Tuesday, June 30, 2009

Tagged dari Amy German

Amy...this is for u.

1. Nama-nama timangan anda?
My family calls me Along, my adik2 ipar call me Kak Ila, kengkawan opis panggil Asilah.


2. Anda seorang yang??
Kepala Best tapi I memang cepat naik darah...tapi garang bertempatla (tapi hati I baik tau...)especially to my 3Es, adik2 I....kalau tak percaya tanya diaorang la...hihihihi..

3. Insan yang teristimewa??
Of course la my beloved hubby (no 1), 3Es (no 2), my parents and in-laws (no 3), adik2 + adik2 ipar I (no 4)....dll

4. Lagu kesukaan anda??
Kalau nak disenaraikan terlampau banyak ni...tapi setiap detik yg berlaku dalam hidup I ada lagu tersendiri...
For example masa pregnantkan si Eldest E I suka lagu "Relaku Pujuk by Spider", masa pregnantkan si Middle E I suka lagu "Harapan by
Fazly Zainal"
dan masa pregnantkan si Youngest E pulak I tergila2kan "Lelaki Ini by Anuar Zain".

5. Makanan kesukaan anda??
Semua yang my mum masak especially masak lemak cili api

6. Warna kesukaan anda??
Coklat, Hitam, Putih, Merah, Biru

7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
Apabila 3Es taknak dengar kata mummy diaorang....

8. 3 benda yang mesti ade dalam Beg anda??
My handphone, kunci rumah, purse, wipes (sbb utk kesat kotoran kat Youngest E), lipstik, compact powder , extra diapers (for Youngest E)

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
Last week kots...dalam bilik air masa nak mandi sbb stress dan penat. I kalau stress dan penat menangis ja la..pastu hilanglah stress tu...

10. TAG 6 Rakan anda.
Somuffins
Kak Inahar
Kak LG
Kak Jun
Kak Nolis
Izyani

Melaka lagi...Part II

Malam after maghrib, we all ke Crystal Bay untuk makan ikan bakar. Tempat ini antara tempat wajib yang perlu dikunjungi apabila berada di Melaka. We all makan ikan jenahak, ikan kembung, lala dan sotong. Tapi kali ni ikan jenahak dia macam busuk sikit so, I complaint kat tuan kedai dan we all dapat diskaun iaitu tak perlu bayar harga utk ikan tersebut.

Pagi after breakfast, layan 2Es mandi swimming pool. Hampir 2 jam jugak la diaorang kat dalam kolam tu. Puas jugak la nak suruh diaorang berhenti mandi...al maklum la..masing2 hantu air..isk isk isk..

Lepas dah puas berendam dan mandi kat swimming pool tu, 2Es dah mengadu lapar nasi. So, for lunch we had Nasi Briyani Ujong Pasir....perghhh...nasi dia, I tell u...fluffy...cukup lembut gitu..."sedap walau dimakan begitu saja"....my hubby amik nasi briyani kambing dan yang lain2 amik nasi briyani ayam goreng... meh layan gambar jap:-

Ni la dia nasi briyani tu......nampak sedap dan membuka selera 'kan......jemput makan semua:-

Ni la nama tempat makan nasi briyani tu....
Dah jadik stopover wajib kami kat Melaka selain ikan bakar Crystal Bay.
Memang terbaik kat Melaka...

Melaka lagi...........

2Es bukan main lagi happy lagi bila I cakap kat diaorang yang we all akan ke Melaka lagi. Perkara pertama mengapa diaorang suka...boleh main swimming pool kat sana. Every time we all ke Melaka, we all akan bermalam kat Hotel Mahkota Melaka. Ntah..tak tahu la kenapa we all suka sangat hotel tu, tapi yang pasti hotel tu kat tengah bandar Melaka dan best la.

On the way ke Melaka, we all singgah sebentar kat kampung atuk dan uwan I di Rembau, Negeri Sembilan. Kebetulan pulak my parents bermalam kat sana dan sekarang pulak musim buah2an. Haaa..apalagi, makan buah2an la we all.

