Tuesday, September 7, 2010

28th Ramadhan 1431

Mood raya di mana-mana lah sekarang ni. Di office pun, nak buat kerja pun malas.....maklumlah 'kan mood raya dan mood cuti. I bukannya terover excited sangat nak beraya pun...cuma lebih daripada biasa sahaja compare to my kids lah. Especially my Eldest & Middle E....duk menghitung hari bila nak beraya ni...:-))

Oh ya! Terima kasih daun keladi to my good friend, Nadz yang hadiahkan I berhelai-helai selendang...tak tahu sebab apa Nadz hadiahkan selendang tu kat I (maybe hadiah birthday I yang sudah lepas kutss)...yang pasti I suka sangat...:-))

Ok peeps...bantal sudah memanggil tuuu...till then.

Selendang pelbagai colour buat I.....Tq Nadz!!Muaaahhhhs!!!

Monday, September 6, 2010

27th Ramadhan 1431 - Happy 33rd Birthday to me

Alhamdullilah, hari ini I menyambut ulang tahun yang ke 33. Eh!!! cantik lah angka tu 'kan...Happy birthday to me!!!!...Semoga I dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan segala-gala yang baik lah....amin!!!

Tak sempat nak buat birthday cake untuk diri sendiri kerana secara kebetulan pulak mak long I meninggal dunia pagi seorang diri (hubby dan anak2 dia pergi bekerja) menderita sakit kencing manis & jantung. I melawat arwah untuk memberi penghormatan terakhir di Masjid Pandan Indah bersama-sama Mr E & 3Es. 3Es sempat tengok lagi muka arwah dengan siap berkafan kecuali muka sahaja tidak ditutup lagi....Al-fatihah buat arwah.

So, hari ni memang tak sempatlah nak main masak-masak special for celebrate my birthday walaupun I cuti hari ni. Ok...so, on the way balik dari melawat arwah petang tadi, singgah sebentar kat Tesco Selayang. Waktu iftar pun sudah hampir, so we all makan je KFC....hihihihihi..ok jugak la tu...rezeki untuk hari ni...:-))

KFC..idaman we all selalu....:-))

Eldest E & Middle E...Middle E tak berpuasa tapi mengalahkan orang yang berpuasa macam Eldest E yang cuma tinggal puasa 3 hari je..itupun sebab demam..

Pulun makan tuuuuuu....

My youngest E....

Sunday, September 5, 2010

26th Ramadhan 1431

Hari ni hari mengukis sedunia..itupun masih tak cukup lagi cookies buat teman-teman rapat yang yang membuat tempahan. Ingat sambung esok pagilah...tak larat dah I ni..penat dan sakit pinggang I ni still tak baik-baik lagi..Tq so much to my Mr E yang tolong jagakan my Youngest E (daripada pagi sehinggalah ke tengah hari...siap mandikan dan cuci ber** my Youngest E ) masa I buat cookies ni....Luv U sayang..muaahhhss!!!

Cookies yang sudah siap dibakar...

Hujan pulak turun sejak malam tadi sehinggalah ke tengah hari. Cuaca sejuk sangat...nak buat laundry pun tergendala....tapi I still buat jugak, kalau tak buat...alamatnya menimbun macam bukit lah baju-bajan yang tidak dicuci....

Since dah penat 'kan hari ni, for iftar...I cuma buat Nasi Ayam ikut belasah dan citarasa I jer...dan nak kasi tau rahsia ni...this is 1st time I buat Nasi Ayam....mmmm, hasilnya amat memuaskan Mr E & 3Es...meh lak tengok Nasi Ayam tu.....hihihihi...

Nasi Ayam my style...resepi main campak-campak & ikut rasa hati jer....

Tauhu sumbat...my favourite ni...:-))

Kerabu mangga my style jugak...

Kuih keria..request by Middle E...

Fruit Cocktail sempoi...request by Mr E...

Iftar at Templer Park.....lumayan tak???

Ok peeps..cukup-cukup untuk hari ini yea...tuan tanah punya blog nak meluruskan pinggang ni...nite-nite!!!

