Friday, March 12, 2010

Demam Alice in Wonderland!!!

Malas nak citer banyak la 'kan...sekarang ni duk demam movie Alice in the Wonderland kat seantero dunia ni...tempiasnya jugak terpercik la kat Malaya ni 'kan. I & Mr E tidak ketinggalan la duk sibuk2 nak bawa our gegurls untuk tonton movie ni kat cinema...nak tengok 3D lagi...tapikan citer ni baru ja seminggu ditayangkan so, sure fullhouse semua cinema sekarang ni & minggu depan pulak sudah start cuti sekolah...alamatnya memang akan ramailah parents yang bawa anak2 gi nonton movie ni 'kan....so, we all plan nak bawa Eldest & Middle E nonton movie lepas 2 -3 minggu la...maybe masa tu dah kurang la skit orang gi nonton 'kan...

Gambar ni I sempat amik masa gi MidValley...memang cantik sangat deco2 kat situ....macam dalam taman fantasi gitu!!!

Ada muka orang kat bunga2 lagi....

Siap ada meja makan dalam taman fantasi ni.....

Cendawan yang comel2 sangat...Tak sabar2 la nak gi nonton movie ni....eh!!! I pulak yang teruja lebih2.....hihihihi....

Wednesday, March 10, 2010

Tagged from mami....

Dah lama tak kena tagged!!!...so, Mami...this is for u...

Buat this tagged kena ikut rules tau...so, these are the rules...

Rules:
1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Action:
1. Belek2 dan godek2 the photo folder...no 8 untuk gambar yang bertuah tu...

2....ni la gambar yang bertuah itu....

3. This cute teddy bear belongs to my Middle E...we all namakan dia Shasha....cute 'kan. Shasha teman baik Middle E. Ke mana sahaja Middle E pergi, pasti Shasha tidak dilupakan. Gambar Shasha ni diambil atas sofa kat rumah my mum masa kenduri kawen adik no 2 I pada tahun 2008. Masa tu, si Shasha sentiasa bersama dengan Middle E ke sana dan ke mari......

Middle E bersama-sama Shasha.....Fyi, Shasha masih ada cuma Middle E tak la berkepit lagi dengan Shasha sebab Middle E asyik main dengan Barbie dia yang bernama Miki dan Mini ja....

4. Misi tetap perlu dilaksanakan jugak 'kan...8 org kawan blogger yang kena buat jugak tag ini ialah.....1) Zarin, 2)Mamafami, 3)Love, 4)Kak Inahar, 5)Kak intan, 6)Kak Jun Shah Alam, 7)Emil last but not least no 8) Aunty Meriam....

Tuesday, March 9, 2010

Happykan anak-anak...

Semalam I bercuti sebab my mum ada appointment dengan doktor gigi, so 3Es I la yang kena jaga 'kan. By the way, cuti pun macam tak cuti ja tau dan kalau tak masuk opis sure masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Bermula jam 8.00 pagi sudah hantar Eldest & Middle E ke sekolah. Then hantar Mr E ke office dengan membawa sekali my Youngest E.

Actually, Mr E nak drive sendiri tapi disebabkan traffic jam agak teruk dari kawasan rumah we all..(Mr E minta I tunggu dia kat rumah dulu sbb nak tumpang...dan satu lagi sebab, kereta yang Mr E bawa tu manual...stress tau kalau bawa kereta manual apatah lagi untuk menempuh jam yg melampau!!). Ingatkan traffic jam tu akan makan berkilo2 km la..rupa-rupanya skit ja traffic tu sebab ada kemalangan antara Mahindra menempuh Lancer dari belakang. Remuk teruk la jugak si Lancer....nasib korang ja la 'kan...