Ni adalah di antara pokok2 buah yang ada di kampung atuk dan uwan I. Memang banyak la buah2 yang tengah nak masak..belum masak sepenuhnya. Ada pokok rambutan, manggis, durian, langsat etc. Tak sempat nak amik gambar banyak2 sebab dok sibuk pulun nak makan ja.
Insya-Allah, lagi 2 minggu masak elokla semua buah2 ni, so kalau takde aral melintang balik kampung la we all.

Lepas lepak2 sambil makan buah, we all pun meneruskan perjalanan ke Melaka. Sampai kat Melaka pun dah pukul 5.00 petang. Lepak jap kat Pantai Puteri sbb 2Es nak tengok pantai.
Then, we all check in kat hotel untuk rest sebelum ke next destination...

Sabtu vs Ahad

Tepat jam 7.00pagi, I dan my Youngest E sudah keluar dari rumah. Agak2 we all pergi mana yea???? Haaa...apalagi, berjogging la. Suasana pagi yang tenang ditambahkan lagi dengan angin2 sepoi bahasa membuatkan pagi Saturday I rasa best.

Ni adalah sebahagian daripada laluan jogging I kat area perumahan I....cool 'kan. This Saturday I tak prepare pun breakfast sebab yang pertama, I malas. Kedua, banyak betulla laundry nak di buat disamping kerja2 rumah yang lain. I kena settlekan semua sebab esok, (Sunday) we all nak ke Melaka. My hubby ada kije kat sana on Monday, so amik kesempatan la cuti2 malaya...Breakfast kat kedai Wau Bulan @ bandar Baru Selayang...mainly dia serve foods from pantai timur (Kelantan). My Hubby dan 3Es layan la nasi berlauk, since I dah amik cereal early in the morning....I cuma minum teh o panas ja.

For lunch, I prepare ayam goreng, mackerel goreng, macaroni mushroom sup dan teringin pulak nak makan begerdil..so, I buatlah begerdil ayam, makan dengan macaroni mushroom sup.

Ni la rupanya begerdil ayam yang I buat. I buat bulat2, saja2 nak tukar stail skit...tapi bila I goreng begerdil ni, dia jadi hancur. Mesti ada silap kat mana2 ni, so I tanya la kat my mum, apasal begerdil I bila digoreng jadi hancur?? My mum pun citer la bagaimana cara2 nak buat begerdil, rupa2nya I terlupa nak letak telur dalam kentang (digoreng terlebih dahulu, kemudian ditumbuk) sebelum dibentuk2kan. Oooooo..camtu. Hihihihihi..takpa la, at least rasa begerdil tu ada.

Saja2 ubah menu sikit...ala2 ke arah diet la. Ok jugak la rasa macaroni mushroom + sup ayam yang I buat ni. Nampak simple ja but kenyang. Begerdil yang hancur tu I masukkan sikit dalam macaroni sup ni jugak...menambahkan lagi kesedapan. Layan la....:-

Friday, June 26, 2009

Apa nak tulis ni.....

Emmmmm...hari ni I tak puasa dan kebetulan pulak budak2 opis I buat makan2 pagi sempena our ex-colleague Kak Liza dapat transfer balik ke Seremban...after 2 and 1/2 years ulang-alik dari Seremban-KL. Terkezut perut I sebab macam2 food yang masuk dalam perut pagi ni...almaklumla selepas 4 hari berpuasa ganti. Tapi I makan berpada2 la sebab still on diet...hihihi. Meh layan apa yang ada......................


Kuih seri muka ni, hasil air tangan my mum..akak2 kat opis ni minta my mum buatkan this kuih seri muka dan kuih koci pulut hitam....

Ni la rupanya my mum punya kuih koci pulut hitam...perghh...lemak berkrim tuuuu...nak lepaskan kempunan (walaupun tengah diet)...I cuma makan seketul ja kuih koci. Kalau ikutkan hati 2 3 ketul I boleh makan tapi diet punya pasal...I tahan ja...waaaaaaaaaa

Selain tu ada nasi lemak ayam goreng, karipap dan keropok lekor.