Saturday, September 4, 2010

25th Ramadhan 1431

Rutin I as usual on the weekend after solat Subuh....I ke Pasar Borong Selayang, carilah apa-apa yang patut 'kan. Hasil tangkapan kat pasar...dapatlah ayam, ikan, sotong, udang, sayur-sayuran...yang best yer hari ni I ke pasar ditemani oleh my Eldest E. Ntah apa mimpi dia ntah tetiba je nak ikut I ke pasar sebab sebelum ni Eldest E sibuk komplen yang pasar tu busuk!!! We all ke pasar jam 6.30pagi dan sepanjang berada di pasar mulut si Eldest E tu tak berhenti-henti bercakap tanya itu tanya ini. Disebabkan mulut Eldest E yang ramah itu, ramai peniaga kat di situ tertarik dengannya...:-))



Eldest E sempat lagi posing dengan Mr Focus dan hasil tangkapan mummy di pasar pagi tadi...:-))

Lepas tu, we all terus ke Tesco Selayang pula sebab nak beli bahan2 kering dapur yang kehabisan. I tak pernah ke Tesco pagi2, so this is my 1st time ke sana di waktu pagi. Suasana tenang, aman dan damai...
Eldest E ni actually dah penat dah ni...tapi semangat lagi tu...gara-gara I promise kat dia since hormone estrogen dia baik & behave sejak daripada awal lagi dia temankan I ke pasar, I pun ke Tesco lak. Eldest E sibuk dengan cornflakes....janji dengan dia jugak nak buat biskut cornflakes hari Ahad ni....

Ni pulak Sambal Sotong Kering...Sabah mariii...untuk dibawa ke rumah mama mertuaku for iftar...favourite Mr E sepanjang zaman...:-))

Ada stok pisang tak habis lagi dalam peti sejuk tu...so, I buatlah Banana Almond Choc Muffin...naik cantikkan muffin tu..mmmm, rasanya sungguh moist sekali...(angkat bakul sendiri..hihihii.....feedback daripada adik2 ipar & biras pun cakap muffin ni sedap...so, mmg sedaplah tu...:-))

Sambal sotong kering, banana almond choc muffin and onde-onde buah melaka....

Friday, September 3, 2010

24th Ramadhan 1431

Hari ini Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan 1431. Moga-moga kita semua dipanjangkan umur untuk Ramadhan yang akan datang. Amin. Dan sedar tidak sedar juga, kurang dari seminggu juga umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan meraikan Aidilfitri.

Kalau cerita pasal beraya ni 'kan...rasanya zaman kanak-kanak yang paling best sekali 'kan....iyer la, kanak-kanak tahu happy je. Yang penting semuanya nak baru...dari baju sehinggalah kasut...semuanya raya..:-)) Tak kira mahal atau pun murah, yang pasti baru. I pun tidak berkecuali dalam cerita ini, I cuma ada 2 pasang baju kurung baru je (tu pun adik ipar I tengah jahitkan).....yang penting sekali adalah untuk 3Es.

For my Eldest & Middle E, diaorang ada 2 pasang baju kurung cotton, sepasang dress dan pakaian kasual ( jeans & t-shirt ) dan my Youngest E ada sepasang baju melayu & jubah dan seluar, t-shirt & kemeja untuk kasual...kasut raya pun ada sepasang...cukuplah tu, tak perlu banyak2 'kan....yang penting baru!!! 3Es pun sungguh excited nak nak raya ni...namapun kanak-kanak 'kan...layan je la...

Gelagat kaum hawa duk sibuk membeli-belah di Amparg Park....

Actually I cuma temankan my officemate, Pn Comel ke Ampang Park...I cuma jamu2 mata je dan tengok gelagat kaum hawa yang begitu taksub berbelanja untuk hari raya...hihihiihi..

Ingat nak beli satu brooch ni....ada gak berkenan di hati tapi memandang kena beratur panjang giles untuk membayar (buang masa + penatlah berdiri lama-lama), hasrat tu dipendamkan saje..

ok..till then....:-)

Thursday, September 2, 2010

23th Ramadhan 1431

Orang berbudi, kita berbahasa....orang memberi kita merasa...Terima kasih daun keladi kepada Kak Lily Haslina Nasir melalui blognya.....http://lilyhaslinanasir.blogspot.com/ kerana sudi berikan secara percuma buku novel terbaru hasil nukilannya kepada I dan collegues I thru hubby dia....Actually hubby Kak Lily collegue I...workstation we all pun sebelah-menyebelah je...Nak tahu lebih lanjut atau sinopsis novel ini...u all bolehlah melayari blog dia yea...:-))

Novel Tuhan Masih Mencintaiku ini adalah sequel daripada novel Menunggu Cinta Tuhan....mmm...banyak novel tak habis baca lagi ni. Tapi takpa...I akan buat marathon membaca novel sampai lebam.....:-))

Itu sahaja buat hari yea...tuan tanah punya blog mahu tido lah.....till then....:-o

Wednesday, September 1, 2010

22nd Ramadhan 1431

U all layan yer gambar-gambar yang sempat I ambil semalam semasa we all iftar kat Chakri Palace, KLCC...