After dah hantar Mr E, I lepak minum2 pagi dengan my ex-officemate & my very good friend kat Chawan, Bangsar.Memang timing baik la sebab my bff ni akan melahirkan anak ke 4 bila2 masa ja. We all bercerita macam tak hinggat dunia tau...mula2 my youngest E ni begitu behave sekali tau...bila nasi lemak yg I suapkan kat dia dah abis...dia mula start mengamuk. Terpaksa la I order satu lagi nasi lemak bungkus untuk dia. Tapi dia dah merajuk dan mula nak mengamuk macam video yg pernah I uplaodkan tu. Ish....potong stim betullah si kecik ni...orang2 kat restoran tu dah mula pandang2 kat we all sebab suara my youngest E menangis sudah kuat gitu....

Then, amik Eldest & Middle E kat sekolah, singgah kat rumah my mum. Masa tu Middle tidak seaktif seperti hari2 biasa...alih2 I rasa badan dia panas sekali. Bawa gi jumpa doktor...temperature dia 41 darjah celsius!!!! Panas tu, sib baik la Middle tak kena sawan...kalau tak lagi haru la. Terus sumbat ja ubat sub ke dalam punggung dia. Lepak kat rumah my mum sehingga I & 3Es gi amik Mr E kat office. On the way balik Templer, singgah kat Tesco Selayang...makan KFC. Bukan main suka lagi 3Es. Kebiasaannya kalau ada anak2 we all demam,
we all akan bawa diorang makan KFC untuk happy2 kan 3Es supaya 3Es akan rasa BEST sangat2 dan demam pun akan berkurangan. Ye la 'kan setiap parents sure ada stail masing2 'kan...after that, bawa 3Es main kat permainan kanak2.....gelak tawa 3Es membuat I & Mr E rasa bahagia sangat...ok la ya...u all layan ja gambar2 yang sempat I snap semalam....

Mr E melayan karenah 3Es.....

Youngest E main ketuk2 kepala hantu...pitot sangat tu terpaksa mengjengkitkan kaki tu...sian dia...

Lepas makan, main...beli pulak toys...pilihan masing2 la..Eldest & Middle E amik patung Barbie manakala si Youngest E pulak amik pedang...layan la 3 barang tu RM10 ja....yang penting 3Es happy!!!!

Sunday, March 7, 2010

Esok sudah hari Isnin....

Alamak....kejap betullah dah abis hari Ahad...macam tak sempat nak buat apa2'kan.Pejam celik pejam celik...esok sudah bermulanya hari pertama Isnin untuk minggu yang baru pulak. Since semalam gantung piuk & kuali kejap...(sori ya Aunty Som, I takde keberanian la nak gantung piuk & kuali selama seminggu sebab tak sampai hati membiarkan orang2 kesayangan I kelaparan di rumah sendiri....) lagipun I jugak akan rasa gelisah atau serba tidak kena kalau tak masuk dapur tanpa membuat apa2 tau!!!!

Bermula tengah malam semalam, I bake Pandan Chiffon Cake for my adik bongsu I...actually this chiffon tak laku kat rumah I...yang lakunya Orange Chiffon Cake...nak kena buat jugak ni sebab hantu Orange Chiffon Cake ni si Middle E & Mr E sudah hint2 sebab dah lama tak bikin this cake....

Senior & Junior Pandan Chiffon Cake......

Breakfast...my adik tolong bungkuskan roti canai utk 3Es.Mr E I buatkan mee sup Chef Wan cap Cintan...I pulak takde selera nak makan...just layan teh tarik ja... Untuk lunch pulak, I buatkan macaroni + spaghetti bolognese....memang abis licin la sebab kegemaran ramai....

Untuk minum2 petang...I buatkan donut. Ada yang request macam2...so, macam2 la hasilnya. Ada yang digaulkan dengan gula halus...utk I, Mr E & Middle E...Ada pulak yang nak celup dengan choc ganache dan ditaburi dengan choc & colourful rice..agak2 utk sape tu...utk Eldest E la...my Youngest E lak kureng skit dgn donut ni....as usual layan bersama Earl Grey Tea...

Ni pulak dinner we all....sotong +udang berbuncis masak sweet sour, telur dadar dan dimakan bersama nasi panas.....mmmmmm, cukup la ceritera buat hari Ahad ni ya...hope u all enjoy dengan food2 yang I siarkan buat tatapan semua......