Nasi lemak ayam goreng ni we all tempah dari staff kat Menara. Selalu jugak la we all tempah nasi lemak ni kalau buat makan2 pagi. Dan satu lagi...taraaaaaaaaaaaaa...this is my 1st time dot com punya APAM PISANG...malam tadi buat after lepak2 kat rumah in-laws dan 3Es serta ny hubby tengah diulit mimpi. Pisang emas yang digunakan untuk buat apam pisang dibeli kat Pantai Dalam bersama2 kak nolis aka kak sepit dan izyani aka si kerd during lunch hour.
Ok la hasilnya... (sendiri puji diri sendiri la...hahahahaha). Jemput tengok apam pisang I....

Ni baru ja diangkat keluar dari pengukus...masih berasap lagi tu masa gambar diambil....

This apam pisang I tambahkan chocolate rice supaya nampak cantik la apam pisang I ni......

Apam pisang yang telah dipotong2 dan di bawa ke opis untuk dimakan oleh kengkawan opis....

Wednesday, June 24, 2009

Minggu puasa ganti....

This week I berniat nak buat ganti puasa utk puasa last year. 30 hari tu yang perlu diganti sbb last year punya fasting month, I masih dalam confinement...hehehehehe...haaaa, banyak betul puasa yang perlu diganti. Tapi nasib baik la I dah start ganti puasa sejak bulan January lagi so, balance cuma tinggal 5 hari ja lagi....Hari ni masuk hari ke-3 ganti puasa for this week...kebetulan pulak, today 1st Rejab (bulan Islam). Disertakan kelebihan2 berpuasa di Bulan Rejab...

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa
1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal
27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa
2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa
3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa
5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa
7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa
15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Semalam, I minta kat my youngest sister buatkan kuih gulung utk I makan untuk berbuka puasa (maklumla tekak orang berpuasa ni...macam2 nak tapi since I tgh diet ni tak boleh nak makan sesukati ja...berpada2 la 'kan).
Tak sampai 10 minit kuih tersebut telah disediakan...Ye arr, kalau bahan2 sudah ada di depan mata, bancuhkan aduan kulit kuih tersebut dan dimasakkan di atas kuali leper. Then, kulit kuih akan membaluti inti kelapa yg manis...maka terhasillah kuih gulung...mmmm..senang 'kan.


Sorry yea...gambar kuih tak clear / blur sbb amik guna camera handphone ja...tapi I tell u...kuih tu walaupun nampak sempoi, rasanya memang sedap...

I tapau that kuih sebab we all plan nak buka puasa kat kedai mamak dekat dengan area perumahan we all...On the way balik ke rumah, sebelum sampai simpang ke rumah my in-laws, jalan jam teruk....alamak, dah ler dekat nak berbuka puasa ni...mesti ada kemalangan ni..sedangkan rumah we all dalam 4km ja lagi...so, malas nak amik risiko, we all berbuka kat Ayamas. Itu pun my Eldest E yang beria2 nak makan kat sana. Layan la....Singgah kat rumah my in-laws sbb tumpang solat maghrib dan lepak2 dulu. Jam 10.30mlm baru bertolak balik ke rumah we all.....Sampai rumah, 3Es dah tido dan I pun dah mengantuk tahap gaban tapi before zzzzzzzzzzzzz, I kena buat apa2 yang patut for the next day.............



Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day..

Happy Father's Day to all fathers in the world. Especially to my beloved Hubby, my Ayah and my Abah. I love u all so much...............Happy Father's Day.

Pagi2 lagi dah bangun sebab my hubby ada volleyball tournament kat TTC, Jalan Semarak. So, tak sempat buatkan breakfast untuk dia. My hubby sempat minum cereal 3 in 1. Cukup la utk beri tenaga..hihihihihi. Since my hubby ada tournament, I bawa all my 3Es breakfast kat mamak. Mira, my youngest sister datang rumah, so join sekali la. I cuma makan sekeping capati dan secawan teh tarik kurang manis. My 2Es dan Mira pulak makan roti canai, kuah dhal dan ayam goreng dan air kosong.

