Tuesday, November 30, 2010

Melaka - Part 3....

Tak lengkap 'kan kalau I tak tayangkan gambar2 3Es....sudah satu kewajiban kalau ke mana-mana mesti nak bergambar....Gambar-gambar 3Es di Melaka....








Melaka - Part 2 (Tengok wayang - Rapunzel, A Tangled Tale)

Sementara Mr E beri talk pada student2 di UTEM...I and 3Es serta my youngest sister, Mira yang ikut serta ke Melaka lepak di Dataran Pahlawan. Korang fikirlah 'kan...takkan nak lepak2 dan jalan sambil window shopping selama 5 jam 'kan...sure kaki lenguh dan bosan tahap gaban!!! Lagi-lagi dengan 3Es yang buas dan lasak itu....:-))

So, cara lain untuk mengisi masa ialah dengan menonton wayang. Kebetulan pulak ada GSC kat Dataran Pahlawan tu...dan ada cerita Rapunzel....A Tangled Tale sedang ditayangkan....Layan pun best jugak kan. 3Es happy...mummy pun happy jugak.

Oh!!!! This movie sungguh best dilayan.....apa ntah lagi bersama-sama 3Es....Ni sinopsis movie ni...
Terdapat sebuah kerajaan di mana raja dan permaisuri sedang menantikan kelahiran bayi pertama mereka.
Ketika sedang sarat mengandung, permaisuri jatuh sakit dan situasi ini meletakkan dirinya dan bayi yang dikandungnya dalam situasi bahaya. Dalam keadaan yang terdesak, orang suruhan diraja telah diarahkan untuk mencuri sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai kuasa penyembuh dari taman seorang ahli sihir jahat bernama Mother Gothel. Gothel kerap menggunakan bunga itu untuk mengembalikan keremajaannya supaya dia dapat hidup kekal abadi. Bunga tersebut berjaya menyembuhkan permaisuri dan memberikan puteri mereka, Rapunzel, kuasa penyembuh yang berada terletak dalam rambut Puteri Rapunzel yang berwarna keemasan.

Sebagai membalas dendam dan keinginan untuk memiliki semula kuasa tersebut, Mother Gothel telah menculik dan mengurung Rapunzel di sebuah menara yang jauh daripada pandangan manusia.
Rapunzel meningkat remaja dengan memiliki rambut yang panjang mengurai yang mencecah 70 kaki. Disebabkan hanya berada dalam kurungan, dia memiliki perasaan ingin tahu yang sangat kuat.
Setiap tahun pada tarikh hari lahirnya, Rapunzel pasti dapat melihat cahaya yang terapung daripada tempat yang dia tidak pasti. Sebenarnya, cahaya tersebut datang daripada festival yang adakan oleh raja dan permaisuri pada tarikh kelahiran Repunzel. Pada suatu hari, seorang penjahat bernama Flynn Rider telah menceroboh menara tersebut. Menggunakan kesempatan itu, Rapunzel telah berpakat dengan Flynn untuk melepaskan diri dan membawanya ke festival cahaya tersebut.

Rapunzel melarikan diri dengan seekor sumpah-sumpah, Pascal dan seekor kuda, Maximus. Dia melalui pengembaraan yang hebat serta menarik yang tidak pernah dia lalui sepanjang hidupnya sehingga membawanya ke festival tersebut. Ketika melihat cahaya tersebut di sebuah tasik, Rapunzel dan Flynn jatuh cinta. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Mother Gothel berjaya menangkap Rapunzel dan membawanya ke menara. Manakala, Flynn pula telah ditangkap oleh pengawal istana. Flynn berjaya melepaskan diri dan pergi menyelamatkan Rapunzel. Dia sampai ke menara tetapi telah ditikam oleh Mother Gothel. Sebagai pertukaran, Rapunzel berjanji akan bersama dengan Mother Gothel selama-lamanya jika dia dibenarkan menyembuhkan Flynn, Mother Gothel bersetuju.

Sebelum sempat Rapunzel menyembuhkan Flynn, Flynn berjaya memotong rambut Rapunzel menyebabkan bertukar menjadi debu. Flynn masih boleh disembuhkan dengan air mata Rapunzel.

