Alhamdullillah...I semakin pulih daripada sakit yang berpanjangan. Tq pada my family yang take care 3Es masa I sakit, Mr E yang cuti untuk jaga I dan pada rakan-rakan tak bloggers dan bloggers yang bertanyakan khabar dan mendoakan kesihatan I. Cuma sekarang ni, I kurang tenaga sangat-sangat. Kalau buat house chores tu tak boleh terus-menerus....buat sikit then rehat. I masih lagi terasa penat, maybe ni gara-gara terlampau banyak ubat I makan dan lebih daripada seminggu I baring dan tidor sahaja. Dan selama itu jugalah dapur I tidak berasap. 3Es sudah merungut kenapa mummy lama betul sakitnya.....diaorang sudah boring asyik makan kat luar ja....especially my Eldest E...
Kesian kat my anak-anak sebab asyik2 kena makan kat luar ja then my Mr E pun sudah tidak tahu nak beli apa....Hari ni genap 3 hari I sudah tidak makan ubat lagi.I rasa 'kan disebabkan terlalu lama dan banyak ubat yang I telan telah membuatkan diri I ni begitu lesu dan tidak bermaya sekali. Kali ni I betul-betul jatuh sakit sampai dimasukkan ke hospital sebanyak 2 kali dan pengsan pun 2 kali.......habis semua tenaga I masa I jatuh sakit ni dan hampir seminggu lebih I tidak ke opis.....
Apa-apa pun I bersyukur yang I still alive dan boleh bernafas di bumi bertuah ini. Taubat la....I taknak sakit lagi.....sakit yang dialami benar-benar meninggalkan trauma dalam hidup I....macam orang yang tidak berupaya langsung....sangat sadisss...
I gian nak masak sedap-sedap untuk my family, baking...uish....lama betullah Cik Oven Europa I ni tak membakar....dalam kepala ni macam-macam nak baking...apa-apa pun tenaga perlu ada untuk merealisasikan semua itu 'kan...kalau tak susahlah...
Ok.....since sudah lama dapur I tak berasap 'kan....lunch tadi kasi warming up skit....I cuma buat Spaghetti Bolognese....bukan main happy lagi 3Es dan Mr E sebab I sudah mula masak...Diaorang semua makan sampai licin macam sudah lama bebenar tak makan!!!...
Spaghetti Bolognese buat 3Es dan Mr E.......
Salam. saya doakan semoga cepat sembuh ya. take care.
ReplyDeleteLepas gian nampak...rilek beb..rehat banyak2...kumpul energy...sok lusa dh ok betuk2..bley arr layann masak + baking bagai...nyway..bsok strt kije eh?...selamat kembali bertugas...n take care
ReplyDeleteDinas & Nadz....
ReplyDeleteTq for ur wish!!!