Saturday, March 31, 2012

31st for BR, Spaghetti Bolognese...

Simple yet delish sandwich for our breakfast....Mr E is not around, so I just masak2 yang simple je for the kids....

Baskin Robbins time! 1/2 gallon for Mr E & 2 pint for me & the 3Es......
Vanilla Ice-cream + cappuccino nuts for Mr E......
Spaghetti Bolognese for our dinner!...3Es favourite...
Ok....till then & Happy weekend ya!

Thursday, March 29, 2012

CERITERA is 3 & foya2 with the new girlfriends!

Happy 3rd birthday to my CERITERA blog....! Melalui blog ini juga I dapat ramai kawan bloggers, jumpa + makan + berborak....and still berkawan sampai kini....Semalam, I berjumpa dengan Kak Rima yang femes amous tuu from Singapore yang kebetulan bercuti di KL. Dan secara kebetulan jugak, 1st time jumpa Kak Yani (career woman yang terer baking macaroon macam Kak Rima jugak) & jumpa Kak Shidah from Diaries Mama yang lembut orangnya.....Lepak2 kat Melting Pot, Concorde Hotel from lunch until tea....U all memang best & happening!!! Tq Kak Rima for the lunch & tea.....Nice to meet u all!


with Kak Rima yang famous from S'pore! Tak sempat nak amik gambar dgn Kak Yani & Kak Shidah...takpe next time jumpa kalian berdua ya sbb kalian berdua duduk berhampiran dengan rumah I je....:-))

for me...sedap!!!

Sunday, March 25, 2012

New haircut....

Hari ini buat pertama kalinya I bawa my Youngest E ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut Youngest E. Ala....bukannya potong pendek terus pun, just kasi pendek sikit je....mula2 tu Youngest E tak nak potong rambut tau, puas I memujuknya dengan umpan yang I pun akan potong rambut jugak. Ya, I terpaksa memotong rambut dulu dan kemudiannya barulah Youngest E bersetuju nak potong rambut dia yang curly2 dihujungnya....Mmmmm, memanglah terasa sayang nak potong rambut dia....tapi disebabkan both my mama dah bising dan I pun dah hampir tak larat nak membelai rambut dia setiap pagi, maka dengan itu rambut Youngest E pun dipotong...:-((

Posing with his new haircut....still agak panjang lagi but takpa, nanti masuk Tahun Satu kasi kerat pendek punya...:-)

Our simple lunch but mengenyangkan tummy2 we all....Baked Chicken Wings with Mushroom Sauce!

I yang teringin nak makan ni.....cake yang paling mudah & senang sekali nak bikin dan sedap bila makan masa kek suam2 kuku.....Simple Butter Cake & Earl Grey Tea for minum2 petang.

Kueh Teow Kerang for our dinner tapi macam kelihatan udang je yang bersepah-sepah 'kan...We all suka makan udang but kena control la takut tahap kolestrol naik la pulak...I menyuapkan this Kueh Teow Kerang for 3Es sebab I malas nak basuh pinggan banyak2 dan 3Es pun malas nak suap sendiri...haaaa, kalau disuap, bukan main lagi bertambah2 lah 3Es makan...habis licin 3 kali tambah!

Got to go....apalagi, nak tido la sebab esok kena bangun awal utk bersahur, siapkan 3Es ke sekolah & pergi mencari rezeki....Till then & take care ya!

Saturday, March 24, 2012

Walimatulurus, Tidur & Cream Cheese Chiffon Cake

Kisah 2 sabtu yang berbeza....Last Saturday evening, we all ada jemputan birthday daughter my friend, Zarin kat BTHO and tengahari tadi, ada jemputan walimatulurus saing / kawan sekolah sejak sekolah rendah Mr E kat Putra Height......boleh dikatakan we all selalu dapat jemputan menghadiri majlis makan2 dan we all akan menghadirinya jika tiada aral melintang...:-))

Hari ni, I rasa sungguh malas sekali....boleh sempat tidur tu sebelum ke majlis walimatulurus kawan Mr E. Actually, I tersangatlah jarangnya tidur di siang hari kecuali demam...tapi hari ni entah mengapa boleh tidur pulak. Dan the best part is, 3Es & Mr E tak kacau pun I tidur...hihihihi...Dulu masa bujangan, tidur merupakan hobi I tau. Pantang je masa terluang, especially bila weekend la....I pasti akan tidur punya. Dah takde mende nak buat, masuk bilik, landing atas katil, cari bantal terus tidur....sadisss betul bila teringatkan hobi I dulu tu.....serius! I memang kuat tidur!!Rasanya dulu masa bujangan....masa tidur pun macam bayi je....ada kut 10 jam I tido dalam sehari......sekarang ni, bila dah kawen & beranak-pinak, average masa I tidur dalam 5 - 6 jam je sehari!....beza 'kan!

