Sunday, April 17, 2011

Hot Sunday....

Suka betul I hari ni sebab awal pagi-pagi sinaran matahari memancarkan sinarannya. Buat laundry 7 trip (mmmmm...bab nak melipat tu yang lomah tu....sape nak tolong I lipat baju bajan yang sudah kering tu.......) termasuklah laundry anak2 patung Eldest & Middle E.....

Anak-anak patung Eldest & Middle E berjemur tepi pagar...bukan di tepi pantai ya...:-))

Breakfast pun siaran ulangan.....siaran ulangan pun siaran ulangan la asalkan laku dan licin dimakan oleh Mr E & 3Es.......

Lunch pun biasa-biasa je...Ikan Tenggiri Masak Assam, Daging Goreng dan buah-buahan.....

Ikan Tenggiri Masak Assam.....

Memaniskan mulut.....

Baked this cookies lewat petang tadi.....boleh buat bekalan sekolah Eldest & Middle E esok...mummy 3Es pun nak bawa ke ofiice jugak!!!!!

Close up my COFFEE CHOCOLATE CHIPS COOKIES.....siap beriben bagai tuuuu....:-))

Okay la babe.....nak sambung lipat baju bajan ni.....till then...:-))

Saturday, April 16, 2011

Hujan......

Agak seharian hujan hari ni. Bermula awal pagi....membuat I agak malas nak bangun....almaklum la 'kan...kalau hujan sure best lepak2 atas katil sambil tido-tido ayam....Selepas solat Subuh, terus redah hujan jugak menuju ke Pasar Selayang. Carilah apa-apa yang patut untuk top up kan bekalan bahan mentah untuk I masak-masak. Breakfast, beli je......

Laundry I tak buat sebab tak tahu nak sidai kat mana. Faham-faham je la 'kan...rumah I takde porch...so, kalau buat laundry banyak2 mana ada tempat nak sidai...so, kena tunggu sinaran mentari menjelma baru boleh buat laundry. Lepas breakfast dan buat house chores ala-ala kadar je...I pun amik nap kejap....sementara Mr E layan movie bersama-sama 3Es. Best gak tido masa hujan-hujan ni...sejuk....nyaman.....:-))

Mood masak pun dah melayang ke mana.....just buatkan Nasi Ayam je.....dari lunch sehinggalah ke dinner...(ni mmg kes mummy malas ni...)....selain tu buatkan Mackerel Goreng dan Sambal Sotong...buat tambah-tambah lauk.....

Nasi Ayam my version.....

ada lauk tambahan tau!!!..kut2 la Mr E & 3Es rasa tak cukup lauk...

My Sicilian Orange Cupcake for tea.....

yang ni ada letak choc chips...request from my Eldest & Middle E...habis 3 ketul setiap sorang makan this cuppies....malah Mr E pun makan 3 ketul sekaligus....laku babe!!!! Lain kali boleh buat lagi ni.....

For me....tunjukkan seketul je...padahal I balun 5 tuuuuuu....hihihihi..sedap bangat!!! tak jemu dan tak muak makan tau!!!....

Dinner, I suapkan je 3Es....senang citer. Pastu pulak tak perlu basuh pinggan mangkuk banyak-banyak dan rumah pun tak sepah-sepah.....:-)). Malam ni Mr E kena turun site sebab ada fault yang perlu difixedkan kat one of the exchange TM di Bandaraya Kuala Lumpur yang tercinta.......Okaylah...happy weekend ya....

Friday, April 15, 2011

Sharing is caring....

Just to share…..( I terbaca kat internet masa lunch time tadi….)

Riwayat Bukhari Muslim ' Whoever would like to have his provision increased or his lifespan extended, let him uphold the ties of kinship'.

Another hadith is' Whoever believes in Allah and the last day should maintain good relation with his kindred'.

Kindred bermaksud family and close relatives- brothers, sisters, nieces, nephews, grandparents, uncles, aunties and their children from both of our parents side.

Lepas baca hadiths ni, I asked myself how much have I shown my love to my kindred? Apa yang I telah buat untuk terus kukuhkan ukhwah ini? When was the last time I visited them? What did I do to help my relatives who are in real need? Termenung kejap I……..


Hadith yang lain pula from Bukhari Muslim, ' If one gives in charity that equals one date-fruit from money that is earned in lawful manner, and Allah only accepts what is lawful, Allah shall take it in His right (hand) and then enlarges its reward for that person just like any of you who brings up his baby horse, so much so that it (the charity) becomes as big as the mountain.

