sebab Mr E bawa 3Es ke rumah mama dia.....So, I bolehlah rehat dan rasa tenang dan aman sikit tanpa 3Es...bila 3Es takde, walaupun sekejap terasa boring boring pulak 'kan...bila 3Es ada...terasa kecoh pulak...aishhhh...so, masa 3Es takde tu, I pun buatlah this sinful Steamed Brownies yang I cilok resepinya daripada negara jiran kita, Indonesia. Uisshhhhh..sedap bangat rasanya...tak tahu nak describe rasanya dengan kata-kata, hanya lidah sahaja yang mengetahuinya....:-))

Terasa bersalah yang amat pada diri sendiri sebab makan banyak this Steamed Brownies ni...rasanya I kena start diet balik ni sebab my weight dah bertambah ni dan yang pasti I tak mahu jadi kembang....:-((

Saturday, November 6, 2010

Gambar je, ceritera takde hari ni...

Masak....abis, masak....abis, masak...abis....Memang lah I puas hati 'kan sebab Mr E & 3Es kenyang 'kan, tapi I hari ni agak banyak menghabiskan masa asyik duduk kat dapur je...suka tu memanglah suka 'kan tapi penat jugak....dah ler tu bila jemari I ni asyik membasuh segala mak nenek yang berkaitan dengan dapur, pasti menjadi kering dan berkedut...I tak nak lah tua sebelum waktunya:-((

Sangat penat...so, nak tido dulu...u all layan ye foods yang I masak untuk semalam dan hari ini...Esok? Tak tahu lagi...


Ni menu lunch semalam...Spaghetti Bolognese & Mini Quiche...

Mini quiche ni I buat gara-gara sebab masa my Eldest E ada fashion show kat Pavilion...ada jugak makan minum yang ringan2 skit...cthnya mini quiche...tapi tak sedap..bikin sendiri baru sedap!!!


Dinner semalam...Ayam masak merah, ikan masin belanak....sempoi ja 'kan

Rupa paras my Cincai Ayam Masak Merah...


Pulut kuning dan rendang daging for today breakfast....


Menu lunch for today...Tenggir kari, Sambal Sotong Kering, Buncis Udang Oregano...

Lepat Pisang Emas for tea.....

Friday, November 5, 2010

MIFA @ Pavilion...Part 1

Show bermula jam 8malam.....tapi jam 4ptg sudah kena ada di level 2, Pavilion, KL. Mmmmm, layan je la. By the way, this is 1st time ever, my Eldest E catwalk atas pentas ala-ala model gitu. Actually, sempena MIFA show for young & bumiputra designers untuk pamerkan their best and latest design. Buat masa ni, layan dulu gambar-gambar yer...nanti pada post MIFA@Pavilion Part 2, I story ye....

My Eldest E...before the show...

Young models makan dulu before buat show....KFC tuuu, dinner ditaja oleh Karyaneka

Eldest E with the girls, parading on the stage...


Semua model-model cilik ini keriangan sebab dapat buat jalan kucing di atas pentas...pastu pulak dapat saguhati lagi sebanyak RM1**.00 daripada Karyaneka. Eldest E sangat happy dan tanya I bila lagi the next show??? Wah!...dah seronok lah tu 'kan...Anyway, I benarkan my Eldest E buat this show sebab nak beri exposure and good experience to my Eldest E bila berada di khalayak ramai...


At backstage...FL:Kasih, Edelyn & Julia...


Eldest E with Iman (Kirana's daughter) & Arina (Kak Jun' daughter)..


The young models with the designer yang design baju model-model cilik ini....Sharifah Kirana...
Muka masing-masing happy sangat padahal pada ketika itu, jam sudah menunjukkan pukul 11.15mlm....
Bersambung pada next post Ceritera ya.....

Tuesday, November 2, 2010

Part time housewife vs Full time Housewife

Mana satu pilihan u all? Tepuk dada tanya selera...For me, both of the choices ada pros and cons......depending on the situation. Currently, I ni tergolong di dalam kategori "part time housewife"..sebabnya bermulanya Isnin sampailah ke Jumaat, I bekerja di office 9-6....so, weekends je barulah jadi "full time housewife"....Seriously, menjadi "full time housewife" memang lagi mencabar dan finally sangat penat okay!!!! I tabik springlah kepada semua full time housewife di luar sana...especially yang menguruskan rumahtangga, anak-anak dan segala macam mak nenek yang berkaitan tanpa bantuan pembantu rumah. Sebagai contoh, my mama lah....:-))

My mama pernah bekerja sebelum berkahwin dengan my Ayah di kilang percetakan buku. Selepas berkahwin, my Mama hanya menumpukan perhatian kepada anak2, suami dan urusan rumahtangga daripada memasak, membasuh, melipat kain, mengemas rumah etc...Dan urusan2 ini masih lagi dilalui oleh my Mama walaupun sudah 34tahun melakukannya! Dan ditambah lagi dengan mengasuh cucu-cucu pulak....aishhhh....

I ni cuma working mum yang biasa-biasa sahaja. After graduated, I tanam anggur agak lama juga sebelum joined banking industry then terus terjebak di dalam telecommunication industry pulak...Dan sebenarnya I sangat happy jugak menjadi working mum...selain daripada ada income sendiri...I dapat jugak meluaskan pergaulan dengan kengkawan sebaya dan tidak sebaya samada dari segi ilmu pengetahuan dan macam-macam lagi lah. Apabila kita bersosial di tempat kerja (bukan buat benda2 yang tidak senonoh tau)...secara tidak langsung, salah satunya minda akan lagi lebih terbuka....tapi kan, itu semua bergantung kepada diri masing-masing. Yang pasti, after office hours, I ni milik Mr E dan 3Es sahaja....

Cuma nak bagitahu lah kat semua mommies yang bekerja diluar sana....setinggi mana pun pangkat dan sibuknya u all di office, anak2 dan suami jangan diabaikan ya....Sayangilah mereka kerana mereka ni adalah insan2 yang amat berharga.....I sayang banyak2 my family tau....mmmuuaaaaaahhh!

Got to go ya...till then and have a good sleep!!!

Sempat bikin this Congo Bars after dinner tadi (menu:leftover sup tulang, mackerel sardin dan telur dadar) for my friend gara-gara tidak tahan tengok my Congo Bars.....

Monday, November 1, 2010

Hello November...bye-bye October

Let the pictures do the talking...

Mangga muda cicah dengan kicap dan cili api...ni bukan kes mengidam tau!!!

Kuih keria layan bersama Earl Grey Tea for tea...

Char Kueh Teow for dinner....:-))