Pagi2 lepas hantar my Eldest E ke sekolah sebab ada sekolah ganti hari ni, I terus meredah bandaraya Kuala Lumpur yang tercinta untuk join activiti treasure hunt anjuran salah satu kelab di company yang I bekerja. Budak2 kat office I yang ajak I join....ok la, best jugak sekali sekala layan. Sambil2 tu boleh hang out sambil cuci2 mata....Treasure hunt tu dengan jalan kaki ok dari Jalan Bukit Mahkamah - Jalan Ampang - Jalan Bunos - Jalan Tunku Abd Rahman - Jalan Masjid India - Jalan Lekiu - Jalan Melayu - Jalan Tun HS Lee - Jalan Silang - Jalan Tan Cheng Lock - Jalan Pudu - Jalan Tun Perak.... Pendek kata, habis pusat bandar kami redah. Panjang kata, haaa penatlah engkau..haha.
Dah lama jugak la tak meredah bandaraya Kuala Lumpur yang tercinta ni dengan berjalan kaki dengan kengkawan. Layan jugak la sambil menikmati permandangan dan gelagat orang sambil2 menjawab soalan2 treasure hunt yang diberikan. We all mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menyelesaikan soalan2 yang diberikan dengan melalui ke semua jalan2 tersebut dan balik semula ke tempat permulaan di TM Bukit Mahkamah. Selepas hantar jawapan2...we all menikamati lunch yang disediakan oleh pihak penganjur dengan berseleranya sebab kelaparan dan kehausan. Almaklum lah kan....agak penat weiiiii berjalan kaki tadi tu (nampak sangat yang I ni kureng exercise ni...)
Acara kemuncaknya pastilah upacara penyampaian hadiah untuk semua pemenang2 ya. Ada lucky draw...tapi I sesungguhnnya tidaklah bernasib baik untuk utk menang. Tamat segala2nya jam 2.30ptg...terus pulang ke rumah.
Gambar-gambar sekitar Treasure Hunt tadi. Credit gambar to Mun & Yus. I tak bawa camera.
Sempat layan rojak yang paling sedap kat Jalan Kuching dengan Haja on the way pulang ke Templer...dah lama benar tak makan rojak ni
Pakej sekali dengan cendol!
Sempat baked this malam tadi for my sister's punya kawan utk acara makan2.
Red Velvet Cuppies!
Double Layer Red Velvet Cake...
No comments:
Post a Comment