Mengamuk...

I tak tahu la sebab apa semenjak 2 menjak ni, my Youngest E amat kuat merajuk. Kalau sudah start merajuk tu, memang susah la nak dipujuk. Merajuk campur menangis, pastu tak makan dek pujuk...mmmmm memang hangin satu badan dibuatnya.Alih2 I biarkan ja dia menangis sampai sendu sedan dan berhenti sendiri. Ye la 'kan, kalau macam2 cara memujuk dah tak jalan...biarkan ja dia menangis sepuas hatinya. Bila penat, berhenti dia menangis...ker u all ada kaedah yang paling efektif untuk memujuk anak kecil ni mengamuk tak tentu pasal??? Kalau ada share2 la dengan I ya.

I rasa my youngest E ni lagi teruk la mengamuk compare dengan Eldest & Middle E..Dah ler laki2, merajuk + mengamuk + menangis.....pergh teruk sungguh!!!!! Korang layan video my Youngest E ni mengamuk ya.....sempat diambil sebelum rambut depan dia dikerat oleh Middle E...


Saturday, March 6, 2010

Gantung piuk & kuali....

Betul2 la hari ni I gantung piuk & kuali, dapur I bersih, sinki tak penuh dengan pinggan mangkuk, takde remah2 atau sisa makanan atas lantai sebab dari breakfast hingga la ke dinner, we all makan kat luar. Bermalas-malasan di atas katil lepas Subuh then bergurau senda dengan 3Es memang best! Pastu bersiap2 breakfast kat our favourite kedai mamak...

Eldest & Middle E sempat posing sementara hidangan breakfast yang we all pesan tu sampai....

Tu dia......ada kepala ikan tenggiri & kari ikan tenggiri, capati, roti telur, roti canai, kuah dhal,teh tarik & teh ais limau...I tell u all...semua ni paling sedap tau dalam banyak2 kedai mamak...bukanlah nak buat promosi atau nak berbest dengan makanan2 yang ada kat kedai mamak kat rumah kitorang ni tapi I & Mr E sudah banyak lepak kat kedai mamak yang lain......kedai ni paling sedap tau!!! Tak tipu punya....Pastu yang best lagi, mamak2 kat sini memang suka sangat dengan 3Es dan layan diorang dengan layanan first class gitu. Kalau we all dah lama tak datang makan kat sini, sure mamak2 ni akan tanya apa pasal dah lama tak datang sbb rindu dengan 3Es....hihihi..

Pastu tengahari pulak ada jemputan lunch kat Kota Warisan....ala kat Salak Tinggi tu. Mr E punya kawan buat aqiqah. Dapat baby lagi. Jauh jugak perjalanan tu...sama jauh kalau ke Seremban tapi since ni saing baik Mr E dan dah lama tak jumpa, ok ja we all ke sana. Bukan main puas hati lagi Mr E sebab dapat makan kuzi kambing kat sana...siap suruh I belajar dengan mertua I untuk buat masakan kuzi ni. I tak berapa sangat la dengan kuzi ni sebab rasanya agak manis skit...almaklum la hidangan orang pantai timur 'kan...dan nak buat kuzi agak renyah sikit la. Maybe one day I akan belajar cara2 nak buat kuzi ni...kalau I terer buat kuzi ni, sure Mr E bertambah2 la sayangnya kat I 'kan....(jgn termuntah ya bila u all baca statement ni ya...hihihi...).Mr E makan agak menambah 3kali jugak la disebabkan kuzi ni.Kasi chance la 'kan...wife dia ni tak reti nak masak kuzi, so bila ada kenduri berlaukkan kuzi ni mesti dia makan banyak!

