Sunday, February 19, 2012

Foods...we all yang memang suka makan!

Malas nak tulis banyak2 ya...u all layan je gambar2 food yang I masak untuk hari ini ya....:-))

Nasi Goreng Hijau, Sambal Sotong Kering & Earl Grey Tea for breakfast...

Menu lunch we all...

Ikan Tenggiri Gulai Tumis Darat...

Daging Goreng...favourite seisi rumah

Kerabu Kacang Botol...

Telur Asin...

Baked this mini sausages lepas Maghrib tadi....terus 3Es makan lepas keluar je daripada oven...berketul2 diaorang makan...so, kira dinner jugak la sebab 3Es cakap kenyang!

Mini sausage buns ini jugak buat bekalan ke sekolah esok buat 3Es serta mummy dan daddy 3Es jugak!!!

Saturday, February 18, 2012

Jatuh lalu terluka....

1st time tau yang my Youngest E ni jatuh lalu terluka. Macam mana dia boleh jatuh lalu terluka? Actually, pagi tadi dia temankan I belikan breakfast (hari ni I sangat takde mood untuk memasak ya, maka dgn itu breakfast beli je)...masa I tengah tunggu makcik tu bungkuskan nasi lemak yang I order tu, my Youngest tu berlari-lari mengejar burung-burung yang ada kat situ....punyalah laju berlari2 dan dengan tiba2 my Youngest E jatuh tersembam lalu lututnya tersagat....mula2 tu takde darah...sekejap je darah pun keluar. Dia pun menangis sekuat-kuat hati.....

Lihatlah lututnya yang kena sagat itu....agak sadisss 'kan....

Macho macho pun bila sudah jatuh lalu terluka tetap nanges jugak!!!...Takpa la enchem boy, sikit je luka tu...esok lusa baik la tuuu....

Jam 3 petang, we all ke KFC JJ Mahkota Cheras sebab collegue I, Wanie celebrate birthday 1st year Sarah...hujan lebat sepanjang perjalanan ke sana. Tapi takpa, sampai je we all terus dijamu dengan ayam KFC (makan sehingga menjilat jari) dan budak2 dilayan dengan pelbagai games. The best part is, semua games tu 3Es yang bolot sebab diaorang la yang paling besar sekali dan memang semua games. Btw, thanks to Wanie & Happy 1st Birthday Sarah!

Monday, February 13, 2012

Hari Kekasih or Valentine Day...

Actually, sepanjang relationship I dengan Mr E (samada masa bercinta dulu, then bernikah then dapat 3Es) tak pernah sekalipun we all celebrate Valentine Day atau hari Kekasih. Dan dengan itu jugak I tak pernah dapat chocolate atau bunga ros.....Dari segi ni, Mr E sangat kureng la. Mr E sangat romantik orangnya tapi romantik gaya rileks dan bersahaja segi perbuatan, percakapan dan segalanya la...ala, susah la nak explain tapi Mr E for me adalah seorang manusia yang hampir perfect for us as a hubby and as daddy to 3Es!

So, I rasa sebenarnya tak sepatutnya couples kat luar sana tergedik-gedik nak celebrate Valentine Day every 14th February ya (kononnya nak tunjuk sayang sangat2 la pada tarikh tersebut).....Dan kalau u all nak tunjukkan sayang atau cinta u pada partner masing2....bende-bende tu perlu dibuat hari2 y, macam cara u layan partner u,....takde maknanya hanya pada satu hari sahaja....So, tak perlu la nak celebrate ya!....

Strawberry Shortbread Tart for me!

Till then dan see u guys in the next post!....

Sunday, February 12, 2012

Breakfast jadi lunch, Lunch jadi dinner!

Char Kueh Toew Kerang for breakfast...tapi we all makan jam 12.30 tengah hari! Gara-gara Mr E tak selera nak makan lepas berbasikal naik bukit turun bukit dengan saing dia (alasan kepenatan yang melampau) dan 3Es pulak mengikut in-laws I yang datang nak breakfast kat kedai mamak di area rumah we all.

Maka, menu lunch ini telah menjadi dinner we all tadi. Sebelum Maghrib, I goreng ikan kerisi dan telur dadar....

Sambal Sotong Kering Sabah Mari.....

Kerisi Goreng...

Telur Dadar...

