Monday, August 10, 2009

Apa nak letak tajuk ni??????

Fikiran tengah buntu so, tak tahu la nak letak tajuk apa...since ada oven ni, macam2 dalam fikiran nak buat....nak buat kek la, panggang daging dan ayam la tapi nak buat semua tu I kena make sure yang my Youngest E tido atau I minta my mum atau Mira tolong jagakan sekejap. My Youngest E ni langsung taknak kat sape2 pun waima Daddy dia...dia cuma ok dengan I dan my mum / Mira ja.....sadiss 'kan. So, bila bab nak memasak ni, I agak susah nak buat skit la kalau my Youngest E ni ada...asyik nak berkepit ja dengan I.

Sib baik la last Saturday, my youngest sister, Mira datang rumah sekejap. So, boleh I nak buat projek membaking ni. Hasilnya, jadi la muffin chocolate chip....

Ni la hasilnya....taraaaaaaaaaaaaa...chocolate chip yang banyak2 tu my Eldest dan Middle E tolong bubuhkan...banyakkan...I cilok this recipe from Cik Mat Gebu punya blog...tq CMG...tapi I bega2 skit la that recipe...ikut citarasa sendiri...rasa sedap dan tak manis sgt la.

Muffin tengah dimasak oleh Cik Oven Europa....naik gebus gitu muffin tu....buat this muffin dapat la 24 ketul. Petang tu jugak lepak2 kat rumah my mother in law, bawalah sikit muffin tu kat rumah dia...konon2nya menantu mithali gitu...bawa buah tangan....hihihihihi.....:-

8 comments:

  1. I dah terbayang2 u buat pie, roti, bingka pisang ...

    ReplyDelete
  2. Somuffins, actually semua tu dah ada dalam fikiran I, tapi tak tahu bila akan terjadi. Sbb ada baby yang asyik nak berkepit dgn mummmy dia ni yg payah skit ni....

    ReplyDelete
  3. Kite pon baru lepas makan muffin cekelat nie... heheh... tp takde choc chip manyak gitu... :D

    ReplyDelete
  4. masa anak aunty kecit2 depa pun gitu jugak, aunty masak(masa tu takdak catering2 lg)sambil dukung dia, bila nak wat kuih ker apa, kena dudukkan dia sama2, bila basuh pinggan dia pun duduk dlm babychair tu dekat sinki, mmg ada kacau2 la, tp aunty buang perasaan yg anak tu pengganggu, kami buat kijer sama2, kalau baju anak basah or comot, aunty tukar dgn senang ati, kdg tu sari 5/6 kali tukar, sampai 8 kali pun pernah tp marah tidak sama sekali, everytime cuma perlu bercakap kerana wlp kecit tp depa dlm proses belajar sebenarnya dan kita adalah guru pertama mereka, cuma perlu sabar jer, bila depa dah besar, apa yg aunty perasan, bila mereka buat kijer, sebijik mcm cara kita! cthnya, sebelum cuci pinggan, depa akan clearkan dulu rak pinggan, simpan pinggan2 yg dh bersih dan kering,baru letak pinggan baru yg dicuci, clearkan basket, dia akan buat apa yg kita buat bersama2 masa depa kecit dulu, tanpa tunjuk ajar lagi! mungkin selain kesabaran, ikhlas dan penuh kasih sayang amat baik sekali kesannya dlm pembangunan diri setiap anak, cuma samada kita mahu atau tidak - maaf, sekadar berkongsi pengalaman...

    ReplyDelete
  5. Ijan...kalau bikin sendiri muffin ni...mmg sesuka hati ja nak letak banyak mana pun chocolate chip tu....

    ReplyDelete
  6. Aunty Jah...tq for advise. I akan cuba banyak2 bersabar dalam melayan karenah anak2 ni....

    ReplyDelete
  7. Kja pi umah mertua di kpg bawak lauk nasik kandaq.. kekdg bawak apples sebijik dua.. Tp bila balik, penuh sarat bontot kete kami dgn sgl mcm hasil mahsul kpg!!

    ReplyDelete
  8. Kak Ja....pergi sikit ja buah tangan...tapi bilik balik abih mengangkut 'kan....tu biasa la...hihihihii...

    ReplyDelete