Lepak agak 2 jam kat situ...then singgah kat rumah my in-laws pulak. Kebetulan adik ipar I yang duduk kat Kajang pun ada dan we all dinner pulak kat Suria Cafe Station. Dinner kali ni western pulak. Ada yang order grilled chicken chop with mushroom sauce, lamb chop dan macam2 lagi la...Eldest & Middle E bukan main suka lagi dapat makan kat restoran ni. Pastu pulak dapat jumpa sepupu2 diaorang...Syamir & Adam...budak2 kalau dah jumpa memang happy la. Memang best jadi budak2 ni...kerja diaorang main2, bila lapar minta makanan, haus minum air then sambung balik main...gaduh2 dan berbaik semula....tak perlu fikir apa2...yang penting tahu happy ja....best jadi budak2 ni 'kan!

Itu la ceritera I hari ni....memang betul2 I gantung piuk & kuali 'kan...tapi...I dah rindu la dengan piuk, kuali, sudip etc...............

Memujuk kekasih hati...

Susah 'kan kalau nak pujuk kekasih hati bila merajuk.....I pulak sangat jarang merajuk, so Mr E tak perlu la bersusah-payah nak pujuk2 I dengan beri hadiah ker, bawa gi makan best2 ker....
Macam2 cara orang sekarang buat untuk memujuk kekasih hati 'kan.....ada sorang budak office I ni..(ala pangkat adik la sebab dia masih muda & sebaya dengan adik I..) minta I buatkan cupcakes untuk memujuk buah hatinya yang merajuk sebab terlupa anniversary diaorang.....so, dengan senang dengan hatinya I buatkanlah cupcakes tu...so, inilah hasilnya.........

I cuba buat deco this cupcakes ada unsur2 romantik skit...nak memujuk kekasih hati 'kan...., so harap2 my officemate ni berpuas hati dengan cupcakes ni & diaorang dapat berbaik semula seperti sediakala ya....!!!

Moist choc cuppies with buttercream topping for Yus...


Ni pulak breakfast for Eldest & Middle E pada pagi Jumaat yang indah.....telur hancur & sosej ..

Dalam pada tu, sempat jugak I bake Carrot Blueberry Cuppies utk breakfast & lebihnya I bawa gi office dan kasi kawan2 office makan....

Thursday, March 4, 2010

Bila orang tua menggatal.....

Rimas & meluat betullah I tengok bila orang tua (tak tua sangat la..) maybe early 50's...cuba flirt atau menggatal dengan budak2 muda atau kanak2 perempuan lepasan sekolah....actually I bukanlah heran sangat dengan bende2 ni semua tapi semenjak 2 menjak ni....dah banyak kali la I tengok ada satu mamat berusia tapi gaya ala2 budak muda dengan seluar bermuda paras lutut & berT-shirt ketat gitu asyik flirt ja dengan kanak2 perempuan yang sebaya dengan adik bongsu I.

Terbaru, insiden ni berlaku depan mata I & Mr E masa we all dinner kat kedai mamak dekat dgn rumah we all tadi. Si mamat duduk semeja dengan rakan laki2 dia sambil usha ke arah satu meja yang lain yang penuh dengan kanak2 perempuan lepasan sekolah ni & budak laki2 yg lembut gaya fizikalnya...lagi lembut dari I yang brutal & ganas ni walaupun I seorang wanita...hihihihihihi...

Si mamat ni dengan rakan2nya asyik usha mengusha sambil buat muka flirt kat budak2 tu...Budak2 tu pun dok suka la...tersipu2 manja gitu...actually, I & Mr E jugak pernah nampak jugak si mamat ni angkut budak2 ni dinner kat restoran yang selalu jugak we all makan kat BBS...ish mamat tua ni memang suka budak2 'kan...dan budak2 perempuan ni pun melayan la sebab boleh naik kereta sport mamat ni, dapat makan best2 sebab mamat ni sure belanja punya'kan...iyer la, kalau budak2 perempuan ni keluar dengan rakan lelaki yg sebaya sure takde duit sangat 'kan compare dengan mamat tua yg masih bekerja dan berjawatan tinggi 'kan...sure berduit 'kan...ala budak2 perempuan zaman sekarang sudah tidak kira la umur atau rupa paras.....yang penting berduit!!!!Lain perkara, belakang kira.....