Sup Tulang (menu wajib 2 minggu sekali ya)

"Mummy, Emil nak makan cookies la, ada lagi tak? kalau takde Mummy buatkan boleh tak?"My Youngest E request kat I buatkan cookies untuk dia hari ni. Kebetulan pulak stok cookies dah abis...Maka dengan itu, I pun baked la this Chocolate Chips Cookies for him petang tadi. Tapi kakak-kakak dia yang tak menyempat nak makan, keluar je daripada oven terus amik daripada tray....Youngest E pulak sampai tertido menunggu cookies ni siap dibakar! Celik je mata, terus minta cookies....sib baik dah siap dah cookies tuuuuu...:-))

Saturday, February 11, 2012

Basikal baru, 40'C, Foods & Madeleines...

Kembali bersiaran ya.....Fuhhh!!! Cuaca hari ini sungguhlah panasnya. Suhu hampir mencecah 40'C...panassss!!! tapi panas lagi kat Neraka 'kan....My Eldest E hari ni ada sekolah ganti, so...macam rasa tak bercuti je hari ni. I yang hantar Eldest E ke sekolah jam 7 pagi tadi sementara yang lain2 tu masih lagi diulit mimpi...:-( Langsung terus ke pasar Selayang la...cari bahan-bahan mentah skit untuk masak. Since dah ke pasar jugak, I belikan je terus breakfast untuk Mr E, Middle & Youngest E....tak kuasa pulak harini nak sibuk2 buat breakfast. Nasi dagang for Mr E, nasi lemak for the kids...abis citer...semua happy, mummy lagi happy sebab tak perlu bersusah payah nak prepare breakfast!....yeayyyy.....

Mr E amik Eldest E daripada sekolah tengah hari tadi. 2 orang kanak-kanak ribena tu pun ikut sekali. Then Mr E singgah kat kedai ane Samy sebab nak belikan basikal untuk Youngest E. This is the 1st basikal for him tau...punya excited sebab dapat basikal baru. Kaler oren lagi......

Ini basikal baru saya ya.....

Menu lunch we all yang sempoi je. Main campak2 dan rebus2 je...kiranya menu orang malas ya. Tapi I terpaksa masak ikut favourite masing2. Almaklum 'lah, ada yang tak suka kerang, ada yang suka makan ikan....macam2 ragam la...

Kerang rebus berserai.....favourite we all except Eldest E.

Ikan selar kuning masak singgang...

Sotong sambal masak oriental untuk Eldest E yang suka sangat makan sotong.

Pucuk paku pakis berudang masak sos oyster....sedap!

I sempat baked this Madeleines petang tadi for tea. Madeleines ni bahulu version omputih. Batter dia tak perlu lah dipukul lama sangat macam nak buat kuih bahulu, lenguh tangan dibuatnya. Tetiba teringat pulak masa tolong my uwan dan mama pukul telur guna tangan masa nak buat kuih bahulu suatu ketika dahulu. Sekarang, orang buat bahulu dah guna mixer je....mudah 'kan. Tapi kalau guna cara tradisional sure lagi sedap 'kan.

Madeleines - kasi close up sikit. Cantik 'kan!....Hahaha, I memang suka masuk bakul angkat sendiri....:-D

Macaroni Goreng for dinner....

Wednesday, February 8, 2012

Tuesday, February 7, 2012

English breakfast, Fusion Lunch, Layer Cake & Bread...

Tamat sudah percutian selama 4 hari 4 malam....memang tak puas cuti ya. Nasib baik cuma bekerja 3 hari lagi then sambung cuti weekend...yeayyyyyy!!!Hari cuaca tak berapa cerah sangat, so my laundry pun tak sempat nak kering sepenuhnya...

Mmmm, takde ceritera menariks pun...cuma I sangat rajin melayan karenah 3Es untuk makan apa saja yang diaorang request......So, u all layan je la gambar2 foods yang I cook & bake ya.....simple-simple je pun....

English Breakfast for us.....ini menu minum pagi ya....

Menu Fusion we all for lunch....Baked Chicken Wings with Black Pepper Gravy served with Steamed Rice.....pergh!!! nama pun nak kasi canggih jugak 'kan..hihihi

Actually, I baked this Easy Peasy Herbs Layer Cake after Suboh, gara2 nak perabihkan belen telur kuning masa I buat Pavlova tempoh hari. 3Es makan quarter of the cake...and Mr E tak suka ini layer cake sebab rasa rempah dan dia ingat jiran sebelah kasi we all. Tak sangka pulak rupa-rupanya wife dia yang cass terer baking ni yang baked this cake....Mr E puji jugak sebab rasa layer cake ni sebijik sebejon macam Indon punya layer cake....

Sempat jugak merotikan diri ya.....boleh juga buat bekalan 3Es ke sekolah esok harinya....Ni, tengah tunggu the dough naik sekali ganda dulu baru dimasukkan ke dalam oven. Sementara tu gi naik ke atas bilik untuk bersihkan diri, solat Maghrib dulu....