Decoration for Hari Raya Aidilfitri yang sangat sempoi kat concourse area KLCC...tak semeriah & sepoyo sambutan Krismas.....

Ni la tempatnya yang selalu we all kunjungi kalau nak celebrate any occassion...rasa makanan still maintain sejak 8 tahun dulu, suasana pun selesa...apa-apa pun I recommend this place kat u all...

Mr E ku yang maintain macho & cool itu....:-))

Kanak-kanak ribena yang keboringan sebab tunggu food sampai...dah habis dah buat pelbagai aktiviti sementara menunggu makanan yang dipesan sampai....

Sawadeeka......dari 3Es

Know Phad Talay.....Nasi goreng seafood

Tom Yam Gung Red....for me

Tom Yam Talay for Mr E...

Chakri Pik Gai Tord for 3Es makan bersama nasi putih.....

Lepas selesai makan, we all window shopping kat KLCC then pulang ke Templer....Tq Mr E for the treat....muaahhhhhhhhs!!!

pssttttt...Happy 59th Birthday to my Ayah.....semoga dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur daripada anankanda mu ini.......:-))

Tuesday, August 31, 2010

21st Ramadhan 1431-Our 7th Annivesary

HAPPY 7th ANNIVERSARY to me and Mr E.......

Note for Mr E......"I sayang u banyak-banyak seumpama 7 lapis langit dan 7 lapis bumi serta bermillion-million lemon tau....".....muahhhhhhs!!!

Ni picture we all masa nikah 7 tahun dulu......

Our anniversary cake yang I buat tengah hari tadi......HUMMINGBIRD CAKE....
Iftar hari ni kat luar sambil celebrate our 7th anniversary dengan 3Es.....:-))

20th Ramadhan 1431

Semalam telah berlalu. Yang ada cuma hari ini...esok belum pasti lagi....SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53 Malaysia.....

Ok peeps...actually nak gambar kat bawah ni menu iftar we all semalam...enjoy ya!!!

Menu:
1) Tenggiri masak lemak bersama ulam pegaga
2) Udang galah ala Thai
3) Ayam goreng
4) Bayam celur

Onde-onde buah melaka for dessert....

Tenggiri masak lemak bersama ulam pegaga...

Homemade pizza for makan-makan after terawih...

Udang galah ala Thai....

Bahan A:-
1 kilo udang galah
20g tepung jagung
2 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya

Bahan B:-Sos Masam Manis
6 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
sedikit halia (dihiris halus)
1 biji mangga muda (dipotong kecil-kecil)
1/4 nenas (dipotong dadu)
4 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 biji air imau nipis
2 helai daun limau purut
5 biji cili api
sedikit lengkuas (dihiris halus)
3 sudu besar pes tomyam
2 cawan air rebusan ikan/ayam
garam & gula secukup rasa...

Cara2:-
1) Gaulkan udang dengan garam, tepung & celupkan ke dalam telur dam masukkan ke dalam minyak masak yang sudah panas sehingga udang menjadi garing.
2)Sos pula...tumiskan halia & bawang putih sehingga naik bau diikuti dengan bahan2 lain diakhiri dengan air rebusan ikan/ayam. Renehkan sampai sos menjadi agak pekat. Jangan lupa masukkan garam & gula secukup rasa.
3) Kemudian, tuangkan sos tadi ke atas udang yang telah siap digoreng....boleh dimakan bersama nasi putih.....