Mmmmm, ok la, nak tido ni...nanti tak cukup pulak masa tidur I.....jom layan gambar2 dulu...:-)

my pengarang jantung hati....

Antara kawan2 Mr E yang hadir walimatulurus kawan2 sekolah rendah / menengah depa tengah hari tadi...Selamat Pengantin Baru Zaidi & Norma. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat!

Macaroni Seafood for our dinner.....

I baked this Cream Cheese Chiffon Cake jam 9 malam tadi.....tak menyempat2 nak potong dan rasa chiffon cake ni sampaikan huduh benar rupa paras chiffon cake disebabkan I keluarkan chiffon cake ni from pan yang masih belum sejuk betul lagi. Tu yang tak comei tuuuuuu....Tapi this Cream Cheese Chiffon Cake ni gebus dan sedap sekali!....Tak sia2 I baked...:-))

Ok....till then & take care ya!

Thursday, March 22, 2012

Terajin!

Alhamdullillah, berjaya juga berpuasa sunat untuk hari ini. Mudah-mudahan, niat murni I untuk berpuasa sunat setiap Isnin dan Selasa dapat diteruskan sampai bila2 jika tiada aral melintang. Masa sahur tadi, I terbangun awal....maka terhasillah Banana Muffins dikala umat2 di dalam rumah I ni sedang enak diulit mimpi yang indah. Mmmmm, harum sungguh bau Banana Muffins ni dikala sedang dibakar oleh Cik Oven Europa I sambil I menyidai baju bajan yang sudah dicuci oleh Mr Toshiba malam tadinya.....

Milo Panas & 2 ketul Banana Muffins for my sahur.....

Makan 2 ketul pun sudah menyenangkan...Breakfast & Tapau jugak for my Eldest & Middle E sebagai bekalan ke sekolah....My Youngest E just breakfast dengan Honey Star je sebab dia tak suka dengan muffin2 ni...:-(

Wednesday, March 21, 2012

Cool eh!

STRESSED = DESSERTS

Monday, March 19, 2012

Kepala terhantuk & Puasa Sunat...

Alhamdullillah, sempurna sudah puasa sunat I untuk hari ini. Sudah lama benar tak berpuasa ni, letihnya bukan kepalang dicampur pulak dengan rasa lapar. Iye lah 'kan, berpuasa di waktu bukan bulan puasa....lain sikitlah rasanya. Dulu I agak rajinlah jugak berpuasa sunat setiap Isnin & Khamis ni...pastu kerajinan itu hilang ntah ke mana. Tetiba rasa nak buat balik dan berharap agar amalan berpuasa setiap Isnin & Khamis diteruskan selagi mampu....amin!

Mmmmm, tak larat rasanya nak bercoleteh panjang malam ni....ditambahkan pulak kepala I berdenyut2 yang amat disebabkan kepala I terhantuk pada but kereta Sabtu lepas. Pergghhhh!!!! bergegar kepala otak I masa kena tu, siap berlekuk lagi. Rasa nak pitam pun ada....dan kesannya baru I terasa hari ni dan selain itu, mata kanan I ada merah banyak jugak la....maybe ada salur darah yg terpecah masa kepala terhantuk. Dah jumpa doktor dah pagi tadi dan doktor ada kasi ubat tahan sakit je...sadiss 'kan...mmm, mudah2an kepala I ok dan takde apa2 yang serius.

Till then & take care ya!

Sunday, March 18, 2012

Foods for a week!.....


Almond Orange Cake for MONDAY....

Teh Tarik Kurang Manis for hari-hari....

Baked this Vanilla Muffin early the Wednesday morning - gara2 tengok last episode Vanila Coklat malam tadinya....:-))

For Thursday pulak, beli je kat PASMA (singkatan untuk Pasar Malam)....
Jumaat - tak dinner sebab dah makan banyak siangnya!

On Saturday pulak...I buat this Spaghetti Bolognese for lunch. Breakfast kat mamak je...Dah lama tak pekena roti canai dan kuah dhal pasal sedap sekali...Then, jam 4 petang ke rumah my friend's, Zarin sebab ada birthday party her daughter....banyak foods!..makan tak hinggat dunia...kenyang sampai ke malam....balik terus tido dengan perut yang kenyang!

Sempat jugak baked this Milk Chocolate Cake togel for 3Es....makan panas2 lepas layan Spaghetti Bolognese....heaven!!

Menu lunch we all for lovely Sunday....Breakfast beli je sebab ke pasar tadi.. Beli je Nasi Lemak & Nasi Dagang for Mr E yang teringin nak makan....