Fresh from the oven.....gebus2 dan montel2 gitu Mini Sweet Sausage Buns I 'kan....habis licin separuh daripada yang I baked tu....separuh lagi 3Es boleh bawa bekalan ke sekolah esok harinya.....Sedap & best dapat makan masa panas2 lagi buns ni....tak sia-sia I meroti hari ni....

Ok....till then ya..nak layan CSI kat tv sambil melipat baju bajan.....:-))

Monday, February 6, 2012

Rambling, foods & pavlova lagi.....

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat. Dan hari ni takde Monday blues ok...sebab masih lagi bercuti dan esok pun masih lagi bercuti...yeayyyyy, I memang suka cuti-cuti....Bila cuti, macam2 aktiviti boleh buat. Antaranya buat house house, laundry, cooking, baking, layan movie....ish macam-macam lah boleh buat.

Hari ni I dan Mr E dengan tenaga kerja paksarela membuat aktiviti membersihkan rumah. Daripada mencuci lantai, vakum & mop....tugas itu diserahkan kepada Mr E. I pulak buat laundry sambil kemas2 dapur then cooking & baking. 3Es pulak lebih banyak main daripada membantu...biasalah budak-budak 'kan....disuruhnya sental lantai...lebih kepada main air je.....seronok bukan main lagi diaorang.

Dan hari ni juga cuaca amatlah panas dan secara automatiknya, baju bajan yang dicuci kering kontang jadinya. Dan dengan segeranya I melipat baju bajan tu sebab I suka melipat baju bila baju bajan tu masih panas gitu...rasa bersemangat pulak nak melipatnya.....hahahaha...tapi masih ada 2 trip lagi laundry yang I buat tak kering...masih lagi berada di ampaian.

Since today we all sefamili agak rajin dan sibuk dengan aktiviti pembersihan rumah dan sebagainya....I cuma sempat masak yang simple je for breakfast & lunch....dinner 3Es cuma request nak makan roti dengan scramble eggs plus milo panas!...

Mee Goreng Mamak & Earl Grey Tea for breakfast...

kasi close-up sikit....


Ikan kembung Masak Assam Pedas for lunch...kawankan dengan drummet goreng dan ikan kerisi goreng....pastu lak layan dengan nasi putih panas!...terangkat u!

Sebijik Strawberry & Kiwi Pavlova for my good friend, Ainy...

Mini pavlova ni pulak for Mr E & 3Es yang sangat-sangat suka memakannya....

Ok...got to go...till then ya!

Saturday, February 4, 2012

Anugerah Pelajar Cemerlang, PIBG dan BBQ....

Seawal jam 7.30 pagi sudah ke sekolah my Eldest E sebab ada majlis Anugerah Kecemerlangan Murid sessi 2010/2011 dan mesyuarat PIBG. Dan secara kebetulan pulak, area rumah we all black out lepas azan Subuh...so, memang sedang eloklah 'kan...kalau tak maunyer bosan tahap gaban takde elektrik bila lepak kat rumah 'kan.

Layan mesyuarat PIBG dulu...dan fyi, ini kali pertama I & Mr E join the meeting...itupun sebabnya secara kebetulan pulak my Eldest E ada terima anugerah untuk penerima hadiah kedudukan dalam kelas dan penerima hadiah terbaik dalam aliran Tahun Satu. Kalau tak...memang takkan join pun the meeting...hihihi......

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid bermula jam 11.00 pagi. Adoiyaiiii...punya la lama orang-orang penting nak berucap then bersambung pulak dengan meeting PIBG. Alhamdullillah.....I & Mr E sungguhlah tak sangka yang our Eldest E antara top 3 seluruh student untuk Tahun Satu....sebabnya, we all tak chara (peduli) langsung tentang dia....bila Eldest E buat homework, bila dia study, bila nak exam tu I je yang aware ( Mr E masa tu gi oversea), bila dia buat revision pun I tak tahu....yang we all nampak, Eldest E kuat tengok Channel Cartoon Network, main komputer games, main2 dengan Middle & Youngest E...dan paling tak tahan, Eldest E tidur awal....dah ler tuuuu, sanggup bangun jam 5 pagi setiap hari semata-mata nak tengok cartoon Fairy Odd Parents dan El te' gre...boleh tak? Ntah bila dia study pun we all tak tahu....

Tu yang bila tiba2 dapat surat daripada sekolah yang Eldest E ada dapat anugerah tuuu, we all macam tak percaya tau....apa2 pun sebagai parents, we all bangga sangat-sangat dengan Eldest E....Congrates sayang!...Keep it up with the good work!