U all nak tahu tak yang Mr E ada tanya I...kalau dia buat camtu macam mana? Ada tak mana2 budak perempuan yang sangkut dengan dia? I jawab...sukahati u la yang.....asalkan u bahagia...buat apa la I nak pening2 kepala 'kan...banyak bende yang lagi yg I kena fikir & buat...dan sure punya la akan ada budak perempuan yang sangkut dengan Mr E kalau Mr E cuba bermulut manis & flirt macam si mamat tua tu..hahahaha....ada I kisah????? Mmmmmm.... Ok la..tu ja ceritera untuk malam ni........nite2

Wednesday, March 3, 2010

Gigi susu pertama Eldest E...

Yeah!!! akhirnya gigi susu belah bawah Eldest E tercabut buat pertama kalinya. Eh!...terasa Eldest E dah besar la, sebab kalau dah tercabut gigi susu, sure tumbuh lak gigi kekal selepas ni 'kan. Eldest E request kat I yang dia nak simpan semua gigi2 susu dia dalam satu kotak. Nak buat kenangan2 gitu...

ni la gigi susu Eldest E yang tercabut tu...sorry gambar tak clear..

Dah rongak dah Eldest E.....

Lunch at Chili's

Malam semalam memang nak update blog la...kunun2nya after tidokan 3Es. Alih2 dengan I sekali tertido. Pastu terbangun jap sebab tersedar yang Mr E baru ja balik dari main volleyball & berfoya2 dengan kengkawan dia la. Ntah kenapa la minggu ni I terasa amat letih & penat...balik ja kije & amik 3Es dari rumah my mum, sampai rumah asyik nak tido ja. Padahal banyak kije nak buat ni....

Nak citer skit ja, lunch semalam ada sorang officemate I belanja lunch kat Chili's sebab dapat durian runtuh gitu...so, apalagi...we all (8 orang ) yg duk se"island" dengan dia..pau la..hihihihihi...korang jamu mata la ja..sampai hongeh peyut den makan semalam...so, dinner pun tak makan...moga2 officemate I tu muras rezeki & dipanjangkan umur...aminn

ni...nachos fajitas & buffalo wings...

ni pulak citrus chicken & prawn, chicken grilled...

tak sure la pulak namanya...tapi lamb la...

mushroom chicken.....

for dessert...chocolate molten.....

Monday, March 1, 2010

Monday blues...

Dah agak lama jugak bercuti ni, bila masuk ja opis hari ni...mmmm memang terasa malas betullah. Tapi kena kerja jugak sebab kalau tak kerja mana nak dapatkan duit 'kan. Dengan duit tu, macam2 boleh buat seperti bayar bil2, bayar sekolah anak2, beli barang2 dapur atau beli barang yang I suka....kalau tak kerja mana nak dapat duit 'kan...takkan la nak harapkan gaji hubby ja 'kan...hidup kat Kuala Lumpur ni memerlukan perbelanjaan yang besar....so, sendiri mau ingat la!

Pandai2 kita mengawal perbelanjaan dalam apa jua keadaan. Ya..memang bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang kaya....Insya-Allah, kalau kita berusaha, kita akan mendapat rezeki 'kan...kay la, tak larat la nak coleteh panjang2...korang jamu mata la cuppies2 & cookies yang I buat semalam ya......mata dah berat ni..badan pun dah penat...nak join Mr E & 3Es yang sudah lama diulit mimpi....nite2...

Moist choc cuppies untuk kawan my younger sister...

Cookies for officemate I & juga untuk makan sendiri....

Last but not least...cuppies for my officemate jugak.....

Sunday, February 28, 2010

Ahad Part 2...

Lepas Asar, Mr E bawa we all keluar berfoya-foya ke KLCC....buat sementara I gantung la piuk & kuali...we all layan Burger King yang best sambil berborak2 & bergelak tawa dengan anak2...

Eldest & Middle E....