Bekerja…..dapat habuan…..buat amal jariah….dapat pahala dan maybe tanpa disedari dapat habuan yang tidak disangka-sangka pulak ..Faham ‘kan maksud I? Allah akan gandakan setiap apa yg kita sedekahkan sebesar gunung just by giving sebijik kurma je…….insya-Allah……

So, bersedekahlah dengan ikhlas…tak kira la hari apa-apa pun dan tak perlu banyak pun….yang penting nawaitu kita dan tidak mengharap apa-apa balasan pun disebaliknya……


Okay…..last hadith nak share lagi from Bukhari muslim 'If anyone fulfills his brother's needs, Allah will fulfill his needs, if one relieves a muslim of his troubles, Allah will relieve his trouble on the day of resurrection'.

Okay….rasanya cukuplah dulu ya, to inspire us to continue giving charity especially to our kindred…..Happy Jumaat to all of u….:-))


Wednesday, April 13, 2011

C.I.N.T.A...........

Sungguh klise 'kan ayat cinta itu buta, macam betul dan tak dapat dinafikan bila seseorang tu dilamun cinta, semuanya indah2 belaka, biarpun tidak indah di mata orang lain, pastinya berbunga2 di mata sendiri....


Kadang-kadang ada jugak I terfikir bila terpandang atau mengenali pasangan yang sudah berkahwin atau sedang bercinta, benarkah diaorang ni saling tertarik dan menyayangi antara satu sama lain? Atau ada maksud disebaliknya....Kekadang tu bila I usha2, partnernya (tak kira la suami atau kekasih) nampak macam tak match langsung...physically lah. Laki punya out, tapi masya-Allah yang pompuannya punyalah cantik!!!!.....iyela 'kan masing-masing ada keistimewaan yang orang lain tidak nampak, hanya pasangan tersebut je yang sedar atau nampak akan keistimewaan tersebut....tak gitu?


Actually 'kan, bila I terjumpa atau mengenali pasangan ala-ala Pinang di belah 5 yang nampak memang tidak sepadan di mata I, tetapi 'kan diaorang sangat happy hidup bersama.

Same goes to my friends yang jatuh hati dengan orang yang pada pandangan mata orang lain tak sesuai gitu dengan mereka, siap komen bagai.....macam kenapa nampak tua sangat yeee, kedudukan tak setaraf lah, itulah, inilah, semuanya serba tak kena di mata mereka, tiada yang istimewa di mata diaorang......tetapi tetap menjadi pujaan hati......Mmmmmmm, ntahler maybe benar CINTA ITU BUTA....jangan BUTA CINTA sudah lah......


Apebenda lah I merepek ni.....


Teringin nak makan Blueberry Cheese Tart....tu yang terus buat tu.....puas hati I sebab dapat makan....berketul2 tu, rasanya mmg lemak tepu dah bertambah2 ni di dalam badan I...mmm, esok2 lah diet 'kan...:-))

My BLUEBERRY CHEESE TART.......want a bite?

Monday, April 11, 2011

Women, shoes & car....

Hari ni I nak merapik skit ya...Biasalah Monday 'kan....sengal skit hari ni.....agak-agak 'kan berapa pasang kasut yang u all simpan dalam kereta?....Kebetulan pulak I cerita pasal kasut ni sebab lunch tadi I drive one of my good friends punya kereta. Mrs A (for sure la bukan nama sebenarnya) tak berapa larat nak drive sebab tak berapa sehat (so..penat la...). Pergh!!! I tell u ya..dalam kereta Mrs A ni punya lah banyak pasang kasut yang dia ada.....ada lebih 10 pasang jugak la 'kan.....tu baru tengok dalam kereta....kalau dalam boot tak tahu la ada berapa pasang 'kan... Pelbagai warna, corak dan rekaan tau!!!! Cakaplah apa saja...bertutup, bertali, bercangkuk dan berbatu kristal...semuanya ada...macam kedai kasut pun ada jugak!!! I pun suka kasut jugak...tapi semenjak dah berkahwin ni I suka pakai kasut yang selesa dan tahan lasak...almaklum 'kan...pergerakan wajib cargas..tak boleh nak lembab2 la...

Berapa pasang kasut yang u all simpan dalam kereta? Kalau I...adalah dalam 3 ke 4 pasang gitu....For women yang drive ke office, kereta ni ibarat "rumah kedua" tau. Ye la 'kan...hampir berjam2 lamanya dalam sehari kita berada dalam kereta....sambil otak ligat berfikir......Nak masak apa ya dinner utk hari ni? Jam berapa nak hantar anak2 ke tuisyen atau esok ke office nak pakai baju apa....macam2 la kita fikir kan masa driving tu.....Stok kasut dalam kereta adalah salah satu daripada hobby nak divert sikit attention away from our hectic life yang mencabar serta banyak ragam tuu. Itupun belum dikira ada baju bajan spare utk anak2 dalam boot kereta...kut2 la termuntah dalam kereta....terkencing ke atau air tertumpah kat baju dalam perjalanan ke mana2.....

