Friday, August 20, 2010

10th Ramadhan 1431

Hari ni I sangat suka sebab esok dan lusa cuti....yeayyyyy!!!!! Walaupun cuti selama 2 hari tapi macam tak cukup je...ye la 'kan, mana nak layan 3Es punya karenah, main masak-masak dan membakar sambil mencuba dan improvise resepi2 baru dan lama, nak kemas dan cuci rumah, buat laundry...ish ish ish, tak cukup masa ni.....

Hari ni, 3Es buat perangai....
1) Eldest E merengek-merengek dahaga yang amat sangat lagi 15 minit ja nak berbuka puasa...malas nak bising2 Mr E suruh Eldest E minum ja air (lagipun cuaca amat panas sekali hari ni...ye arr 'kan, I tengok my Eldest E ni sudah semakin kurus...macam mummy dia tak beri dia makan padahal makan nasi 3 - 4 sehari...lagi2 kalau ada ayam goreng kepak dan tomyam...takpa lah, lagipun bagi Eldest E yang baru ja berumur 6 tahun sudah berpuasa 6 hari buat masa ni...kira ok la tu...:-))

2) Middle E pulak masa my brother ambil dia dari sekolah tengah hari tadi, dia menangis-menangis sebab rindukan wawan dia (my mama )...my aunty cerita kat we all tadi masa nak berbuka puasa tadi, menangis beria-ria tu siap keluar air mata dan hingus sekali....ditambah lagi dengan sedu sedan......pastu peluk my aunty sampai dia tertido......wah!!! beremosi pulak si Middle E ni...:-)

3) Youngest E pulak masa hantar kat nursery tadi pun buat perangai dengan menangis dan memberontak taknak duduk kat situ....aishh....mahu tak mahu, I terpaksa la menemankan dia hampir setengah jam gitu...pastu bila I nak masuk office dan tinggalkan my Youngest E, dia mula menangis balik....tapi I blah jugak....

Kesimpulannya 'kan....menurut firasat I, 3Es ni rindukan wawan diaorang kuts....sabar ye sayang-sayang mummy, minggu depan wawan & atuk akan pulang ke KL.....:-))

1 comment:

  1. salam
    InsyaAllah sempat buat semua tuh...
    sambil membersih kita berzikir dan beselawat..
    tak rasa penat..

    oh yes.. cuba buka lagu Maher Zain.
    mesti superb clean.. =) selamat bercuti

    ReplyDelete