Mmmmmmm, nak tahu cerita selanjutnya....silalah ke cinema berdekatan!!! Recommend utk tontonan semua.....termasuklah orang dewasa...best tau movie ni...:-)) Dan the best part is....my Youngest E sangat behave dan menghayati movie ini walaupun baru1st time bawa dia tgk wayang.....

Melaka....kami datang lagi - Part 1 (Makan-makan)

Hi semua!!! mmmm...semalam tak sempat nak update blog sebab agak keletihan disebabkan perjalanan ke KL-Melaka-KL dan aktiviti2 yang we all buat kat sana....Actually, Mr E ada kerja kat Melaka dan I serta 3Es pun ikut serta....aihhh, mana boleh kena tinggal lagi 'kan... We all sangat suka ke Melaka....dengan perjalanan yang tidak makan masa yang lama, negeri paling bersih I rasa kat Malaysia ni...etc...

We all bertolak dari Templer menuju ke Melaka jam 9.30pagi selepas breakfast yang sempoi sekadar alas perut je. Sebab utamanya bila sampai kat Melaka nanti....just nice utk lunch. For lunch, we all pekena Nasi Briyani Majeedia kat Ujong Pasir yang sangat sedap. Mr E order Nasi Briyani Kambing manakala yang lain2 order Nasi Briyani Ayam Goreng. I tell u....this is the best ever Nasi Briyani tau....nasi je pun sedap dan lembut sekali...We all betul2 menikmatinya...:-))

Nasi Briyani Ujong Pasir yang sedap itu!!!! Ni plate I...ayam goreng tersorok di bawah timbunan nasi yang sangat sedap....mmmm, terasa nak makan lagi...takpa, nanti ke Melaka lagi boleh pekena Nasi Briyani yang tak muak dimakan ini.....

Kenyang sungguh tau makan Nasi briyani tu sampaikan Mr E takut tertido pulak masa nak beri talk pada student...hihihihihihi...Mr E drop we all kat Dataran Pahlawan sementara dia beri talk kat students di UTEM. Later I citer I cerita pulak apa yang I & 3Es buat semasa di Dataran Pahlawan....

Jam 6.30 petang, Mr E jemput we all di Dataran Pahlawan dan we all menuju ke Alai untuk menikmati ikan bakar pula....makan makan dan makan...Memang itu agenda utama we all bila ke Melaka....As usual, tempat makan ikan bakar we all di Crystal Bay....sedap & murah!!!

Ikan gerut-gerut yang dibakar bersama sambal...

Ikan kembong bakar bodo..my favourite..:-))

Sotong bakar....

Mereka-mereka yang kekenyangan....termasuk I....

Jelly kepala..opss.....kelapa perisa pandan....Sedap!!! I sorang je makan sampai 4 bekas.....

Sunday, November 28, 2010

Graduation & Concert Day

Jam 2 petang tadi ada graduation dan annual konsert Eldest & Middle di Dewan Sri Siantan. My Eldest E tamat sekolah setelah 3 tahun belajar di SRK. So, ada graduation untuk budak2 berumur 6 tahun lah...Then, bukan makin lagi both my girls bersungguh-sungguh menari terutamanya my Middle E (memang dia ni obses dengan menari & menyanyi!). Tapikan, yang terlebih penat...mummy diaorang la...penat pun penatlah kan...asalkan both my girls happy!!!

Ok ok...layan gambar je la ye....Tuan tanah punya blog nak peluk bantal busuk ni sebab esok nak pergi jalan-jalan cari makan.....(ntah bilalah nak start diet ni sebab dah ada ramai yang tegur I sudah gemuk!!!!!!)...

Suka betul dia....sebab dah graduate!!!

Ready to get her scroll....

Finally.....yeayyy!!!

My Middle buat persembahan dengan rakan2 sekelas dia...menari lagu Hindustan Bole chudia..

Seksi 'kan my Middle E....

My Eldest E punya turn pulak buat persembahan......

Di akhir persembahan.....

Kakak & adik sempat buat persembahan bersama-sama...



Bergambar kenangan dengan best friend....