For lunch I buatkan spaghetti bolognese. Memang my Eldest dan Middle E sukan sangat sebab dapat makan food kegemaran diaorang. Bertambah2 la diaorang makan termasuk la my youngest sister. My hubby pun layan sekali la. Memang licin.....

This spaghetti I letakkan banyak2 daging kisar, hotdog, tomato dan cendawan butang. Nampak sedap 'kan. Petang I cuma gorengkan keropok for 2Es mengunyah2 sambil tunggu Daddy diaorg temankan diaorang main basikal kat area perumahan we all.

Sementara my Hubby temankan 2Es main basikal sambil sorong my Youngest E, I prepare utk dinner pulak. Since today tak makan nasi lagi, I buatkan nasi goreng lobak merak udang bersama2 fried chicken wings untuk my Hubby dan 2Es.....

For me, only this.....layan ja la since nak diet 'kan.....

Lobak merak dikukus, salad, tomato, timun dan chicken fillet yg dipanggang dengan black pepper...ish..mmg takde rasa langsung, tak sedap...diet punya pasal I kena kuatkan semangat ni...

Sabtu - 20 June 2009

Pagi2 lagi I dah bangun. Lepas solat Subuh I terus bersiap2 untuk memulakan aktiviti berjogging di area kawasan perumahan I. Tapi I kena bawa berjogging sekali dengan my Youngest E. I put my Youngest E kat stroller dia. Then, sambil tolak stroller, sambil jog. Ok tak? Macam minah2 saleh jogging bawa baby sekali sepertimana I yang pernah lihat di kaca2 TV dan di kawasan area Bukit Pantai, Bangsar...hehehehe.My Eldest E pun join sekali. Mula2 tu, my Eldest E berkobar2 la berjogging tapi bila time sampai di area mendaki bukit sebelum sampai kat PTGCC, dia dah mengah dan bising sebab dahaga dan penat. I masa tu peluh pun tak keluar lagi, my Eldest E lak sibuk suruh patah balik rumah sebab nak minum dulu then sambung balik. Ish, mana boleh camtu 'kan. I target jogging 2km so, misi harus dicapai. Tidak boleh tidak.

Kiranya my Eldest E secara tidak langsung kena patuh jugak la dengan mission mummy dia. Hehehe...kesian gak la dengan Eldest E, tapi dia yang beria2 pada mula2nya nak join I, so terpaksa ikut la rentak mummy dia. Lepas tu, lepas sampai rumah (mission accomplished sebab capai target nak jog 2km), my Eldest E tobat dah nak ikut mummy gi jogging. Dia rela duduk kat rumah ja sambil nonton tv. Then, I buatkan my Youngest E susu dan tidokan dia sebab masa I jogging tadi pun dia dah agak koya (term kelate bermaksud khayal nak tido). So, dengan senangnya, my Youngest E pun lena diulit mimpi.

I pun amik kesempatan lak bila my Youngest E tido. Haaa...apalagi, prepare breakfast la for my family. My Eldest E lak bising2 sebab dah lapar. Sambil2 prepare the breakfast, I buat gak laundry...banyak pulak nak kena buat tu. As usual dan paling senang, I buatkan macaroni udang bergoreng and earl grey tea for breakfast. Hubby dan 2Es pun suka. Since I diet, for breakfast I cuma amik cereal with low fat milk dan secawan earl grey tea.

Ni la rupa macaroni udang bergoreng bersama2 dengan daging kisar yang dicampurkan sekali dengan telur. Lepas breakfast, 3Es lepak2 dengan daddy sambil main basikal di depan rumah. I pulak kena abiskan house chores la sebab after zuhur, we all nak Ikea....lunch kat sana sebab nak pekena meatball!!! Sedap tuuuu...