Best tau jadi women ni....I 'kan kalau boleh kat kereta tu nak letak je semua bende....u all pernah tak kalau travel by car sure nak angkut semua barang2 kat rumah tu then sumbat je kat dalam kereta....walaupun tak guna pun barang tu tapi yang penting hati puas 'kan.....bunyinya macam buruk perangai..tapi ada I kisah ke...yang penting hati I senang dan puas!!!!

So, apa kaitannya kasut dengan kereta ya.....mmmm..fikir2kan la ye...chill ya!!

Gambar di bawah ni takde kena mengena dengan kasut tau.....ni lunch I dan Mrs A kat Belanga, Mid Valley tadi........

Nasi Goreng Belacan dengan ayam kepak goreng for me.....

BeeHoon Soto yang tak berapa menjadi tu for Mrs A......:-((

Sunday, April 10, 2011

Santai-santai.....

Today cuma buat minor cleaning je.....selebih je cuma lepak-lepak sambil baca Sunday punya suratkhabar..:-)) Terasa heaven la....cuma yang tak best je malam tadi I tertido depan Mr LG (perkenalkan member baru selain Mr Toshiba & Cik Oven Europa...) selepas seharian kepenatan buat small majlis makan2 sempena birthday Mr E.....3Es pun sama-sama bergolek-golek dengan I. I cuma sedar jam 4.30pagi..itupun Mr E baru je balik berfoya-foya dengan kengkawan baik dia kat Bandaraya Kuala Lumpur terchenta.....:-)) Actually, dah rugi sebabb tak tido atas katil, pastu pulak takde selimut...I 'kan bila tido takde selimut terasa tak best je tido malam tuuuu...ish ish ish...rugi babe!!!...I bangun semula ...naik ke bilik...solat Subuh dan sambung tido balik dengan selimut...tak lama pun...adalah sambung tido hampir satu jam..itupun diganggu oleh 3Es...:-((

For lunch, I cuma panaskan ada sedikit lebihan foods semalam...(tak baik membazirkan..lagipun peti sejuk I dah penuh dah dengan segala macam barang...tu yang terpaksa recycle tu...recycle pun recycle la....yang penting sedap!!!!

Lunch we all...

Lepas Asar, we all pergi membolingkan diri kat Perangsang Templer Golf Club...tak sampai 2 minit pun daripada rumah we all....dan fyi...this is 1st time I dan Mr E main boling together2 after 8 yrs being married!!!....

Gaya seorang juara....

Youngest E pun nak sibuk main jugak....kasi chance la...

Gaya Middle E....bola boling pun 7 pound....dekat setengah daripada berat dia ke apa.....;0)

Gaya confident daripada Eldest E....not bad...

dapat 'Spare' tu....cayalah!!!

tengah pujuk Youngest E sebab kakak2 dia tak kasi dia buat balingan lagi...tu yang muka tak best tu....

Mummy with 3Es.....

Final score...skill I and Mr E mmg hancurlah sebab sudah makan tahun lamanya tak main bowling.....

Habis main bowling singgah kedai mamak....layan teh tarik kurang manis, roti canai & ayam tandoori.....:-))

Best...weekend yang santai...weekend u all macam mana pulak?...

Saturday, April 9, 2011

Birthday Mr E...


Hari ni birthday Mr E.......Happy 37th Birthday to Mr E......we love u so much...mmmuaaah mmmuahh muuaahhhhhhh!....Moga yang indah-indah buat Mr E ya from mummy & 3Es.....I just buat makan-makan kat rumah lewat petang tadi sambil Mr E potong cake secara kebetulan pulak birthday Mr E jatuh pada hari cuti...pastu weekend pulak....so, tu yang agak beria skit tu....Just jemput adik-beradik dan parents we all je. My parents tak dapat datang sbb my mama tersangatlah penat & letihnya sebab awal pagi tadi dia masakkan untuk orang buat kenduri aqiqah.....my ayah pulak rasa tak best la kalau datang tanpa my mama...diaorang just wish Mr E selamat ulang tahun, semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur buat menantu sulung dan kesayangan ramai ni.....

Birthday boy.........sayang kamu Mr E!!!!