My Youngest E...u all perasan tak rambut depan dia macam abu bakar ellah???...ni semua angkara Middle E la yang training jadi hair stylist la.....

Double Whooper for Mr E...giles sangat besar burger itu dan buat pertama kalinya Mr E tak pau I punya Whooper Jr.....

Tempat wajib we all singgah kalau ke KLCC...Kinokuniya.....Eldest & Middle E sangat suka kalau singgah kat sini sebab diorang akan membaca pelbagai majalah & buku kanak2...

Ahad Part 1...

Ingat today nak bermalas-malasan & gantung kuali, piuk belanga...alih2 Eldest E dah bising pagi2 buta sambil membebel2...."Mummy...mengapa mummy asyik tido ja..bangun la..Elyn dah sakit perut ni lapar...mummy tak masakkan apa2 untuk breakfast ker?..adoi hai la anak.....ingatkan nak breakfast ja kat kedai mamak...alih2 anak I dah bising2 sebab mummy tak siapkan breakfast. Ye arr 'kan dah cuti 3hari dan selama itu jugak I siapkan breakfast, lunch, minum petang & dinner untuk Mr E & 3Es, so bila tetiba ja I plan taknak masak.....mesti la diorang rasa pelik 'kan....mmmm nampak gayanya mummy mmg masuk dapur jugak ni....

Ni breakfast we all, kueh teow goreng udang sempoi..nampak macam tak semengah ja rupanya 'kan...tapi taste dia tetap sedap...Lepas breakfast, Mr E bawa 3Es pergi mandi air terjun kat belakang rumah we all. Sungguh happy la 3Es sebab dapat main air...agak sejam jugak la Mr E melayan karenah 3Es sambil mummy diaorang duk lepak2 kat rumah.....baca surat khabar sambil layan lagu....yang sedihnya tu...ada lagi BUDAK PEREMPUAN UMUR 3TAHUN MATI DIDERA OLEH TEMAN LELAKI IBUNYA!!!!!!!...Apa dah jadi ni dengan masyarakat kita ni???? Tiada lagi kah belas kasihan terhadap kanak2.....??? I sedih la dengan citer2 begini...sampai bila kah ianya akan berakhir? I sangat la berharap agar lelaki yang mendera & membunuh budak perempuan umur 3 tahun itu akan mendapat balasan yang sewajarnya......al-Fatihah buat arwah Syafiah Humairah Sahari.........

Saturday, February 27, 2010

Main masak-masak lagi...

I lepaskan gian kat dapur comel I lagi....ntah la...I suka sangat cooking & baking especially for orang2 yang I sangat2 sayang...Pagi yang sejuk sebab malam tadi hujan turun dengan lebatnya...perkara pertama yang I buat after solat Subuh ialah mandi...(Aunty Som...jgn ngelat mandi tau...hihiihi..)...then I lipat dulu baju bajan yang dibasuh semalam...semak mata I ni tengok kalau baju bajan tu tidak dilipat. Then, apalagi..masuk dapur la...

Ni breakfast we all....macaroni udang bergoreng. Eldest E makan sampai tambah 4 kali!!! Sedap sangat la tu. Then lepas lepak2 jap, I ke pasar & kedai kek untuk cari bahan2 yang sudah abis bertemankan my Youngest E. Mr E tolong jagakan Eldest & Middle E kat rumah sambil I pesan kat Mr E minta tolong cucikan & bersihkan rumah...hihihihi..Ok la, since Mr E begitu rajin sekali mencuci & mop lantai dan vakumkan rumah, I preparekan lunch for him & our lovely children walaupun I sangat2 penat kerana baru balik dari pasar. So, this is our menu for lunch...

Actually tak la banyak sangat pun..tapi menu ni favourite Mr E tau...sotong kering bersambal, buncis bertelur dan suhun masak lemak putih.....

Pisang nangka ni pulak I gorengkan untuk minum2 petang....

Boring dah makan nasi...for dinner I buat baked chicken wings with mushroom souce dengan rakan2 yang lain seperti jagung manis kukus disalut dengan butter, grilled tomato & potato...mmmm...sedap tau!!!!