Middle E pun nak interprem jugak...:-))

Classmate Eldest E yang nakal....lepas ni ntah bila akan berjumpa lagi...

Sun + Day = SUNDAY

Breakfast for today.....

Barat bertemu timur....:-))

Cucur Ikan bilis bersama kuah kacang....

Banana Almond Choc Chips Muffin.....

Kejap lagi nak masak lunch yang sempoi jugak sebab jam 1pm karang my girls ada annual concert...so, wajib kasi makan kenyang-kenyang dulu....:-))...
Till then and happy Sunday peeps!!!

Saturday, November 27, 2010

*Blank*

Good nite ya!!!!
Lunch yang sempoi.....

Ikan parang masak singgang...

Sotong masak campak-campak..

Cabbage + carrot bertelur...

Brownies + ice-cream for dessert......yummy!!!

Dinner? Spaghetti Bolognese jer....

Friday, November 26, 2010

Jumaat terakhir bulan Nov 2010

Jumaat datang kembali. Terasa begitu cepat masa berlalu 'kan.

Ni gambar Bukit Takun yang kelihatan dekat saje dengan rumah I. Padahal jauh tu. Gambar ni diambil jam 6.45 pagi tadi....masih kelihatan kabus menyelubungi Bukit Takun itu. Perasan tak u all yang sekarang ni siang cepat kelihatan walaupun baru jam 6.45 pagi dan bila jam 7 malam pulak...sudah agak gelap itu.....Pastu 'kan, nak ceritera skit. Sikit jer tak banyak pun....area rumah we all ni dikelilingi bukit-bukau dan pokok-pokok yang menghijau dan pagi-pagi wajib ada kabus gitu. Tak caya meh datang Templer.....sejuk & nyaman jer.

This Mini Quiche, I buat for our breakfast...lagi-lagi bila my Eldest E duk sibuk tanya bila mummy nak buat Mini Quiche lagi....dan amat berpuas hati lah sebab Eldest E makan 4 ketul...kira kenyang lah sikit 'kan. Both of my girls today ada annual concert rehearsal SRK cawangan Dtrn Selayang dan BBS. Konsert sebenar pada Ahad ini 28 Nov 2010. Diaorang berdua tak sabar-sabar menunggu hari Ahad sebab nak join pertunjukkan....so, later I akan update lah yea ceritera pasal konsert diaorang berdua ni....:-))

Ok...got to go....till then and Happy Friday!!!

Thursday, November 25, 2010

Awal pagi Khamis....

Terbangun awal pagi ni sebab ada kerja sikit yang perlu dibereskan. Sambil-sambil tu blogwalking jugak....:-)) Badan still rasa penat lagi...macam tak cukup rehat padahal semalam tu jam 9mlm sudah tido after buat laundry...basuh (ni Mr Toshiba yang buat tau)...then sidai the baju-baju, kemas apa2 yang patut lepak dengan 3Es kejap dan ajak 3Es tido....best 'kan tido..I ni pantang letak je kepala kat bantal....boleh terus terlena tau...sangat mudah...iye lah....apatah lagi kalau seharian sibuk di office dan balik rumah sibuk dengan 3Es dan house chores...pasti penat!!!

Ok ok...I stop kat sini dulu ya sebab nak solat Subuh then nak siapkan breakfast ni....till then
and have a nice Thursday..:-))
Ni u all tahu tak apa bende nyer ni.....I buat sendiri my cili boh dan siap buat stok sekali. Tak pernah belilah buat masa ni...Cili boh ni I buat Sabtu lepas sebab stok sudah habis....


This birthday cake I buat for Cyntha Indah's daughter, Ellisa yang sambut birthdaynya yang ke 8 Ahad lepas....Happy Birthday Ellisa...

Tuesday, November 23, 2010

Not feeling well...

I sakit kepala yang amat sangat daripada pagi tadi. So, today memang tak masuk office....Sekarang pun masih sakit lagi......pagi tadi dah telan sebiji panadol (terpaksa telan walaupun ku sangat benci makan ubat!!!)....

Mood pun kureng nak berceritera malam ni...layan gambar je la yea....

Menu lunch we all....

