Saturday, November 13, 2010

Selera : Kerapu Masak Stim vs Udang Berempah...

Payah benarlah bila selera orang-orang kat rumah I berbeza-beza. Kekadang tu letih nak melayan karenah diorang jugak...tapi tak sampai hati pulak 'kan. Sorang tak suka udang, sorang lagi hantu udang dan sorang tu belasah apa sahaja asalkan kenyang. Macam my Eldest E tu...dia ni memang kaki makan...lepas makan makanan yang heavy, Eldest E pasti akan tanya ada coklat atau biskut tak? Padahal tak sampai 5 minit baru je lepas makan nasi!!! Bela hantu raya ker? Yang pasti Eldest E wajib pekena nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari...tapikan kalau u all tengok fizikal Eldest E pasti ingat dia ni bukan pemakan orangnya....kurus keding gitu...

Menu lunch we all yang sempoi...Kerapu Masak Stim, Udang Berempah, Bayam Celur & Telur Dadar...

Berbeza dengan Middle E pulak...makan dalam amount yang sedikit tapi kerap dan tidak berapa suka makan ayam....lebih kepada seafood. My Youngest E pulak balun jer apa sahaja kecuali kek dan roti. Udang tu memang favourite Youngest E...suka sangat makan udang....sampaikan kekadang tu, I dan Mr E terpaksa sorokkan udang dan bilang sama Youngest E yang udang sudah habis. Padahal belum habis pun..:-))

Apa2 pun walaupun selera 3Es berbeza.....3Es tetap adik-beradik satu mummy dan satu daddy!!!


Kerapu Masak Stim....sedap!!!!

Udang Berempah...

2 comments:

  1. salam Ila..samalah dgn cucu2 auntie ni..marissa suka udang,adiknya tak makan langsung udang...marissa kuat makan,adiknya tak suka makan..yang tua 2 orang tu senang tolak batu n kayu je..

    ReplyDelete
  2. Salam Aunty....selera budak2 memang berbeza 'kan...kekadang tu pening kepala saya nak melayan selera diaorang ni....

    ReplyDelete