Ok la...cukup2 la tu yea...daaaa......

Friday, February 26, 2010

Main masak-masak...

As usual la...sebab dah lama tak berkecah kat dapur I yang comel tu....dari pagi sehingga la petang ni I memasak & membaking seolah2 melepaskan gian!!!! Sadiss 'kan I ni...so, selamat menjamu mata untuk korang semua......

Breakfast pagi ni dengan meehoon goreng berseafood.....

Menu pertama I untuk lunch....ikan parang masak bersinggang....

Menu kedua lunch...daging goreng kentang berkicap....

Menu ketiga lunch ni request from Eldest E..telur hancur & sosej...My Middle E tak sihat..demam, muntah2..dah bawa ke klinik..doc kata Middle E punya perut kotor skit..so, for her I buatkan bubur nasi ikan bilis...memang sepanjang hari Middle E melepek & berbaring ja sebab tak larat, so lepas Middle E bangun dari tido lepas Zuhur tadi, dia makan sampai 3 kali tambah bubur nasi tu...ok la..at least selera makan dia dah mari.....so, Middle E ada skit tenaga la...but still lemah...

Orange ni I tak buat tau...beli ja kat Tesco. I potong2 ja....then terus makan sebagai pencuci mulut we all....

This Pandan Chiffon Cake pulak I buat untuk minum petang...kebetulan pulak my youngest sister datang rumah, memang langkah kanan la buat dia sebab Pandan Chiffon Cake ni favourite dia...mmmm, memang lemak bersantan & aroma pandan menyelubungi rumah I bila bake this chiffon...tu baru bau..rasa???..mmmm usah cakapla...memang sedap sangat2...lembut, lemak & gebus.....

Malam? Nak dinner apa....?...mmmmm...tengah berfikir2 ni....<__>

Salam Maulidur Rasul 1430 H

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430 H kepada semua kengkawan bloggers yang best & pembaca yang blog I sudi singgah ke blog I ini.

Semoga kita semua dapat menghayati, mengikuti, mengamalkan & mencontohi segala amalan, pesanan, ajaran & sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan kita seharian. Amin........

Thursday, February 25, 2010

Kisah semalam...

Sedar tak sedar..tup tup...esok dah hari Jumaat....cuti panjang lagi la esok sebab esok cuti Maulidur Rasul....begitu pantas 'kan masa berlalu!!! Dan dalam pada tu, batuk I still tak baik2 lagi...malam semalam still tak boleh tido disebabkan batuk ni la...batuk sampai nak keluar anak tekak & anak tekak pun gatal2 dan muntah2..ish, sungguh tidak tahan la.

Oh ya! nak citer skit la kat korang ni..semalam balik ja dari rumah my mum amik 3Es, my neber sebelah kanan..rumah diaorang kena masuk pencuri!!! Pencuri ni buat kije2 tak halal ni waktu siang hari sebab masa ni kat area kawasan rumah we all memang waktu2 ni semua orang pergi kije. Pencuri ni potong lock besi kat grill pintu dan umpil pintu masuk utama. Yang bestnyer satu bende pun tak hilang waima laptop...tapi bilik utama neber I ni abis diselongkar la oleh pencuri tarbus ni...maybe cari wang tunai atau barang2 kemas kuts...tapi hampa bagi pencuri tarbus ni sebab takde apa2 yg diorang dapat....hahahaha..padan muka..dah ler penat2 umpil pintu, alih2 takde hasil pun.

Tapi I pun cuak jugak la 'kan...kut2 la nanti pencuri ni pecah masuk ke rumah I...nazubillahminzalik...minta simpang2 la jauh ya...Rumah I takde la barang2 mewah pun...cuma yang paling berharga pun barang2 HIFI Mr E ja la sebab kebanyakan HIFI Mr E ni beli masa dia study kat UK dulu dan agak beribu-riban la...lain2 takde la....barang2 kemas lagi..mmg takde..ye arr..I ni bukan nya peminat barang kemas...kalau ada pun cuma sebentuk cincin kawen dan seutas rantai pemberian Mr E...nak beli sendiri..kirim salam la..hahahaha...

