Tuesday, August 31, 2010

21st Ramadhan 1431-Our 7th Annivesary

HAPPY 7th ANNIVERSARY to me and Mr E.......

Note for Mr E......"I sayang u banyak-banyak seumpama 7 lapis langit dan 7 lapis bumi serta bermillion-million lemon tau....".....muahhhhhhs!!!

Ni picture we all masa nikah 7 tahun dulu......

Our anniversary cake yang I buat tengah hari tadi......HUMMINGBIRD CAKE....
Iftar hari ni kat luar sambil celebrate our 7th anniversary dengan 3Es.....:-))

20th Ramadhan 1431

Semalam telah berlalu. Yang ada cuma hari ini...esok belum pasti lagi....SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53 Malaysia.....

Ok peeps...actually nak gambar kat bawah ni menu iftar we all semalam...enjoy ya!!!

Menu:
1) Tenggiri masak lemak bersama ulam pegaga
2) Udang galah ala Thai
3) Ayam goreng
4) Bayam celur

Onde-onde buah melaka for dessert....

Tenggiri masak lemak bersama ulam pegaga...

Homemade pizza for makan-makan after terawih...

Udang galah ala Thai....

Bahan A:-
1 kilo udang galah
20g tepung jagung
2 biji telur (dipukul)
Minyak masak secukupnya

Bahan B:-Sos Masam Manis
6 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
sedikit halia (dihiris halus)
1 biji mangga muda (dipotong kecil-kecil)
1/4 nenas (dipotong dadu)
4 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 biji air imau nipis
2 helai daun limau purut
5 biji cili api
sedikit lengkuas (dihiris halus)
3 sudu besar pes tomyam
2 cawan air rebusan ikan/ayam
garam & gula secukup rasa...

Cara2:-
1) Gaulkan udang dengan garam, tepung & celupkan ke dalam telur dam masukkan ke dalam minyak masak yang sudah panas sehingga udang menjadi garing.
2)Sos pula...tumiskan halia & bawang putih sehingga naik bau diikuti dengan bahan2 lain diakhiri dengan air rebusan ikan/ayam. Renehkan sampai sos menjadi agak pekat. Jangan lupa masukkan garam & gula secukup rasa.
3) Kemudian, tuangkan sos tadi ke atas udang yang telah siap digoreng....boleh dimakan bersama nasi putih.....

Selamat mencuba ya...:-))

Sunday, August 29, 2010

19th Ramadhan 1431

Kejap sungguh weekend berlalu. Macam tak sempat nak buat apa-apa 'kan...*sigh*. Apa-apa pun terpulanglah kepada kita macam mana hendak buat segala benda mengikut perancangan kita. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Ikutkan hati I tersangatlah malasnya minggu ni. Niat di hati nak bersantai sahaja tanpa membuat apa-apa house chores....boleh gitu?...Pasti tidak boleh sebabnya terasa tidak adillah kepada my 3Es 'kan (karenah mereka wajib dilayan walaupun kekadang tu poning kepalo den nak melayan)...e.g :perut Middle & Youngest E wajib diisi dengan makanan, so I secara automatiknya wajiblah kena memasak (Eldest E berpuasa), buat laundry sebab kalau I tak buat siapa yang hendak buat?...:-((

Bila mood malas menjalar dalam tubuh badan I tak berapa slim ni, I akan buat tak tahu je. Nak lepak dan rileks ja. So, nak dijadikan cerita, petang tadi before Asar....I tido siang babe!!!. Semenjak kahwin dengan Mr E dan dapat 3Es, boleh dibilang dengan jari berapa kali I tido siang atau petang....sibuk bagaikan tak menang kaki dan tangan nak uruskan house chores & 3Es....dah ler tido siang sementara nak ke rumah mertuaku untuk iftar...lepas buka tadi dan solat maghrib....I sempat lagi membuta kat rumah mertuaku walaupun suasana bising sebab 3Es sibuk bermain-main dengan cousins diaorang...hahahahahaha...:-))

Iftar di rumah mertua takkan nak datang dengan lenggang-lenggang kangkung 'kan...Kali ni I buat Red Velvet Cake as a dessert after iftar. Kebetulan pulak sudah berjanji dengan birasku, Lela untuk dia merasai kenikmatan si Baldu Merah ni....lepas jugaklah hajat Lela.....:-))

Ni pulak menu hidangan iftar kat mertua's house tadi. Penuh satu meja 'kan...Alhamdullillah, di atas nikmat rezeki dariNya....amin..!