Selamat mencuba ya...:-))

Sunday, August 29, 2010

19th Ramadhan 1431

Kejap sungguh weekend berlalu. Macam tak sempat nak buat apa-apa 'kan...*sigh*. Apa-apa pun terpulanglah kepada kita macam mana hendak buat segala benda mengikut perancangan kita. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Ikutkan hati I tersangatlah malasnya minggu ni. Niat di hati nak bersantai sahaja tanpa membuat apa-apa house chores....boleh gitu?...Pasti tidak boleh sebabnya terasa tidak adillah kepada my 3Es 'kan (karenah mereka wajib dilayan walaupun kekadang tu poning kepalo den nak melayan)...e.g :perut Middle & Youngest E wajib diisi dengan makanan, so I secara automatiknya wajiblah kena memasak (Eldest E berpuasa), buat laundry sebab kalau I tak buat siapa yang hendak buat?...:-((

Bila mood malas menjalar dalam tubuh badan I tak berapa slim ni, I akan buat tak tahu je. Nak lepak dan rileks ja. So, nak dijadikan cerita, petang tadi before Asar....I tido siang babe!!!. Semenjak kahwin dengan Mr E dan dapat 3Es, boleh dibilang dengan jari berapa kali I tido siang atau petang....sibuk bagaikan tak menang kaki dan tangan nak uruskan house chores & 3Es....dah ler tido siang sementara nak ke rumah mertuaku untuk iftar...lepas buka tadi dan solat maghrib....I sempat lagi membuta kat rumah mertuaku walaupun suasana bising sebab 3Es sibuk bermain-main dengan cousins diaorang...hahahahahaha...:-))

Iftar di rumah mertua takkan nak datang dengan lenggang-lenggang kangkung 'kan...Kali ni I buat Red Velvet Cake as a dessert after iftar. Kebetulan pulak sudah berjanji dengan birasku, Lela untuk dia merasai kenikmatan si Baldu Merah ni....lepas jugaklah hajat Lela.....:-))

Ni pulak menu hidangan iftar kat mertua's house tadi. Penuh satu meja 'kan...Alhamdullillah, di atas nikmat rezeki dariNya....amin..!

Saturday, August 28, 2010

18th Ramadhan 1431

Alhamdullillah...parents I selamat kembali ke tanahair yang tercinta ini. Both of them dalam keadaan yang sihat. Cuma penat sikit la sebab agak lama dalam flight dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Tq so much to Mr E yang tolong ambil my parents kat airport tadi bersama-sama Eldest & Middle E...

Iftar di rumah my parents...I masak la simple-simple je sbb hari ni mood I tersangatlah malasnya...daripada nak kemas rumah, buat laundry dan memasak...ntah la, kalau itu mood malas sudah mari....mmmmm, santai je la I kat kerusi panjang sambil tertido....

Malas-malas pun still baking, bukannya apa...sudah lama tak bikin ini cake...takutlah jugak kalau-kalau tak menjadi Orange Chiffon Cake ni...mmmmm, hasilnya tidak mengecewakan I....bawa kat rumah my parents....:-))

Samba udang sempoi yang I masak for iftar...lain-lain yang masak: bayam celur....mudah dan simple...menu orang malas ni...hihihihihi...tak sempat nak snap lauk lain sebab duk layan karenah Youngest E.....Menu iftar tadi:

1) Ayam golek (memang sedap tapi kena beratur hampir setengah untuk beli ayam golek ni...dah le masa tu panas terik...)
2) Tenggiri masak lemak cili api (my aunty tolong masakkan)
3) Sambal Udang (ni I masak)
4) Bayam celur (I yang masak jugak)
5) Tauhu sumbat (beli je)
6) Murtabak
7) Kuih Lopes

Sempat ambil gambar candid Youngest E bersama cousin dia (Akif Anaqi) siap berpakaian jubah & kopiah yang dibeli oleh my parents kat Madinah....sorang rupa macam anak cina mualaf dan sorang lagi macam anak Ukbezkistan.....hihihihihi...:-0

Friday, August 27, 2010

17th Ramadhan 1431

Jumaat datang kembali. Hari ini public holiday (cuti Nuzul Al-Quran) untuk certain negeri di Malaysia termasuklah Selangor. I kerja tak cuti pun sebab office I kat Bangsar, K.Lumpur..:-((
Kalau Selangor cuti, pasti dan sah K.Lumpur macet!!! Memang macam ni pun sejak azali....apatahlagi yang bercuti itu pasti akan mengambil kesempatan untuk membeli-belah bagi persiapan hari raya yang bakal menjelang kurang daripada 2 minggu lagi...

Today is the last day my Youngest E duduk di nursery. Esok dalam 11.00am, insya-Allah...parents I akan sampai dari Jeddah selepas 2 minggu menunaikan umrah di Mekah. Mr E yang akan mengambil mereka di KLIA esok. Masa hantar Youngest E ke nursery padi tadi pun, dia demam. So, I awal-awal lagi sudah berikan ubat kepada Youngest E. Petang lepas ambil Youngest E, I terus bawa dia ke klinik yang memang ada kat berdekatan dengan nursery.