Dalam pada tu, malam semalam I sempat menyiapkan this cuppies dengan bantuan Eldest & Middle E for my sister punya kawan yang menyambut birthday hari ni. Happy Birthday ya Syira!!!

This cuppies pulak ada topping buttercream dan dihiasi choc rice & kekacang for opismate I.

Wednesday, February 24, 2010

Currently I'm reading...

Terima kasih la kat kengkawan blog I yg begitu prihatin dengan kesihatan I seperti Aunty Som, Aunty Ja, Aunty Meriam, Mami from German dan Kak Mynn dari OZ....terasa terharu arr sebab korang sudi titipkan komen..tq so much. Mmm....memang sehari 2 dua still tak baik lagi dan under medication..(kekadang tu weng jugak la sbb banyak betul kena telan ubat ni.....terasa diri ini terhuyung-hayang dan tidak berpijak di bumi yang nyata ini.....).

Ok...since I gantung jap piuk & kuali ( ikut nasihat Aunty Som & Aunty Ja..) kunun2nya la walaupun mood berbaking & cooking masih tidak luntur lagi ni....hihihihi....I sudah mula start membaca new story book untuk mengisi masa2 lapang pada waktu malam kala internet modem & 3G dua-dua buat hal. Tak boleh nak layan internet, so I membaca la...ok tak????

Sidney Sheldon...Rage of Angels...Baru setat baca 10 pages...sinopsis, ada sorang peguam cantik & bijak namun ada mendapat ugutan dari Mafia yang hencem...tetiba lak mereka berdua rasa suka2 la pulak...jeng jeng jeng...so....I kena baca dulu this story book sampai abis dulu ya......

Tuesday, February 23, 2010

Ubat...

Semalam memang teruk betulla kondisi I...batuk still tak baik2, ditambahkan pulak dengan selsema yang keluar meleleh laju tanpa segan silu dari hidung, bersin2, sakit2 badan dan kejap2 badan I sejuk, kejap2 pulak panas. So, dah tak tahan sangat, gi terus la klinik kat opis I...sib baik la klinik sama building dengan opis I, level ja berbeza.

Jumpa doktor dan dapat ubat......

Korang tengok arr betapa banyak ubat yang perlu I telan...kalau still tak baik lagi ni...tak tau la 'kan....Malam, I mmg tido awal2 sgt sebab dah telan ubat, pastu rasa mengantuk...memang dah tak ingat apa2 la...

Sunday, February 21, 2010

Cepatnya dah hari ahad 'kan.....

U all perasan tak sekarang ni masa begitu cepat ja berlalu...rasanya baru ja cuti2 Tahun Baru Cina 'kan.....alih2 dah hari Ahad pun...esok dah Isnin 'kan. Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan...sedar tak sedar dah menghampiri alam penghujung bulan February...aka Bulan Cinta gitu...hahahahahahaha...

Dalam pada tu, agak2nya la 'kan dah berapa banyak la pencapaian kita dalam hidup kita seharian 'kan...samada dalam pekerjaan, perkahwinan, masyarakat....eh! kena buat muhasabah diri ni....ya ya ya..kita patut buat la buat agar merenung dan mengimbau kembali apa yang telah kita buat pada hari2 yang lepas...perbaiki mana yang kurang, maintain mana yang dah bagus....'kan...

Ok la....tu semua renungan utk bersama...yg baik datangnya dari Allah dan yg kurang datangnya dari diri I sendiri......anyway, meh layan menu breakfast we all for the lovely Sunday ni...

Ada pulut kuning...termasin skit la pulak pulut kuning I ni (gara2 tekak I ni tak berapa sihat 'kan..tu yg terlebih garam tu!!!!), rendang daging, telur dadar bergulung dan timun....as usual layan bersama Earl Greay Tea.....ok...got to go..later2 update lagi....