Selar kuning hasil tangkapan Mr E kat OFB 3 minggu yang lalu. I masak singgang je..mudah & simple. Rasa ikan selar ni masih fresh lagi...This coming weekend, Mr E I akan ke OFB lagi!....Harap2 dapat banyak ikan!!!.


Sambal Udang.....

Ayam Mentega Rangup....sedap, licin weiiiii....recipe? I will upload later ya....:-))

Baked this Pandan Chiffon Cake for a friend, Elna....

Baked lebih untuk I & Middle E makan jugak!!!.....

Mmmmmm, insya-Allah, mulai esok setiap Isnin & Khamis nak puasa sunat...:-))
Till then & take care ya !!

Sunday, March 11, 2012

Sepasang baju kurung...

Tahniah la buat diri sendiri sebab berjaya menjahit dan menyiapkan baju kurung sendiri dalam masa 2 hari. I pergi kelas insentif menjahit baju kurung selama 2 hari di TTDI. Dapat belajar membuat baju kurung dengan teknik yang betul dan dapat menambah kawan baru jugak....best2!!! Masa belajar tak stress mana pun, cikgu pun baik dan sabar dengan karenah student yang memang tak reti menjahit macam I ni. Ilmu menjahit I sungguhlah zero nya..setakat tahu jahit butang baju yang tercabut, seluar terkoyak..boleh la....ini nak menjahit sepasang baju kurung!!!..Mula2 tu memanglah tak masuk akal..tapi dengan kesungguhan dan kepulunan I..berjaya jugak I menyiapkannya....suka hati I ni...:-)) Menjahit pun kena skill yang betul jugak dan kena praktis selalu...macam baking jugak..so, pasni I kena beli mesin jahit la supaya mood nak menjahit terus subur dalam jiwa ini macam baking jugak...mudah2an...amin!

Boleh tak yang I terkagum sendiri sebab berjaya menjahit sepasang baju kurung?



Bila mummy takde, anak2 terpaksa la makan kat luar je...btw, tq Mr E sebab sungguh sporting support I belajar menjahit dan tolong jagakan 3Es dan layan 3Es dengan pelbagai aktiviti sepanjang I pergi belajar menjahit...I sayang u banyak2 la...mmmmuahhhh!

Mr E bawa 3Es main air terjun kat belakang area rumah we all masa ketiadaan I tadi......

dan bawa 3Es jugak main playground kat Taman Metropolitan pagi tadi....

Char Koay Teow Sany for our dinner. Terbaik setakat ini di Kuala Lumpur...location: bersebelahan dengan Istana Budaya, KL....

Saturday, March 10, 2012

Thursday, March 8, 2012

Wednesday, March 7, 2012

Bercucuk tanam...

Asyik2 duk tayang gambar foods je 'kan. Perasan macam bagus je I ni 'kan....padahal lauk pauk yang dimasak atau kek yang dibakar macam siaran ulangan je.....so, kali ni I nak tunjukkan lah pulak gambar tanaman yang I tanam, siram & baja (ni jarang sekali ya I buat).....Actually, I suka bercucuk tanam ni, cuma keadaan dan masa yang tidak mengizinkan. Lagipun rumah I takde le banyak kawasan lapang untuk bercucuk tanam....cuma tanam dalam pasu je pun...tak pun tanam depan rumah I yang sememangnya takde rumah pun.....itupun harta kawasan kerajaan negeri....hahahahaha...ok la, tak perlu coleteh banyak2 ye.....meh layan gambar pokok apa yg I tanam....:-))

Pokok Limau Kasturi....

Pokok Daun Kesum...

Daun pandan...

Pokok terung...

Daun pandan...boleh buat Pandan Chiffon Cake

Dah 6 tahun usia pokok mangga ni...baru je berbuah sekali, itupun 3 biji je buah mangga yang menjadi. My mama setiap kali datang rumah I pasti tolong bajakan pokok mangga ni...I selalu je terlupa nak letak...tu pasal la kut pokok mangga ni merajuk nak berbuah lagi....

ok la..nak tido ni...best tido bila kat luar tu hujan....nite2 & till then ya!

Tuesday, March 6, 2012

Makan percuma lagi....

Tq to Yanti again sebab belanja I dan rakan sekerja yang lain lunch semalam ya. Moga2 tuan punya badan yang belanja we all lunch semalam dimurahkan rezeki lagi.......

Makan di sini, CITRUS CAFE & RESTAURANT, Bangsar Village 2

Ini yang I makan....Chicken Fritters with fries...sedap jugak.

I minum this Earl Grey Tea...kebetulan pulak masa tu I diserang migrain but still boleh tahan la

Geng2 sekerja....:-))


Red Velvet Cake for dessert..Topping dia kaler merah tuuuu!