We all had our lunch at Ikea. All of us makan meatball and fried chicken wings. The best part is, my Youngest E pun makan gak meatballs tu...abis 2 ketul. For the 1st time, we all tak jalan2 pun kat Ikea, datang untuk makan ja. We all jalan2 ke The Curve. Usha2 ada apa kat sana dan my hubby comment..."ok la..next time boleh datang lepak2 kat sini". So, sambil jalan2 tu, ada local bank buat promotion. So, ada clown untuk entertain kanak2. My 2Es dapat belon dari clown. My Middle E berani dan suka bergambar dengan clown but my Eldest tak suka. Mari layan la layan gambar2 3Es yang diambil masa kat the Curve...

My Middle E with the clown...

Middle E posing depan The Cineleisure..bersambung dengan The Curve, area berjalan kaki kat the Curve, every Saturday ada booth2 yang jual pelbagai barang spt baju baby & kanak, baju org perempuan, aksesori..etc

2Es..

My Youngest E tengah santai di stroller dia...maintain macho dan hensem tuuuu...hihihihi

My lovely sweethearts....3Es...

After jalan2 dan window shopping kat the Curve, we all pun balik...Balik menuju ke rumah my in-laws sebab dinner karang diaorg ada buat makan2 sikit sempena my youngest adik ipar dapat masuk Uitm kat Seberang Jaya...ala2 gathering gitu. Mummy rasa best la sebab tak perlu masak dinner. Ok la...my mother in-law masak nasi minyak bersama2 lauk daging masak kari, ayam kampung masak merah, ikan tenggiri masak sweet sour dan jelatah.

Jumaat yang stress

Jumaat lepas I memang rasa stress sebab pagi2 lagi my big boss tegur yang I nampak berisi...tu satu hal la...satu hal lagi, boleh dia cakap yang I pregnant lagi!!!!!!! tak ke haru tu....ish ish ish...
Pastu I masuk meeting, meeting with my old friends (old office)...ada lagi yang cakap I badan dah naik dan pregnant...ish,ni tak boleh jadi ni...kalau cukup 44 orang cakap benda yang sama, apakah akan jadi kenyataan????? Oh tidak!!!!!!!!!!!!!

So, I kena do somethimg about it. I kena diet. So, menu breakfast, lunch dan dinner I kena tukar ni. Tapi masak untuk my family tetap diteruskan la cuma I ja yang kena control makan. Tidak boleh nak belasah apa2 sahaja ni. Kena kuatkan semangat ni untuk diet, sebab dah I ni suka makan, hubby lak memang suka makan...3Es pun suka makan jugak ni..so, I kena berkorban skit la. Bila dah kurang skit my kilos...boleh la jamah balik food2 yang I suka makan...hehehehe...wish me luck!

Wednesday, June 17, 2009

Makan2 di Office

Semalam kat opis, ada buat makan2 utk meraikan birthday girl & boy untuk bulan May & Jun. Disamping itu juga meraikan juga kepergian staff yang resign dan berpindah keluar.. Majlis dimulai dengan kata2 aluan dari big boss, diikuti dengan pemotongan kek birthday, pemberian hadiah dan cendermata untuk yang terlibat...Abis pembacaan doa makan, apalagi acara makan2 pun bermula la...Banyak sungguh makanan..so, u all layan ja gambar yea...selamat menjamu mata...

sate..
Kerabu kacang botol

Kek Birthday

Puding kaler2, cheese tart, kacang, gula2, bahulu gulung..

Buah-buahan tempatan..rambutan, duku dan pisang

Ulam-ulam, sambal belacan, air assam dan buah timun a.k.a tembikai..

Lauk-pauk spt gulai ikan masin. sambal sotong, ikan bakar, daging goreng...

Monday, June 15, 2009

Lovely Sunday

Best betullah this Sunday sebab I tak perlu fikirkan menu2 yang perlu dimasak. Sebabnya, this Sunday, my this sister buat majlis cukur jambul baby girl dia..Airis Marissa..so, we all breakfast and lunch di rumah my mom la.