Sup Tulang Templer...

Taugeh Goreng Oregano...

Tenggiri Masak Sweet Sour...

Kueh Teow Goreng Seafood for dinner....licin dimakan oleh Mr E & 3Es...:-))

Lepat pisang for supper......

Sunday, November 21, 2010

Malam tanpa Mr E....

Baru je sampai rumah. Tadi hantar Mr E ke airport dengan my bala tentera aka 3Es....Sungguh sedih sekali 3Es sebab daddy diaorang takde malam ni. Siap peluk cium bagai dan ada drama swasta kat airport tadi...macam lah lama benar daddy 3Es nak pergi......padahal cuma semalam je takde. Middle E pulak siap sedih beria2....dalam kereta tadi on the way balik ke Templer...asyik2 sebut...Eicha nak daddy...nak daddy....ishhh..

Actually 'kan, my 3Es memang rapat benar dengan Mr E....Mr E ni selalu layan karenah dioarang. I pun layan jugak 3Es tapi I kena buat macam2 house chores kat rumah ni...(ceh!!! alasan konon...)..tu yang tak terlayan tu....Mr E ni pulak terlalu obses dengan 3Es...sehari tak jumpa 3Es...resah dan tidak keruan jadinya.....macam tidur tak lena, makan tak lalu....

So, pagi2 esok I kena drive sendiri ke office sendiri....mmm, bosanlah sebab takde teman nak berbual....:-((....Ok guys...got to go...till then and sweet dreams!!!

Menu lunch we all tadi.....sangat sempoi tapi sungguh mengenyangkan.....Mackerel Goreng, Sup Ayam & Bayam Celur.....pergh!!!

Saturday, November 20, 2010

Berdua jer...

Today dari pagi sampailah ke malam, I cuma berdua je dengan my Youngest E. Mr E bawa Eldest dan Middle E ke Kuantan dengan his friend yang juga bawa gegurls ke sana juga sebab ada wedding budak opis diaorang. After breakfast, friend Mr E tiba kat rumah we all dan berangkat ke Kuantan lebih kurang jam 10.30 pagi. So, tinggallah I berdua je dengan my Youngest E..:-((

As usual, I buat laundry sampai 6 trip dan kering semua baju-bajan tu...cuma tinggal nak melipat jer...haaa tang tu yang den maleh tu...tapi kena buat jugak sebab memang dah takde orang lain dah yang boleh buat....layan je...Then, kemas dan cuci-cuci rumah...almaklumlah 'kan weekend je boleh boleh semua ni...hari2 lain, balik dari amik 3Es kat rumah my mama...terus tido...dah tak peduli dah bende lain...tido best!!!! Nikmat tuuuu...

Lepas dah settle semua house chores...lepak2 jap then bersiap2 untuk keluar. Saje je sebab nak amik angin...kasi clear kepala ni dan bawa my Youngest E jalan-jalan ke Tesco. Tak beli apa pun...saja-saja buang masa....Balik ke Templer pun sudah Maghrib dan Mr E serta Eldest & Middle E tiba 10 minit kemudian.

Our heavy breakfast for today.......

Beehoon Singapura....

Sambal Sotong Kering I yang sedap tuuuu...

Roti John my style....

So, lunch tak masak pun...makan jer leftover breakfast tadi. Lagipun cuma I dengan my Youngest E je 'kan...makan je apa yang ada....

Sempat jugak buatkan dinner yang sempoi ini buat mereka-mereka yang baru je sampai dari Kuantan. Kesian kat budak-budak dan bapak-bapak budak 'kan....sure penat dan letih serta kelaparan...tu yang I masakkan this Macaroni Seafood Goreng ni....bila perut kenyang, sure hilang penat dan semua happy....:-))

Mmmmm....I sempat bake this devil choc cake for myself....makan sorang2 sampai lebam....

I nak diet..tapi tak start diet-diet lagi ni....tapi layan this Devil Choc Cake yang mana topping dia yummy creamy cheese bersama choc ganache yang ada flavour blueberry...perghh!!! hilang semangat nak diet...muahahahahahaha..yang penting I happy!!!!!

Ok....Happy Sunday to u all.....;-)