Thursday, March 4, 2010

Bila orang tua menggatal.....

Rimas & meluat betullah I tengok bila orang tua (tak tua sangat la..) maybe early 50's...cuba flirt atau menggatal dengan budak2 muda atau kanak2 perempuan lepasan sekolah....actually I bukanlah heran sangat dengan bende2 ni semua tapi semenjak 2 menjak ni....dah banyak kali la I tengok ada satu mamat berusia tapi gaya ala2 budak muda dengan seluar bermuda paras lutut & berT-shirt ketat gitu asyik flirt ja dengan kanak2 perempuan yang sebaya dengan adik bongsu I.

Terbaru, insiden ni berlaku depan mata I & Mr E masa we all dinner kat kedai mamak dekat dgn rumah we all tadi. Si mamat duduk semeja dengan rakan laki2 dia sambil usha ke arah satu meja yang lain yang penuh dengan kanak2 perempuan lepasan sekolah ni & budak laki2 yg lembut gaya fizikalnya...lagi lembut dari I yang brutal & ganas ni walaupun I seorang wanita...hihihihihihi...

Si mamat ni dengan rakan2nya asyik usha mengusha sambil buat muka flirt kat budak2 tu...Budak2 tu pun dok suka la...tersipu2 manja gitu...actually, I & Mr E jugak pernah nampak jugak si mamat ni angkut budak2 ni dinner kat restoran yang selalu jugak we all makan kat BBS...ish mamat tua ni memang suka budak2 'kan...dan budak2 perempuan ni pun melayan la sebab boleh naik kereta sport mamat ni, dapat makan best2 sebab mamat ni sure belanja punya'kan...iyer la, kalau budak2 perempuan ni keluar dengan rakan lelaki yg sebaya sure takde duit sangat 'kan compare dengan mamat tua yg masih bekerja dan berjawatan tinggi 'kan...sure berduit 'kan...ala budak2 perempuan zaman sekarang sudah tidak kira la umur atau rupa paras.....yang penting berduit!!!!Lain perkara, belakang kira.....

U all nak tahu tak yang Mr E ada tanya I...kalau dia buat camtu macam mana? Ada tak mana2 budak perempuan yang sangkut dengan dia? I jawab...sukahati u la yang.....asalkan u bahagia...buat apa la I nak pening2 kepala 'kan...banyak bende yang lagi yg I kena fikir & buat...dan sure punya la akan ada budak perempuan yang sangkut dengan Mr E kalau Mr E cuba bermulut manis & flirt macam si mamat tua tu..hahahaha....ada I kisah????? Mmmmmm.... Ok la..tu ja ceritera untuk malam ni........nite2

6 comments:

  1. salam Asilah(betulke). Budak2 perempuan sekarang ni terlalu berani, tak takut dengan lelaki tua yg miang berduit n pandai menggoda ni.kalau kena r**** barulah menyalahkan situa bangka ni padahal diri sendiri yg gatal.. ini kerana tak beriman n tak takut pada Allah n balasannya. i/bapa juga memain peranan, pantaulah pergerakan anak2, jangan lepaskan seperti burung...jangan terlalu kebendaan sehingga sanggup mengadai segalanya..

    ReplyDelete
  2. Eeeeehhhhh...euwwwwww...geli I. I pun macam you jugak, menyampah betul kat orang tua menggatal ni. Pastu bila kawin lain, his excuse will be, 'dah jodoh nak buat mcm mana.'. Padahal kalau dia tak menggatal, tak jadi apa kan!

    ReplyDelete
  3. I've seen such oldies! And the gals pun nothing less. Suka sangat dgn oldies nih! Dulu masa Love belajar, ada jugak few incidents. An oldie tried to tackle me n my frens, I terus pergi kat dia and said that he is my father's age, so better behave, jangan nak gatal2 kat kita, panggil polis baru tau! wakakakaka! I still can't forget that incident!

    Seram la I tengok orang camni...I dunno why some gals can simply fall for guys with money, charm and experience.

    ReplyDelete
  4. Salam aunty Meriam,
    mmh benar la budak2 sekarang terlalu berani dan kalau nak jalan pintas untuk mendapatkan kemewahan, sure carik jantan tua punya...ish.. i rasakan la aunty, dulu I budak perempuan baik tau..sangat lain la zaman sekarang..& minta dijauhkan la perkara2 sebegini kat anak2 I 'kan..

    ReplyDelete
  5. Kak Mynn,
    Eeeiii...rimas & meluat 'kan...ntah la..agak2nya 'kan orang lelaki ni tak cukup dengan sorang isteri kuts.....pastu takkan lah tetiba ja tangan akan bertepuk2 'kan kalau dua-dua pihak tidak kasi respond!!!

    ReplyDelete
  6. Love,
    bagus la u awal2 lagi dah sound mamat tua tu...sib baik pun u tak suka this mamat yg sebaya dengan father kita 'kan....org2 perempuan suka this mamt tua, maybe sbb nak cepat dapat kemewahan kuts...malas nak susah2 'kan...

    ReplyDelete