Jam 9.30pagi we all ke rumah my mom. Sampai di sana, kumpulan marhaban sedang menikmati breakfast yang disediakan oleh my mom. My mom buatkan kuih bakar, kuih cucur badak, apam gula hangus, bihun goreng dan air teh. Upacara tersebut bermula jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Untuk menu lunch pula my mom masak gulai lemak tempoyak, ikan kembung masak tauchu, ayam goreng berempah, masak labu, ikan bilis sambal, sotong kering sambal dan ulam2 bersama belacan. Emmmm...menyelerakan...selera kampung 'kan. Then for dessert, ada bubur kacang hijau durian dan lengkung bertapai. Sorry, tak sempat nak amik gambar2 makanan sebab sibuk di dapur. Tapi, I tell u...all the foods mmg sedap banget.

After tolong kemas2 kat rumah my mom, we all balik Templer. 3Es tertido sebab kepenatan sangat. For dinner, I buatkan nasi goreng seafood berserai.

Apa nak citer yea..

Mmmmm....I merajinkan diri (nak atau tak nak) untuk buat house chores. Mmg sudah menjadi rutin every weekend kena bersihkan rumah, laundry dan the best part is COOKING. Actually, weekend sahaja ada masa untuk memasak for my family. Hari2 kerja memang tiada masa sbb sampai rumah pun dah lepas Isyak. So, for breakfast, I prepared pulut kuning and rendang daging.

Pulut kuning dan rendang daging, favourite seisi rumah especially Eldest E. I bangun 5.30 pagi untuk sediakan pulut kuning (telah direndam semalaman) dan rendang daging. Bukannya apa, I kena ready semuanya before my Youngest E bangun dari tido. Bila si Youngest E tu dah bangun, satu kije pun I tak boleh nak buat. Asyik berkepit ja dengan dia...kalau tinggalkan dia sekejap, waima nak ke toilet, sure menangis beria2...

I masak menu lunch pun simple2 ja. Youngest E taking his nap, so I amik kesempatan untuk prepare the lunch. Sambil2 tu, I buat la apa2 yang patut. Lunch, we all makan rendang daging, ikan parang bersinggang, telur goreng dan ikan masin bersama2 nasi putih..layan la

Ikan parang bersinggang...memang sedap la ikan parang ni walaupun banyak tulang..

Hujan turun dengan lebat petang sabtu, so semua 3Es tido petang termasuklah mummy diaorang sekali...sekali-sekala tido petang ni best jugak 'kan. Dulu masa bujang2 dulu memang selalu tido petang, ala dulu bukannya ada anak...terasa nak tido, tido ja la...hahahaha. Bila teringat kisah2 dulu kelakar la sebab nak buat apa saja, ikut suka ja. Since dah kawen dan beranak 3 ni, tido malam pun tak berapa cukup...apatah lagi nak tido siang. Daripada tido siang tu, baik buat benda lain sebab TIME is PRECIOUS.

Before maghrib, we all ke KLCC. Saja ja bawa 3Es pusing2 dan dinner kat luar. 2Es nak makan KFC, so we all layan KFC for dinner after maghrib. Then, we all jalan2 maka terjebak la membeli perfume Armani. Diaorang buka booth kat concourse area untuk promotion new perfume. I beli perfume baru then dapat macam2 bende free seperti 5 miniature perfume for men and women, after shave balm for my Hubby, travelling beg and yang best....free photoshoot. Taaaaraaaa, this is the result of the photoshoot....cantikkan gambar family we all...hihihihi:-

Bukan senang tau we all nak amik gambar sefamily ni tau..Semua control cun dan macho...cuma my Youngest E ja buat muka selamba.

Tuesday, June 9, 2009

Terkandas 7 Jam di Bukit Tujuh..


We all bertolak dari Templer menuju ke Kelantan jam
8 pagi Jumaat. Pada mulanya, perjalanan we all very the smooth sehingga la menghampiri ke area Bukit Tujuh lepas Kuala Lipis.

Sebelum itu, we all ada berhenti kejap di Caltex Kechau untuk berehat. Ada la seorang nyonya bercerita kat my Hubby and father in-law ada treler terbalik dekat Bukit Tujuh...nyonya tu siap dah berpatah balik dan nak cari jalan lain ke Kelantan. Father in-law lak cakap, maybe treler tu dah dialihkan kuts...so, dengan senang hati we all pun meneruskan perjalanan. Tapi hati I berkata2 jugak, adakah kisah benar yang treler tersebut telah dialihkan?