Saturday, August 28, 2010

18th Ramadhan 1431

Alhamdullillah...parents I selamat kembali ke tanahair yang tercinta ini. Both of them dalam keadaan yang sihat. Cuma penat sikit la sebab agak lama dalam flight dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Tq so much to Mr E yang tolong ambil my parents kat airport tadi bersama-sama Eldest & Middle E...

Iftar di rumah my parents...I masak la simple-simple je sbb hari ni mood I tersangatlah malasnya...daripada nak kemas rumah, buat laundry dan memasak...ntah la, kalau itu mood malas sudah mari....mmmmm, santai je la I kat kerusi panjang sambil tertido....

Malas-malas pun still baking, bukannya apa...sudah lama tak bikin ini cake...takutlah jugak kalau-kalau tak menjadi Orange Chiffon Cake ni...mmmmm, hasilnya tidak mengecewakan I....bawa kat rumah my parents....:-))

Samba udang sempoi yang I masak for iftar...lain-lain yang masak: bayam celur....mudah dan simple...menu orang malas ni...hihihihihi...tak sempat nak snap lauk lain sebab duk layan karenah Youngest E.....Menu iftar tadi:

1) Ayam golek (memang sedap tapi kena beratur hampir setengah untuk beli ayam golek ni...dah le masa tu panas terik...)
2) Tenggiri masak lemak cili api (my aunty tolong masakkan)
3) Sambal Udang (ni I masak)
4) Bayam celur (I yang masak jugak)
5) Tauhu sumbat (beli je)
6) Murtabak
7) Kuih Lopes

Sempat ambil gambar candid Youngest E bersama cousin dia (Akif Anaqi) siap berpakaian jubah & kopiah yang dibeli oleh my parents kat Madinah....sorang rupa macam anak cina mualaf dan sorang lagi macam anak Ukbezkistan.....hihihihihi...:-0

Friday, August 27, 2010

17th Ramadhan 1431

Jumaat datang kembali. Hari ini public holiday (cuti Nuzul Al-Quran) untuk certain negeri di Malaysia termasuklah Selangor. I kerja tak cuti pun sebab office I kat Bangsar, K.Lumpur..:-((
Kalau Selangor cuti, pasti dan sah K.Lumpur macet!!! Memang macam ni pun sejak azali....apatahlagi yang bercuti itu pasti akan mengambil kesempatan untuk membeli-belah bagi persiapan hari raya yang bakal menjelang kurang daripada 2 minggu lagi...

Today is the last day my Youngest E duduk di nursery. Esok dalam 11.00am, insya-Allah...parents I akan sampai dari Jeddah selepas 2 minggu menunaikan umrah di Mekah. Mr E yang akan mengambil mereka di KLIA esok. Masa hantar Youngest E ke nursery padi tadi pun, dia demam. So, I awal-awal lagi sudah berikan ubat kepada Youngest E. Petang lepas ambil Youngest E, I terus bawa dia ke klinik yang memang ada kat berdekatan dengan nursery.

Ok la peeps...mengantuk tahap gaban ni...selamat berhujung minggu bersama-sama orang tersayang...

Youngest E bersama-sama rakan-rakan yang baru dia kenal selama 2 minggu....

Cookies for kakak-kakak yang menjaga Youngest E dengan baik selama 2 minggu kat nursery...

