Kejap sungguh weekend berlalu. Macam tak sempat nak buat apa-apa 'kan...*sigh*. Apa-apa pun terpulanglah kepada kita macam mana hendak buat segala benda mengikut perancangan kita. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Ikutkan hati I tersangatlah malasnya minggu ni. Niat di hati nak bersantai sahaja tanpa membuat apa-apa house chores....boleh gitu?...Pasti tidak boleh sebabnya terasa tidak adillah kepada my 3Es 'kan (karenah mereka wajib dilayan walaupun kekadang tu poning kepalo den nak melayan)...e.g :perut Middle & Youngest E wajib diisi dengan makanan, so I secara automatiknya wajiblah kena memasak (Eldest E berpuasa), buat laundry sebab kalau I tak buat siapa yang hendak buat?...:-((
Bila mood malas menjalar dalam tubuh badan I tak berapa slim ni, I akan buat tak tahu je. Nak lepak dan rileks ja. So, nak dijadikan cerita, petang tadi before Asar....I tido siang babe!!!. Semenjak kahwin dengan Mr E dan dapat 3Es, boleh dibilang dengan jari berapa kali I tido siang atau petang....sibuk bagaikan tak menang kaki dan tangan nak uruskan house chores & 3Es....dah ler tido siang sementara nak ke rumah mertuaku untuk iftar...lepas buka tadi dan solat maghrib....I sempat lagi membuta kat rumah mertuaku walaupun suasana bising sebab 3Es sibuk bermain-main dengan cousins diaorang...hahahahahaha...:-))
Iftar di rumah mertua takkan nak datang dengan lenggang-lenggang kangkung 'kan...Kali ni I buat Red Velvet Cake as a dessert after iftar. Kebetulan pulak sudah berjanji dengan birasku, Lela untuk dia merasai kenikmatan si Baldu Merah ni....lepas jugaklah hajat Lela.....:-))
Ni pulak menu hidangan iftar kat mertua's house tadi. Penuh satu meja 'kan...Alhamdullillah, di atas nikmat rezeki dariNya....amin..!
No comments:
Post a Comment