3Es nak menyibuk jugak bila daddy nak potong cake...

I baked this chocolate cake for Mr E....just for him!!! Almaklumlah 'kan....hari ni 'kan birthday Mr E.....

Semua menu ni I masak sendiri tau kecuali satay lah...tanpa pertolongan sesiapa pun tau....ada macaroni goreng seafood, apple crumble, mini quiche dan cake....

Mini Quiche......

Satay....

Macaroni Goreng Seafood...

Apple Crumble with sos castard....

Okay...tu je nak share ceritera dengan u all......I nak meluruskan pinggang ni...penat babe sebab I prepare semua tu dalam masa 4 jam macam lipas kudung. Apa-apa pun I happy sebab semua food yang I cook dan bake habis!!!! Happy Weekends ya...:-)

Friday, April 8, 2011

How do u handle stress???

Kat office 2 3 hari ni I agak emo skit la…so nak lepas geram juga laa….dah karang panjang lebar dah kat blog tapi…mmm..tapi sesungguh tidaklah professionalnya kalau I publishkan....maka I pun telefon my friend lalu…bersembang sakan sampai tak hinggat dunia….dan secara tidak langsung I DELETE the draft yang I karang bagai nak rak tadi…Jelaslah di sini kalau kita tengah angin..tengah stress..tengah emosional atau tengah nak cari pasal dengan orang wajiblah kita divert masalah dibelenggu itu ke arah lain..

Call kawan yang very close..then sembanglah apa-apa. I cerita pula pasal baking…cooking..heaven! Menangani stress adalah sesuatu yang sepatutnya kita wajib kuasai…kalau stress semuanya tak akan jadi betul…Kalau tertekan sure kita akan meroyan tak tentu hala…

Tapikan kalau asyik pendam saja nanti makan hati berulamkan jantung pulak..tak moh lah camtu ‘kan….so,bawa-bawalah berfikir dan luahkan isi hati yang mungkin memudaratkan itu ke saluran yang betul……I paling suka bercerita dengan Mr E bila stress-stress ni sebab Mr E adalah tempat yang paling best I luahkan that perasaan……u all macam mana pulak???

Dah lama tak tepekkan gambar my 3Es...ni baru je amik masa dinner tadi (makan kat luar je sbb pre-celebrate birthday someone yang special....nak tahu sape....tungguuuu!!!!)

3Es yang kekadang buat I selalu stress jugak...tapi tanpa 3Es jugak tak happening life I & Mr E...

Sekarang Eldest E kalau bergambar sure senyum tak nampak gigi....cover gigi la sebab rongak!!!

Middle E yang maintain nakal!!!

For me & Eldest E.....

For Mr E.....

So, bila both of us (Mr E & I) stress...pastu we all akan berbual-bual pasal apa yang we all stress. Bila lega sebab dapatkan meluahkan stress masing-masing...we all akan bawa 3Es pergi makan, borak2 dan pastu we all akan rasa happy....abis ceritera:-))

Sunday, April 3, 2011

Laundry, Cuci Rumah, Masak & Makan....

Itu antara aktiviti we all hari ni. Semua orang dalam rumah ni menyumbangkan tenaga masing-masing bagi memastikan rumah we all bersih, kemas & wangi....Mr E mencuci 2 bilik air di timgkat atas rumah we all, bilik air bawah I yang cuci sebab secara kebetulan pulak I buat laundry guna tangan untuk mencuci kasut sekolah Eldest E, tudung dan anak tudung I....Eldest & Middle E pula mengemas toys dan buku2 diaorang dan sempat jugak tolong Daddy cuci bilik air...tapi lebih kepada main air la....Youngest E pulak tolong gitu-gitu je....:-))

Sambil buat house chores, sambil menyambil tu I masak jugak la....ish....kalau tak masak, sure mereka-mereka di dalam rumah ni kelaparan....nak tahu apa yang I jamu mereka-mereka ini....jom intai!


Lunch...Sup Tulang Best, Mackerel Goreng, Sambal Sotong Hidup dan Timun....bayam celur takde ye hari ni...;-))

Teruja tak tengok Sup Tulang Best ni?

Mackerel Goreng.....import dari Tesco Selayang...

Favourite Eldest E ni....Middle E pulak kalau makan sure cuci dulu sotong tu...padahal tak pedas mana pun...

Sempat main layer-layer gitu...sekarang ni duk kemaruk dengan layer cake...macam agak perfect la layer-layer tu...practice makes perfect gitu....My Mango Cream Cheese Layer Cake for tea.....

Char Kueh Teow Kering for dinner......