Tak sampai 10 minit dari Caltex, we all dah kena berhenti sebab traffic jam. Ingatkan banyak sungguh la kereta menuju ke Kelantan yang secara kebetulannya, sekarang ni musim cuti sekolah. Kereta we all memang parking straight kat tengah jalan. Tak bergerak langsung. U all bayangkan lah, kereta we all bergerak dari KM253 ke KM250 memakan masa 3 jam lebih!!!!!!!!!

Dah la kat tengah hutan mana ni. Signal Handphone pon ada takde jek. Tak ke haru tu.....3Es dah mula buat perangai...faham2 ja la budak2. Dah panas giles sekarang ni, aircond pun dah sampai maksimum gitu......Macam2 version we all dengar citer pasal treler kontena terbalik ni..tapi tak tahu la yang mana satu yang betul...jam dah menunjukkan hampir pukul 3.30 petang, tapi takde petanda yang kenderaan2 akan boleh lepas menuju ke Kelantan, begitu juga ke Kuala Lumpur.

Bekalan air dan makanan especially untuk 3Es dah abes, cuma yang ada air (bikin susu) untuk Youngest E sahaja, kiranya macam dah darurat ni. Yang paling menghairankan, takde tindakan apa2 pun daripada pihak berkuasa samada dari Pahang atau Kelantan. Info2 pun tidak disalurkan kepada pengguna2 jalan tersebut pada hari tersebut. Kalau ada info dari pihak berkuasa yang mengatakan treler tersebut mengambil masa yang lama untuk dialihkan, we all atau pengguna lain akan berpatah balik ke Raub untuk menggunakan jalan alternatif ke Kelantan. Ini tak, sedangkan we all dapat maklumat yang treler tersebut terbalik pada jam 5.30pagi lagi, we all pulak start jammed since pukul 11.30 pagi.

Lama betullah pihak2 terbabit hendak menguruskan kejadian tersebut. I rasa beribu2 kenderaan tersangkut atau terkandas (samada dari Kelantan atau Kuala Lumpur) semasa kejadian tersebut. I sendiri terkandas hampir 7 jam dan melewati kawasan kejadian (treler kontena terbalik) pada jam 7.00 malam. Walaupun sudah melewati kawasan kejadian, namun kenderaan bergerak cuma 20-30km/j sahaja sebab ada pulak construction selepas Bukit Tujuh. Macam-macam.

Sepanjang perjalanan itu, banyak betullah kenderaan tersadai tepi jalan maybe disebabkan enjin panas, kehabisan minyak etc. Kalau orang2 dewasa pun dah keletihan, budak2 apatah lagi..lagi2 yang ada baby...kesian. Nasib baik la, my Youngest E tu tidak buat perangai, he is very cool. Bila lapar nak susu ja my Youngest E menangis skit...dapat susu senyap la dia. Cuma Eldest dan Middle E ja berperangai..merengek2 bila nak sampai Kelate dan mengadu lapar dan dahaga.

Perjalanan masih jauh lagi...bayang2 Gua Musang pun tak kelihatan lagi. We all berhenti sebentar di Caltex Merapoh untuk berehat sekejap selepas
terkandas 7 jam kat Bukit Tujuh. Middle E punya diapers pon dah full, so memang wajib berenti la untuk proses2 penyahbauan dan ada yang nak buang air kecil, nak beli air dan makanan ringan sebab dah kebulur yang amat2 sangat. We all meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang yang mana sepanjang perjalanan gelap gelemat ( sbb takde lampu jalan). Dah la gelap, jalan pun sempit (jalan sehala pulak tu)...silap2 haribulan kalau badan dah penat sangat dan mata mengantuk, boleh kemalangan gitu, kalau tak biasa. Ish ish ish...memang sadis arr perjalanan ke Kelantan ( guna Trunk road je) sbb takde highway. Bila la nak ada highway menuju ke Kelantan???