Thursday, August 26, 2010

16th Ramadhan 1431

Happening wa cakap lu wa !!! Apsal suka sangat I ni? I Menang peraduan dapat BMW Mini ke? Oh tidak sama sekali....hihihi. Actually, today I iftar di JWW Marriot Hotel with my collegues yang mostly jauh lebih muda daripada I kecuali Pn Comel aka Sis Aini yang muda setahun daripada I. Diorang semua ni bertugas as a frontliner (reporting to Pn Comel) to our division yang mana duk support internal user yang mempunyai masalah system untuk aktiviti harian kerja.

Mmmmm...u all tahu-tahu aje la 'kan, JWW Marriot Hotel tu terletak betul2 di kawasan segitiga emas. Tengah bandar Kuala Lumpur pulak tu...Dah lah office di Bangsar, ada hati nak iftar di JWW Marriot Hotel...tak ker macam mencari nahas je sebab we all terpaksa menempuh macet yang teruk!!!! Tapikan sebab nak jugak ke sana, macet pun sanggup we all redah. Wah-wah!!! begitu bersemangat we all 'kan.

Mula -mula tu, budak-budak tu follow kereta Sis Aini yang mana I jadi co-pilotnya. Alih-alih 2 kereta yang follow we all tercicir ntah ke mana-mana. Jenuh jugak lah nak beri direction ke JW Marriot thru phone kat diorang...siap ada yang sesat barat lagi. By the way, diorang managed to get there for iftar (walaupun ada satu kereta yang sesat barat lagi dalam kawasan segitiga emas pulak).

Terserempak pulak dengan si Zizie Ezette ( ala yang nikah sama si Bung tu- dengan aksi mulut muncung gitu.....hihihii) iftar jugak kat sana but different venue. Si Zizie tu sudah kurus (potongan badan cantik) dan kulitnya begitu halus, putih & bersih...senang cakap dia memang cantik. Ingat nak bergambar tapi niat terbantut sebab hampir sudah waktu untuk berbuka puasa.

Iftar tadi, I makan banyak giles,macam-macam I makan tau....habis lah diet I......uwaaaaaa:-(( tapi sekali-sekala ok kuts (ayat penyedap hati untuk diri sendiri...boleh gitu? Layan je la labu...I bawa sekali my Youngest E dan Mr E pun ada iftar di Hotel Maya dengan saing-saing dia..Makan, borak, gossip, makan, borak, gossip...bergelak tawa sampai lebam...seronok tau! Ni antara menu yang I makan masa kat sana...

Lamb with black pepper gravy....

Satay dan kawan-kawannya...

Rojak yang I bikin menjadi rojak moden mengikut selera I...

Buah-buahan....

eh!! ni gambar tuan tanah punya blog & Youngest E.....saje je nak intreframe....:-))

Kesimpulannya iftar di JWW Marriot ok la...not that bad tapi not great either....average la...till then and selamat berhari Jumaat....I suka Friday!!!!! yeayyy...:-))

Wednesday, August 25, 2010

15th Ramadhan 1431

Sedar tak sedar separuh Ramadhan telah dilalui. Dalam pada itu, I sangat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat....bila habis kerja, ambil 3Es di dua tempat yang berlainan sambil meredah macet yang terlampau....lagi-lagi dalam bulan puasa ini. Iye lah 'kan, masing-masing bergegas mahu pulang berbuka puasa dengan family, teman-teman dan lain-lain.

Bila sudah sampai di Templer...tak sempat nak buat apa-apa. Kekadang tu bila update blog pun boleh tertido atas laptop. Sangat sadiss 'kan....Bila badan sudah penat dan minda pun letih...so, tidurlah jawapannya. Ok...tak mau cerita panjang-panjang lagi...u all take care ya!....nite-nite semua!!!

Baru je lepas selesai siapkan birthday cake for my friend's son.......

Monday, August 23, 2010

13th Ramadhan 1431

Wordless Monday............:-((

Sunday, August 22, 2010

12th Ramadhan 1431

Sangat malas la nak masuk office esok...kenapa ya cepat betul weekend I ni...macam tak sempat nak buat apa-apa....sah-sah esok pasti Monday blues punya. Masuk office sure takde semangat nak buat kerja sangat 'kan...wahai semangat datanglah kepadaku.....hihihihihi..