Selesai majlis pun jam 12.30tengah hari...then lunch kat luar je meraikan Eldest E yang best!....Lepas lunch singgah jap kat rumah in-laws...ala, sekolah Eldest E tak sampai 5 minit pun daripada rumah my in-laws...lepak kat sana hampir 3 jam jugak....then dah dekat Asar, pulang ke Templer...masing2 sudah kepenatan dan sempat nap sekejap!....

Lepas Maghrib pulak ke rumah our friend punya parents sebab diaorang ada buat BBQ...memang bagai pucuk dicita 'kan....hahahahahahaha...I la yag paling suka sebab tak perlu penat2 kat dapur. Lepak lepak, makan makan sampai kenyang dan borak-borak sampai tak inggat dunia. Jam 11.30 malam we all beransur pulang...itupun sebab Youngest E sudah meragam....kalau tak maunya sampai lewat malam tu.....sekali sekala 'kan.....

Ok...I pun nak tidur ni...sebelum ceritera bersambung di esok harinya..layan dulu gambar2 untuk aktiviti hari ni yea......till then ya!

Posing dulu before naik atas pentas amik hadiah...

Tahniah sayang, we all sangat bangga dengan sayang!

Result...


Makan time.....

Friday, February 3, 2012

Garrett Caramel Crisp Popcorn....

Sempat beli this Garrett Caramel Crisp Popcorn kat KLCC lunch tadi lepas jumpa my good friend kat uni dulu.......sedap weiii tapi agak mahal la. Mr E makan rasa macam deja vu lak katanya sebab teringat masa dia study kat UK dulu.......

Nanti nak beli lagi la...sebab nak kasi my mama rasa makan popcorn mahal sebab dia suka makan popcorn!

Thursday, February 2, 2012

Wednesday, February 1, 2012

Happy Federal Day, Pavlova, Congo Bars.....

Yeayy....best betul dapat cuti lagi. Hari ni cuti Hari Wilayah Persekutuan...so, semua pekerja2 di KL, Labuan & Putrajaya bercuti hari ni termasuklah I dan Mr E. Tapi I still kena bangun awal seperti biasa sebab my Eldest & Middle E bersekolah...:-(...Mummy yang kena hantar diaorang dan hari ni jugak, my Youngest E masuk tadika untuk pertama kalinya.

Tapi 'kan.....my Youngest E ni menangis sesungguhnya bila I nak pergi meninggalkan dia masa I hantar dia ke sekolah...I blah dulu tapi my mama temankan Youngest E sekejap je dan tinggalkan Youngest E kat tadika tu. Memang melalak tak ingat dunia...I dengar lah dari luar, tapi kalau still ikut ragam dia....pasti susah 'kan. So, memang nekadlah I buat macam tu. Bila u all baca macam sadiss 'kan I as a mummy, tapi I memang tak suka nak tunggu anak2 bila diaorang berada di tadika atau di sekolah. I nak diaorang berdikari dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. So, diaorang akan pandai berkawan-kawan sambil memperluaskan komunikasi dan sebagainya 'kan.

So, sekarang ni 3Es semuanya bersekolah di sessi pagi sehingga tengahari. Then Middle & Youngest E akan pergi belajar mengaji Iqra' dengan Nenek Nab yang merupakan jiran my mama selepas balik dari tadika. My Eldest E akan pulang dalam jam 2 petang....then lunch rehat sebentar sebelum pergi belajar fardu ain dan kifayah dengan Ustazah Zaleha yang juga merupakan jiran my mama. Belajar dalam sejam setengah setiap hari kecuali Sabtu & Ahad. Lepas tu terus sambung belajar mengaji Al-Quran dengan Nenek Nab pula....itulah rutin harian my 3Es dari hari Isnin sehingga Jumaat. Lewat petang baru I dan Mr E jemput diaorang kat rumah my mama.....rutin yang sama setiap hari jugak...

Today, I agak takde mood sangat nak masak ya.....just prepare Spaghetti Bolognese for lunch & dinner...

For lunch & dinner...

Youngest E buat homework tuuuuu sambil dibantu oleh my Eldest E....

Baked Congo Bars for Eldest E petang tadi. Dah lama dia request nak makan Congo Bars ni sampaikan nak bawa bekalan Congo Bars kat sekolah esok harinya. Same goes to Middle E...nak jugak bawa Congo Bars as bekalan ke sekolah.


Mini pavlova classic for makan-makan dan for a friend jugak yang minta I buatkan untuk adik ipar dia yang mengidam nak makan pavlova....

Tempting tak mini pavlova I ni....?

Ok, tu je ceritera buat hari ni ya....till then ya!