Kelam kabut I bangun pagi ni...nak siapkan Eldest E ke sports day kat MPS Stadium. Siap berpakaian, kena buat tocang lak rambut si Eldest E yang panjang sudah sampai ke pinggang..supaya nampak kemas dan nampak comel la....after that, siapkan Middle and the Youngest E pulak. We all keluar dari rumah dah jam 8.30 pagi...sudah agak terlambat ni. Bukannya apa, takut Edlest E terlepas upacara ikrar Rukun Negara pulak almaklumla...dia 'kan tokey pembacaan ikrar. We all sampai kat stadium just in time...Sempat la Eldest E join pembacaan ikrar tu. Selain itu, ada tarian bhangra yang Eldest E jugak turut serta. Eldest E jugak ada masuk acara bawa bola pingpong dalam sudu dan caterpillar walk. Semua budak2 yang join sukan dapat hadiah lah. Takde yang tak dapat. Semuanya Pemenang...Tiada Yang Pengalah. Hehee.
Selepas abes semua around 11.00am, baru la we all brunch kat kedai kelate di BBS. Makan nasi dagang ayam kampung, 2Es lak makan nasi putih dengan ayam kepak dan ikan. Kenyang...bagus2...mummy tak perlu masak lunch la...Lepas makan, we all singgah kejap kat rumah in-laws I. Actually, my in-laws punya rumah dekat sangat dengan kedai makan tadi dan juga stadium di mana sports day Eldest E diadakan. Lepas 2 jam melepak, we all balik la ke Templer lak...tidokan my Youngest E. Eldest dan Middle E lak sibuk bermain dengan permainan diaorg. I amik la kesempatan dengan Youngest E tengah lena diulit mimpi...dengan membuat kerja2 rumah. Petang, Eldest dan Middle E sibuk nak main basikal...kasi chance kat diaorang main sampai puas...sambil my hubby jaga Youngest E, I prepare dinner la.
Ni la dinner we all semalam...char kuey tiow seafood. Layan la...After maghrib, 3Es dah tido...perghhh lega rasanya ...I dan hubby lepak2 sambil layan citer CSI..
No comments:
Post a Comment