Siapa bilang jaga anak mudah? Aishhhhh.....susah tau...lagi-lagi kalau anak tu buas-buas belaka 'kan. Macam 3Es....seperti mana yang u all tahu, I cuma ada 3 orang anak: 2 girls & 1 boy....dan I kira beruntung sebab 3Es dijaga oleh my mama masa I dan Mr E keluar mencari rezeki gitu. Memang beruntung sangat2lah I sebab my mama sudi menjaga cucu-cucu dia yang buas, nakal, aktif serba-serbi daripada pergerakan (sebab tak reti nak duduk diam), mulut pun suka bercakap dan kuat pulak tuuu...kalau orang lain yang jaga sure dah dipulangkannya 3Es tu kat I...nasib baiklah my mama tinggal di kawasan sewaktu dengan I. Kalau tak sure I terpaksa tinggalkan 3Es di nurseri 'kan. My MIL pulak tak berapa sihat. Semoga my mama diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, umur yang panjang dan kekuatan untuk terus menjaga cucu-cucunya yang buas itu!!!!..Amin...
Bercerita pasal nursery 'kan, lately ni banyak betullah kejadian2 yang tidak diingini berlaku kepada bayi-bayi 'kan...kekadang tu seriau jugak bila mendengar dan membaca berita yang menyatakan ada bayi mati tercekik susu, bayi terjatuh lalu ada kecederaan di kepala yang mengakibatkan kematian atau koma dan macam-macam lagi....aishhh, simpang malaikat 44 la...Bayi dan kanak2 ni amat memerlukan komitmen penjagaan yang tinggi untuk melayan karenah mereka daripada orang dewasa untuk menjaga mereka2 ini. Tidak boleh cuai tau....daripada beri minum susu, makan, memastikan mereka2 ni tidak bermain dengan benda2 tajam dan etc....dah tu yang pasti perlu ada kesabaran tahap maksima dalam hal-hal yang berkaitan dengan mereka-mereka ini...
I ni bukanlah malaikat...yang pasti, I ni mummy yang sangat garang dan suka membebel & marah2.....compare to Mr E yang amat penyayang dengan 3Es...nasib 3Es la dapat mummy macam ni...hahahahahahahahahahahaha...tapi I sangat2 sayang kat 3Es...mudah-mudahan 3Es akan faham bila besar sikit kenapa I marah-marah dan membebel kat 3Es bila diaorang buat salah atau asyik bergaduh sesama sendiri, bila sudah bermain dan menyepahkan rumah tanpa kemaskan semula dan segala macamlah...nak listkan satu persatu banyak pulak 'kan..ni pun sekadar yang terlintas di minda je....bukanlah marah itu tanda sayang...maybe cara I tu tak berapa berkesan tapi bila cakap baik2 dan lembut but still tak dengar kata jugak..I gunalah pulak cara kekerasan....ada jugak I merotan 3Es...tu kira dah hilang sabar betul tuuu....kalau setakat cubit tu biasa2 jer....garang dan agak sadiss 'kan I....kesian 3Es...Apa-apa pun sayang2 mummy, walaupun mummy korang ni sangat garang..mummy sangat2 sayangkan korang tau. Sanggup bergadai nyawa untuk u all bertiga...tapi kalau u all derhaka kat mummy dan daddy, especially mummy........nanti dapat balasan dari Tuhan besok.. So, anak2 di luar sana....hormatilah ibu bapa anda dan sayangilah mereka sepenuh hati sebab ibu bapalah yang bersusah payah menjaga anak2 semasa kecil sehingga dewasa dan akhirnya berdikari....kalau derhaka, masuk neraka!!! mmmm, peringatan buat diri I jugak...
Ok la...cukup2 dulu ceritera buat malam yang sejuk di Templer ini...layan gambar dulu ye....
Lunch dengan Mr E kat IKEA tadi...puas hati I dapat makan Meatballs, Daim Cake ( ni nak kena cari resepi dan cuba buat sendiri ni....) dan ayam kepak goreng...Sesekali dating berdua dengan Mr E tanpa gangguan daripada 3Es yang buas itu best jugak!!!!
Walaupun I ni mummy yang garang...tapi sangat baik hati jugak sebab sempat buatkan dinner untuk 3Es dan Mr E yang kelaparan dengan tidak sempat nak tukar baju kerja terus sudah bersilat di dapur!!!! Presenting my Spaghetti Bolognese yang yummy dan French Fries yang ranggup hasil air tangan mummy buat 3Es dan Mr E.....licin tuuuu!!!!
No comments:
Post a Comment