Dari pagi sehinggalah kini, house chores memang tak habis-habis. I rasa 'kan..siapa yang menjadi fulltime housewife (maidless lagi) sure faham akan situasi ini. I ni 'kan tak sabar-sabar nak tunggu my bedtime tau....but before I mimpi yang indah-indah ( sangat jarang bermimpi ), I kena pastikan sinki kosong dan dapur dibersihkan, cucuk growth hormone kat perut my Middle, siap-siapkan barang2 untuk esok ( barang2 3Es ), cium Mr E & 3Es dan solat....actually letak je kepala kat bantal...I terus lena ntah ke mana....

Tapi....tapikan, baju belum gosok lagi ni ( plan esok lepas sahur nak gosok lah...ok 'kan ).....penat sangat-sangat ni....baik tidur ja 'kan...

Menu iftar tadi di rumah we all...masa amik this gambar, memang sudah berbuka puasa pun..tu yang serabutnya foods tu....

Chicken baked wings with accessories....sweet corn, baby carrot and gravy....

Plan nak masak ikan tenggiri, alih2 menjadi Ikan Kembong sweet sour..hentam sahaja la labu...

Udang goreng buncis.....

Onde-onde buah melaka...selain tu I ada buat jugak kuih keria @ kuih gelang...

dan...sempat jugak membuat pizza..fresh from my Cik Oven Europa lagi....My Eldest E request nak makan pizza, so mummy pun layan lah karenah dia since dia berpuasa 'kan....apa-apa pun pizza ni sangat sedap dan licin!!!!!!

Saturday, August 21, 2010

11th Ramadhan 1431

Hari ni iftar di rumah mama mertuaku. Memang sudah menjadi kebiasaan pun weekend tak kira lah Sabtu atau Ahad, we all akan ke sana. Riuh-rendah macam nursery dibuatnya kat rumah mama mertuaku sebab semua cucu-cucunya ada kecuali si baby Areez sebab tidak sihat.

Ok...hari ni macam hari membaking sedunia jugak la...I baking 3 cakes...2 moist choc cake dan 1 simple choc cake for birthday boy...My Youngest E aka Emil Farish...buat acara potong2 cake after iftar di rumah mama mertuaku...u all layan ja gambar2 cake yang I buat ya....gambar2 potong cake esok la I upload....:-))

Taraaaa....birthday boy punya cake, Simple Choc Cake..sempoi je mummy buat utk my Youngest E.....

Moist Choc Cake untuk kawan adik I yang belajar buat nursing tu.....

Harap-harap Kak Wan, especially her son Luqman happy dengan moist choc cake with edible image of BEN 10.....Ok..go to go sebab nak zzzzzzzzzzzzz...

Friday, August 20, 2010

10th Ramadhan 1431

Hari ni I sangat suka sebab esok dan lusa cuti....yeayyyyy!!!!! Walaupun cuti selama 2 hari tapi macam tak cukup je...ye la 'kan, mana nak layan 3Es punya karenah, main masak-masak dan membakar sambil mencuba dan improvise resepi2 baru dan lama, nak kemas dan cuci rumah, buat laundry...ish ish ish, tak cukup masa ni.....

Hari ni, 3Es buat perangai....
1) Eldest E merengek-merengek dahaga yang amat sangat lagi 15 minit ja nak berbuka puasa...malas nak bising2 Mr E suruh Eldest E minum ja air (lagipun cuaca amat panas sekali hari ni...ye arr 'kan, I tengok my Eldest E ni sudah semakin kurus...macam mummy dia tak beri dia makan padahal makan nasi 3 - 4 sehari...lagi2 kalau ada ayam goreng kepak dan tomyam...takpa lah, lagipun bagi Eldest E yang baru ja berumur 6 tahun sudah berpuasa 6 hari buat masa ni...kira ok la tu...:-))