Sampai ke Gua Musang pun dah jam 9 malam...carik kedai makan dan we all makan dengan takde perasaan sebab dah kebulur yang amat2 sangat...lepak2 jap sambil tukar diapers Youngest E dan mandikan dia sekali sbb *toot* dah sampai kena seluar dan baju dia...mmmmm..ada lagi 200km lagi nak sampai Kota Bharu ni......perjalanan diteruskan...dan we all selamat sampai kat Resort Pantai Cahaya Bulan pada jam
12.45pagi....memang penat giles...3Es pun sampai tertido sebab keletihan yang amat2 sangat. Kesian diaorang...Mmg jadi history la sebab 17 jam perjalanan menuju ke Kelantan dari KL...kalah orang Kelantan balik beraya yang selalunya amik masa 10-12 jam ja....Memang Hari Ini Dalam Sejarah - Rekod Perjalanan Paling Lama Kat Malaysia

Itu takpe jugak, ada my hubby punya saing2 and family yang balik ke Kelantan sama siap tido dalam kereta di tengah2 hutan yang gelap gelemat dan sampai kat KB waktu azan Subuh berkumandang...sadiss weii...

Later, in the next post I citer pasal cuti2 di Kelantan pulak yea....:-

Thursday, June 4, 2009

Weekend in Kelate..

We all akan bercuti ke Kelantan Darul Naim this weekend. My Hubby berasal dari Kota Bharu...since my in-laws dah settle down kat Selayang...mmg amat jarang2 sekali la balik ke sana. Sejak kawen with my hubby ni, baru 3 kali ke Kelantan, itupun termasuk rombongan kawen my brother dengan org Kok Lanas, Kelantan..hihihihihi..itupun 3 tahun yang lepas. The best part is...my Eldest and my Middle E siap praktis cakap bahasa kelate tu....(kata Eldest E....takut orang sana tak faham nanti apa yang dia cakap nanti....). Nok Nasik Ayea Kepok...Kelakar la...So, till then....

Monday, June 1, 2009

Eldest E Sports Day..

Kelam kabut I bangun pagi ni...nak siapkan Eldest E ke sports day kat MPS Stadium. Siap berpakaian, kena buat tocang lak rambut si Eldest E yang panjang sudah sampai ke pinggang..supaya nampak kemas dan nampak comel la....after that, siapkan Middle and the Youngest E pulak. We all keluar dari rumah dah jam 8.30 pagi...sudah agak terlambat ni. Bukannya apa, takut Edlest E terlepas upacara ikrar Rukun Negara pulak almaklumla...dia 'kan tokey pembacaan ikrar. We all sampai kat stadium just in time...Sempat la Eldest E join pembacaan ikrar tu. Selain itu, ada tarian bhangra yang Eldest E jugak turut serta. Eldest E jugak ada masuk acara bawa bola pingpong dalam sudu dan caterpillar walk. Semua budak2 yang join sukan dapat hadiah lah. Takde yang tak dapat. Semuanya Pemenang...Tiada Yang Pengalah. Hehee.

Selepas abes semua around 11.00am, baru la we all brunch kat kedai kelate di BBS. Makan nasi dagang ayam kampung, 2Es lak makan nasi putih dengan ayam kepak dan ikan. Kenyang...bagus2...mummy tak perlu masak lunch la...Lepas makan, we all singgah kejap kat rumah in-laws I. Actually, my in-laws punya rumah dekat sangat dengan kedai makan tadi dan juga stadium di mana sports day Eldest E diadakan. Lepas 2 jam melepak, we all balik la ke Templer lak...tidokan my Youngest E. Eldest dan Middle E lak sibuk bermain dengan permainan diaorg. I amik la kesempatan dengan Youngest E tengah lena diulit mimpi...dengan membuat kerja2 rumah. Petang, Eldest dan Middle E sibuk nak main basikal...kasi chance kat diaorang main sampai puas...sambil my hubby jaga Youngest E, I prepare dinner la.

Ni la dinner we all semalam...char kuey tiow seafood. Layan la...After maghrib, 3Es dah tido...perghhh lega rasanya ...I dan hubby lepak2 sambil layan citer CSI..