Ok la peeps...mengantuk tahap gaban ni...selamat berhujung minggu bersama-sama orang tersayang...

Youngest E bersama-sama rakan-rakan yang baru dia kenal selama 2 minggu....

Cookies for kakak-kakak yang menjaga Youngest E dengan baik selama 2 minggu kat nursery...

Thursday, August 26, 2010

16th Ramadhan 1431

Happening wa cakap lu wa !!! Apsal suka sangat I ni? I Menang peraduan dapat BMW Mini ke? Oh tidak sama sekali....hihihi. Actually, today I iftar di JWW Marriot Hotel with my collegues yang mostly jauh lebih muda daripada I kecuali Pn Comel aka Sis Aini yang muda setahun daripada I. Diorang semua ni bertugas as a frontliner (reporting to Pn Comel) to our division yang mana duk support internal user yang mempunyai masalah system untuk aktiviti harian kerja.

Mmmmm...u all tahu-tahu aje la 'kan, JWW Marriot Hotel tu terletak betul2 di kawasan segitiga emas. Tengah bandar Kuala Lumpur pulak tu...Dah lah office di Bangsar, ada hati nak iftar di JWW Marriot Hotel...tak ker macam mencari nahas je sebab we all terpaksa menempuh macet yang teruk!!!! Tapikan sebab nak jugak ke sana, macet pun sanggup we all redah. Wah-wah!!! begitu bersemangat we all 'kan.

Mula -mula tu, budak-budak tu follow kereta Sis Aini yang mana I jadi co-pilotnya. Alih-alih 2 kereta yang follow we all tercicir ntah ke mana-mana. Jenuh jugak lah nak beri direction ke JW Marriot thru phone kat diorang...siap ada yang sesat barat lagi. By the way, diorang managed to get there for iftar (walaupun ada satu kereta yang sesat barat lagi dalam kawasan segitiga emas pulak).

Terserempak pulak dengan si Zizie Ezette ( ala yang nikah sama si Bung tu- dengan aksi mulut muncung gitu.....hihihii) iftar jugak kat sana but different venue. Si Zizie tu sudah kurus (potongan badan cantik) dan kulitnya begitu halus, putih & bersih...senang cakap dia memang cantik. Ingat nak bergambar tapi niat terbantut sebab hampir sudah waktu untuk berbuka puasa.

Iftar tadi, I makan banyak giles,macam-macam I makan tau....habis lah diet I......uwaaaaaa:-(( tapi sekali-sekala ok kuts (ayat penyedap hati untuk diri sendiri...boleh gitu? Layan je la labu...I bawa sekali my Youngest E dan Mr E pun ada iftar di Hotel Maya dengan saing-saing dia..Makan, borak, gossip, makan, borak, gossip...bergelak tawa sampai lebam...seronok tau! Ni antara menu yang I makan masa kat sana...

Lamb with black pepper gravy....

Satay dan kawan-kawannya...

Rojak yang I bikin menjadi rojak moden mengikut selera I...

Buah-buahan....

eh!! ni gambar tuan tanah punya blog & Youngest E.....saje je nak intreframe....:-))

Kesimpulannya iftar di JWW Marriot ok la...not that bad tapi not great either....average la...till then and selamat berhari Jumaat....I suka Friday!!!!! yeayyy...:-))

Wednesday, August 25, 2010

15th Ramadhan 1431

Sedar tak sedar separuh Ramadhan telah dilalui. Dalam pada itu, I sangat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat....bila habis kerja, ambil 3Es di dua tempat yang berlainan sambil meredah macet yang terlampau....lagi-lagi dalam bulan puasa ini. Iye lah 'kan, masing-masing bergegas mahu pulang berbuka puasa dengan family, teman-teman dan lain-lain.

Bila sudah sampai di Templer...tak sempat nak buat apa-apa. Kekadang tu bila update blog pun boleh tertido atas laptop. Sangat sadiss 'kan....Bila badan sudah penat dan minda pun letih...so, tidurlah jawapannya. Ok...tak mau cerita panjang-panjang lagi...u all take care ya!....nite-nite semua!!!

Baru je lepas selesai siapkan birthday cake for my friend's son.......