2) Middle E pulak masa my brother ambil dia dari sekolah tengah hari tadi, dia menangis-menangis sebab rindukan wawan dia (my mama )...my aunty cerita kat we all tadi masa nak berbuka puasa tadi, menangis beria-ria tu siap keluar air mata dan hingus sekali....ditambah lagi dengan sedu sedan......pastu peluk my aunty sampai dia tertido......wah!!! beremosi pulak si Middle E ni...:-)

3) Youngest E pulak masa hantar kat nursery tadi pun buat perangai dengan menangis dan memberontak taknak duduk kat situ....aishh....mahu tak mahu, I terpaksa la menemankan dia hampir setengah jam gitu...pastu bila I nak masuk office dan tinggalkan my Youngest E, dia mula menangis balik....tapi I blah jugak....

Kesimpulannya 'kan....menurut firasat I, 3Es ni rindukan wawan diaorang kuts....sabar ye sayang-sayang mummy, minggu depan wawan & atuk akan pulang ke KL.....:-))

Thursday, August 19, 2010

9th Ramadhan 1431

Alhamdullillah....sudah lebih seminggu kita berpuasa 'kan. Dan sudah 3 hari my parents berada di bumi Tanah Haram untuk menunaikan umrah. Bila I dan Mr E hantar Eldest & Middle E ke sekolah hari ni, my Youngest perasan yang jalan we all lalu untuk hantar kakak-kakak dia ke sekolah pasti melalui jalan ke rumah my parents...tetiba ja my Youngest E cakap dengan I tapi pelat la but I still can understand apa yang Youngest E cuba katakan. Dia cakap kat I..."mummy, wawan (panggilan cucu2 kat my mama) dah alik (balik)???...I pun cakap la kat my Youngest E...blom la sayang....

I rasakan yang my Youngest ni rindukan wawan dia la....masa I hantar dia kat nursery tadi pun, dia menangis2.....maybe my Youngest E ni tak biasa kut...takpa lah sayang...lagi 6 hari (tolak cuti sabtu & ahad) ja sayang duduk kat nursery tu..pastu duduk semula dengan wawan yea sayang....

Iftar tadi di rumah my aunty (yang tolong jagakan Eldest & Middle E lepas balik sekolah)...dia masak gulai nangka, ayam goreng, tenggiri masak kicap, sayur kangkung goreng ikan masin dan tauhu sumbat. Kuih-muih ada karipap, kuih bom, onde-onde gula melaka dan kuih lopes...kenyang we all...

Kuih lopes I ni mengingatkan I pada my mama. Dia sangat pandai membuat kuih ni dan rasanya pun sangat sedap...tak sabar nak jumpa my parents balik. Tengahari tadi, my Ayah ada call dari Madinah, mengatakan yang dia dan mama sihat sejahtera....amin...Nasib baiklah kuih lopes yang I beli rasanya sedap jugak lah tapi takler sesedap yang mama I buat...tapi..layan jer la...:-))

Wednesday, August 18, 2010

8th Ramadhan 1431 - Happy 2nd Birthday to my Emil Farish bin Nor Eziel Azram

Today is my Youngest E punya birthday. Happy 2nd birthday to Emil Farish Bin Nor Eziel Azram from mummy, daddy, Kakak Edelyn & Elyssa....sayang banyak-banyak kat Emil tau!!!

Wah!!! Cepat betullah si bantal peluk I ni membesar.....sudah jadi toddler gitu but still a baby boy to me & Mr E sampai bila-bila....:-))

Emil sudah 2 tahun hari ni....

Emil semasa 45hari...

Emil 6 bulan....

Emil setahun...

sangat nakal & buas!!!

mandi- manda kat air terjun Templer...

raya tahun lepas...posing depan rumah kat Templer....

kat Bagan Lalang.....

Tuesday, August 17, 2010

7th Ramadhan 1431

Jam 9.30 pagi tadi hantar my parents to KLIA. My parents akan buat umrah selama 2 minggu. Mudah-mudahan semuanya selamat...insya-Allah. Selepas my parents masuk ke balai berlepas kira-kira jam 1.45ptg, we all pun pulang.

