Monday, June 15, 2009

Apa nak citer yea..

Mmmmm....I merajinkan diri (nak atau tak nak) untuk buat house chores. Mmg sudah menjadi rutin every weekend kena bersihkan rumah, laundry dan the best part is COOKING. Actually, weekend sahaja ada masa untuk memasak for my family. Hari2 kerja memang tiada masa sbb sampai rumah pun dah lepas Isyak. So, for breakfast, I prepared pulut kuning and rendang daging.

Pulut kuning dan rendang daging, favourite seisi rumah especially Eldest E. I bangun 5.30 pagi untuk sediakan pulut kuning (telah direndam semalaman) dan rendang daging. Bukannya apa, I kena ready semuanya before my Youngest E bangun dari tido. Bila si Youngest E tu dah bangun, satu kije pun I tak boleh nak buat. Asyik berkepit ja dengan dia...kalau tinggalkan dia sekejap, waima nak ke toilet, sure menangis beria2...

I masak menu lunch pun simple2 ja. Youngest E taking his nap, so I amik kesempatan untuk prepare the lunch. Sambil2 tu, I buat la apa2 yang patut. Lunch, we all makan rendang daging, ikan parang bersinggang, telur goreng dan ikan masin bersama2 nasi putih..layan la

Ikan parang bersinggang...memang sedap la ikan parang ni walaupun banyak tulang..

Hujan turun dengan lebat petang sabtu, so semua 3Es tido petang termasuklah mummy diaorang sekali...sekali-sekala tido petang ni best jugak 'kan. Dulu masa bujang2 dulu memang selalu tido petang, ala dulu bukannya ada anak...terasa nak tido, tido ja la...hahahaha. Bila teringat kisah2 dulu kelakar la sebab nak buat apa saja, ikut suka ja. Since dah kawen dan beranak 3 ni, tido malam pun tak berapa cukup...apatah lagi nak tido siang. Daripada tido siang tu, baik buat benda lain sebab TIME is PRECIOUS.

Before maghrib, we all ke KLCC. Saja ja bawa 3Es pusing2 dan dinner kat luar. 2Es nak makan KFC, so we all layan KFC for dinner after maghrib. Then, we all jalan2 maka terjebak la membeli perfume Armani. Diaorang buka booth kat concourse area untuk promotion new perfume. I beli perfume baru then dapat macam2 bende free seperti 5 miniature perfume for men and women, after shave balm for my Hubby, travelling beg and yang best....free photoshoot. Taaaaraaaa, this is the result of the photoshoot....cantikkan gambar family we all...hihihihi:-

Bukan senang tau we all nak amik gambar sefamily ni tau..Semua control cun dan macho...cuma my Youngest E ja buat muka selamba.

No comments:

Post a Comment