Okay la....nak layan ABPBH 2010 kat TV3 ni.....daaaaa:-))

Saturday, April 2, 2011

Makan Nasi Minyak....

Perasan tak sekarang ni ramai orang melangsungkan dan buat majlis kahwin tak tunggu cuti sekolah...'kan...Hari je I attend 2 majlis kahwin...satu my officemate di Taman Melati, Gombak....satu lagi jiran I punya adik di Taman Tasik Titiwangsa...ala-ala garden wedding gitu...mmm, I suka pergi kenduri kahwin sebab boleh makan nasi minyak....kalau sedap boleh tambah....kalau tak sedap jangan tambah...(sssssssshhhhhhhh...jangan kasi tahu orang ya)..:-))

I just prepare breakfast je....lunch dah ada menu...hihihihihihihi....dinner pulak dapur tak berasap sebab sudah terlalu kenyang dengan nasi minyak.....

Breakfast we all yang sempoi...BeeHoon Black Pepper, Sambal Sotong Kering, Kuih Bom, Cek Mek Molek & Earl Grey Tea.....

BeeHoon Goreng Black Pepper....

Sambal Sotong Kering....dah lama tak masak lauk ni...:-))

Kuih Bom & Cek Mek Molek....

Ni officemate I....Ibrahim Hanif & pasangannya, Aida....sweet 'kan...dan secara kebetulan pulak uncle Ibrahim ni kawan Mr E jugak....wah!!! kecilnya dunia ini....Semoga kalian berdua berbahagia sampai bila-bila ya!!!!

Lauk-pauk kat kenduri kahwin Ibrahim ni lain skit tau....Ayam Panggang Lada Hitam, Daging Masak Black Pepper, Acar......so, sedap la....makan bertambah2 tu...:-))

3Es.....at the 1st wedding...

3Es...at the 2nd wedding.....


Friday, April 1, 2011

Quality @ Quantity?

Buah hati chenta I....3Es


Bila plan nak nikah dulu , I tak plan la berapa ramai kids yang I nak. Alhamdulillah, I’ve got 3 kids. Nak tambah lagi ke? Oh mungkin tidak!!!...Memanglah sepanjang preggie 3 kali tu, delivery, confinement….I memang takde masalah langsung…syukran la sebab I rasa macam tak nandung pun, malah tak pernah pun dapat MC daripada doctor….:-(( Berapa ramai (quantity) anak yang boleh u all lahirkan atau quality anak yang u all nak ? Kalau ikutkan salasilah keluarga Mr E dan I, both of us ada 6 siblings…agak ramai la ‘kan. And Alhamdulillah so far semua menjadi. Tapi itu di zaman 70s - 90s gituuuu... But now raising a kid is not cheap tau!. Orang ramai berkata2 – “anak itu rezeki”. Ya betul itu statement tapi kenalah kita ukur baju di badan sendiri ‘kan. Untuk sediakan semua yang terbaik untuk anak2 bukanlah murah sekarang ni…. Hantar sorang E ke tadika cam Smart Reader Kids je dah beratus sebulan. Dok kat Tadika 3 tahun = RM10,000 tu baru sorang tau!!!...aihhhhh….Pastu wajib jugak bayar kat my mama sebab tolong jagakan 3Es masa both of us ke office. Takkan free kut….tak gitu!


As a parent, you would want to give the best to your kids. Best milk, best clothes, best education, best lifestyle..segala mak nenek la nak yang the BEST. anak seorang dua - agak manageable, tapi kalau lima, lapan, sepuluh?? Maunya parents kena cari duit lebih sikit. Kan nanti tak cukup masa pulak nak spend dengan kids. Macam parents duduk dan bekerja di KL bandaraya makan duit ni, it is definitely not that easy to raise a big family. You CAN, but its not easy peasy tau!!!. Memerlukan banyak pengorbanan. So it will come back to quantity or quality. Tepuk dada tanyalah selera…..


Ikut pengalaman I yang ada 3 kids pun I tak boleh give out on them 100%. Nak monitor their growth and development pun tak terkejar. Rasa tak cukup masa dan kakitangan tuuu….. Imagine having a big family. I sangat respect kat parents dengan anak yang ramai and yet still manage to produce quality ones – education OK, nilai-nilai murni pun ada. Berjaya membahagikan kasih sayang seadil-adilnya antara anak-anak.. Hard for me….:-((Kalau I ditanya nak QUALITY atau QUANTITY) I definitely choose quality. I might wish to have more than 3 kids tapi cukuplah tuu dulu…..U all macam mana pula?