Suasana kat KLIA tadi...masa ni masih tidak ramai orang lagi kat sana...jam 12tgh hari penuh sesak jugak kat KLIA dengan umat manusia yang menghantar family terdekat ke umrah...Semoga my parents dapat menunaikan umrah dengan tenang dan perjalanan ke sana dan pulang semula ke KL selamat...aminnnn...

I dan Mr E kena amik Eldest & Middle E kat rumah my aunty dahulu then barulah pulang ke Templer. Sampai sahaja kat Templer pun sudah jam 4.30 petang dan agak kelam-kabut untuk memasak for iftar. Macam lipas kudung I masak siap berkelahi dan terjerit-terpekik dengan my Youngest E yang sangat buas dan nakal itu...:-(

Selesai semuanya masak, I pun mandikan 3Es sebelum waktu iftar. This is our 1st time iftar kat Templer tau untuk tahun ni la...

Menu sempoi for iftar....I siapkan semua ni dalam masa sejam jer..kira ok la tu 'kan....dan licin babe!!!!

Macaroni seafood goreng oregano....Eldest E yang request ni, I pun buat la...

Sambal sotong....

Ikan kembong goreng...

Kacang buncis bertelur...

Jemput-jemput pisang for dessert.....layan..

Monday, August 16, 2010

6th Ramadhan 1431

Nothing much to write.....right now I'm just so tired...:-(( really needs a rest...
  1. My Edelyn bersahur walaupun demam lagi tapi berbuka puasa tengah hari tadi sebab dia sudah terlalu lembik dan badan terlalu panas.
  2. My Youngest E 1st time I hantar dia ke nursery kat office I for 2 weeks sebab my mama akan ke Mekah for umrah esok. My Youngest E ok la kat sana...
  3. I tak sempat nak masak nasi for Mr E bersahur sebab ingatkan nak tido kejap ja (padahal sudah jam 4.15am masa tu...) alih2 tido kejap tu terlajak sampai ke 5.20am. Buatkan Mr E maggi sup Chef Wan ja dan My Edelyn minum milo panas bersama biskut Jacob Cream Crackers 4 keping....sorry ya sayang2 I...
  4. Balik Templer...kasi Eldest & Middle E makan ubat serta cucuk growth hormone pada perut my Middle E, mandi dan plan nak tido lepas update blog....
Nite-nite semua....muaahhhs!!!

Sunday, August 15, 2010

5th Ramadhan 1431

Nampak gayanya My Eldest E tidak dapat berpuasa penuh lah tahun ni. Masa I bangunkan my Eldest E untuk bersahur awal pagi tadi, I tengok dia ok dan nampak macam biasa jer. Makan nasi dan lauk ayam goreng serta milo panas untuk Eldest E bersahur. Selesai bersahur dan kemas dapur, I pun naik ke atas lah...plan nak tido balik sebab penat dan nak qada' tido...memang tido pun..Ingatkan nak la bangun lewat sikit...almaklumlah 'kan, bukannya kena prepare breakfast pun tapikan my Youngest E bangun awal dan terber** pulak..so, nak taknak terpaksalah I bangun dari tido yang best itu.....ish ingat nak bersantai2 atas katil...potong stim betullah my Youngest E ni....:-((

Then, tak boleh nak tido baliklah...I pun turun ke bawah, alih2 Mr E cakap Eldest E demam panas dan sudah pun berbuka puasa sebab kena makan ubat demam. Memang panas pun badan Eldest E sampaikan Mr E basahkan tuala kecil untuk meredakan suhu badan Eldest E yang panas itu. Mr E bawa Eldest & Middle E ke klinik, Middle E kena buat nebulizer sebab ada banyak kahak dalam paru-paru dia...

Eldest E yang seharian tido je....kesian anak mummy 'kan. Lunch, I buatkan nasi goreng dan sambal fishball (tak pedas pun) untuk 3Es. Eldest E tak berapa lalu sangat nak makan, tapi I paksa dia makan jugak supaya dia bertenaga sikit...adik2 dia suka benar nasi goreng dan sambal fishball tu...layan...

Sempat jugak baking this cookies for my friend....

Since I tak boleh berpuasa 'kan, so I perabihkan lah si RED VELVET tu....mmmmm sungguh sedap..(sedap yang tak boleh nak diungkap dengan kata2...)

Today, buka posa kat rumah ibu mertuaku. So, takkan nak datang dengan tangan kosong 'kan. I pun bikin lah Mini Quiche yang berintikan daging....mmmm yummy yummy yummy...pun mendapat sambutan yang hangat....

Okla yea..cukup2 lah buat hari ni. Nak tengok2 kan kejap my Eldest E tu....daaaa

Saturday, August 14, 2010

4th Ramadhan 1431

Alhamdullillah....complete sudah puasa hari ke 4 bagi Mr E dan Eldest E. Hari ni we all berbuka puasa ramai-ramai di rumah my mama. Ada kenduri doa selamat sikit...insya-Allah, mama & ayah akan menunaikan umrah selama 2 minggu. Flight diaorang pada Selasa depan jam 3 petang. Wah!!! riuh-rendah kat rumah my mama tadi, bercerita bagai nak rak...bila time gini lah boleh jumpa semua adik-beradik, aunty2 dan uncle (adik-beradik my mama), cousins dan atuk. Uwan I ada kat rumah my aunty yang lagi sorang tu tapi tidak larat, so dia tak dapat joinlah sekali, cuma my mama kirimkan lauk-pauk dan kuih-muih buat Uwan dan aunty I. Memang best 'kan kalau berjumpa ahli keluarga sambil borak-borak itu ini, makan-makan sampai kekenyangan, gelak2......mmmm hidup ini memang indah kalau dikelilingi dengan orang-orang tersayang 'kan...

Ok la...u all layan ye gambar-gambar yang sempat I amik masa berbuka puasa tadi....

Red Velvet Cupcake....sedap giles cake!....so yummy and moist...:-))

Red Velvet Cake yang I buat tengah hari tadi then bawa ke rumah my mama as a dessert for iftar.....memang semua suka bangat dengan si BALDU MERAH ini, sampaikan ada cousins I tak percaya yang I baked this cake...

Makanan2 yang dimasak oleh my mama for iftar tadi....ada gulai daging salai masak lemak cili api bersama belimbing, pajeri nenas, sambal sotong kering, kari tenggiri, tauhu sumbat,ayam goreng, onde-onde gula melaka & karipap goreng....mmmm, memang puas betullah makan masa iftar tadi, rasa nak pecah perut pun ada tau...hihihihihi...

Kelihatan Mr E yang tersandar kekenyangan, ayah, atuk, uncle2 I sedang menikmati makanan yang dimasak oleh my mama...

Adik ipar I yang sarat preggie tu bersama hubby dia aka adik lelaki I ( Eldest E sempat interframe jugak tu sebelah uncle dia ), sebelah kiri tu my aunty with her daughter yang mana akan jaga Eldest & Middle E after diaorang balik dari sekolah semasa ketiadaan my mama nanti.

Lepak dulu sebab semuanya kekenyangan...pastu dioarang ke masjid untuk solat terawih....

As usual...kalau mama I buat makan-makan, sure dia akan masak lebih punya...ni antara gelagat we all masa time nak tapau food balik ke rumah masing-masing....gamat dan kecoh giles macam kat pasar ramadhan je...so, sahur nanti cuma panaskan lauk & nasi sekali...hihihihihi..senang I, tq mama...:-))

My Middle E ( demam hari ni, tu yang Middle E tak berapa ceria sangat tu ) berposing dengan tunang adik lelaki I (Kuching mari, tapi muka cam iras Middle E je!!!!)...insya-Allah akan bernikah pada Jan 2011....naik belonlah we all ke Kuching nanti tahun depan....:-]

Yang pastinya.....RED VELVET CAKE I ni laku sangat-sangat...yeayyyyyy!!!!!