Saturday, January 26, 2013

Sepetang di Pantai Remis dan Jeram Ikan Bakar..

Ini story tertunggak. Kira-kiranya 3 minggu lepas punya story. Mr E dan 3E cukup gemar jalan-jalan ke pantai cuma I je yang tak berapa suka sangat. Tapi I layankan je sebab kalau ikut vote pun I still kalah jugak. So, lepas Asar gitu, we all ke Kuala Selangor dengan melalui LATAR yang mengambil masa 28 minit utk sampai ke sana. Just bayar je tol sebanyak RM6 (sehala) dan you all akan sampai ke Kuala Selangor tanpa sebarang masalah...insya-Allah.

 Pantai Remis, Kuala Selangor...


 happy sebab dapat main pasir dan air di pantai....


 mencari umang-umang...





 waiting for the foods....

Bon Appetit!!!

Till then & Take care ya!

Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul....

Salam Maulidur Rasul buat semua!

Till then & take care!

Tuesday, January 22, 2013

OCBC Cycle Malaysia 2013 & Merentas Kota...


Last Sunday morning, my Mr E join OCBC Cycle Malaysia 2013 for 24km dengan saing2 berbasikal dia. Mr E I ini sungguhlah banyaknya hobby.....daripada main HIFI, main turbo kereta, ngail, photography, reading (ini No 1 punya hobby....kadang2 Mr E ni macam ensiklopedia...hampir semua dia tahu!) etc....hebak !!! Tu yang I adore sangat tu dengan Mr E....hahaha....puji kasi Up sikit.
(Nanti nak kasi hadiah apa ni ?)

 Sebelum perlumbaan....

Selesai dalam satu jam utk 24km...not bad huh!

 Model tu...

One pingat besi for Mr E dan my Eldest jugak dapat tempat ketiga dalam kejohanan merentas desa sekolah untuk Tahun 3 yang diadakan pada Jumaat lepas....bravo Edelyn!!
Gambar2 tu kecuali the pingat I amik kat FB my Mr E yang mana kengkawan dia tagged kat dia...:-))

Till then & take care ya!

Saturday, January 19, 2013

New family member....

 This is not mine ya!......this baby kepunyaan my adik, Angah. Lahir pada 22 Dec 2012.

 Hello dunia! My name is Ariq Rayyan Nazeem. my Youngest E pulak begitu yang terlebih2 excited dengan cousin terbaru dia ni. Asyik duk berulang2 je cium dan belai baby Ariq! Tak sangka pula my Youngest E ni so gentle dan nampak sifat2 penyayang dia kat baby....

 As usual, my Middle E ni memang suka dan pandai sangat melayan budak2 yg lebih kecik dan baby.

6 + 1 = 7 

Till then and take care ya!

Wednesday, January 16, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Entry Tidak Puas Hati...

Ya ya ya....I agak emo dan agak tak puas hati dengan bank CIMB Cawangan Lucky Garden di Bangsar. Ya...takde nak selindung2 punya atau nak cover-cover line ya. Actually, pagi tadi...I dan Mr E ke cawangan bank tersebut untuk mendapatkan penyata akaun untuk 3 bulan yang terkini. Ok, expectation we all, sepatutnya bank tersebut akan melayan permintaan stended itu. Alaa....bukannya susah pun, the staff boleh aje just printkan penyata akaun tersebut yang mungkin mengambil masa tak sampai 5 minit pun. Dah ler tu, nak print penyata memang kena charge pong bukannya FOC punya service!

Tetapi disebabkan oleh prosedur baru yang amatlah tidak bijaknya dan menyusahkan pelanggan bank tersebut (hanya apply kat cawangan itu SAHAJA rasanya) iaitu.....kalau nak minta account statement kita kena Apply dulu dengan mengisi borang dan staff hanya akan print-memerint penyata tersebut after office hour je (allooooooo....ramai sangat ke pelanggan nak minta penyata akaun tu hari2!) then datang keesokkan harinya untuk collect penyata akaun tersebut. OMG!!!....apa kes ni? Renew Passport kat Imigresen yang confirm jabatan Gomen yang orang dok mengata macam2 tu pun boleh siap dalam 1 jam je.

Rasanya prosedur baru yang diperkenalkan oleh bank cawangan tersebut amatlah tidak bijak sama sekali ya. Ok, I dan Mr E memang berdukacita.....dan kalau masa kejadian itu, ada branch manager pasti we all akan sound branch manager tersebut pasal benda ni...Sepatutnya the management for that branch kalau nak memperkenalkan apa jua prosedur terhadap pelanggan, sila pastikan ianya tidak menyusahkan pelanggan dan prosedur itu bukan sesuatu yang orang Selayang kata...Nonsense. Bank sepatutnya attempts to treat their customer sebaik yang mungkin dan membantu pelanggan yang dah menyimpan duit mereka di dalam bank anda. 

YES, just short of Jom Ubah to other Banks...memang I dan Mr E at least from now on akan Blacklist BANK CIMB Cawangan Lucky Garden, Bangsar! We all tidak akan membuat sebarang urusan perbankan dengan cawangan tersebut. Nak apply Loan RM10 pun tak mo. Kitakan THE customer...ada kuasa memilih so, we all akan ke cawangan bank yang tidak mengamalkan prosedur yang menyusahkan pelanggan malah memberikan perkhidmatan yang baik, mesra seperti cawangan BANK CIMB Bangsar South...

Ok...tu je nak share ceritera version tidak puas hati ya.....

Terima kasih daun keladi buat my colleague, adik sebelah workstation yang menghadiahkan pemanis mulut, Baklava pada akak ya (dia baru balik dari menunaikan umrah dan bercuti di Dubai)....Oh ya! the Baklava sungguh la sedap sangat....:-))

Till then & take care!

Coleteh tak seberapa...


Sejak my Middle E ni masuk Tahun Satu, kehidupan harian I semakin sibuk. Setiap pagi, seawal jam 5.45 pagi 3E I kejutkan untuk mandi, bersiap dan solat Subuh. My Eldest E je yang mandi sendiri. Manakala my Middle dan Youngest E, I masih mandi dan siap2 mereka berpakaian sekolah. Actually, bukannya mereka tidak boleh mandi atau bersiap sendiri.....tahu2 aje la kan kalau mandi pagi-pagi buat...sure boleh tertidur mereka di dalam bilik air tu. Lagi pun kalau I yang mandi dan siapkan mereka, lagi senang kerja I. Tepat jam 6.30 pagi, 3E akan turun ke bawah untuk breakfast pulak. Breakfast awal2 pagi tak berapa selera sangat 'kan....ala2 bersahur pulak. So, malam sebelum tu I akan tanya 3E yang mereka nak makan apa untuk breakfast...ada yang nak makan sandwich la, ada yang nak cereal la...dan macam2 la...so, I ikutkan je la. At least makan jugak 'kan...Tapi yang penting, I akan pastikan 3E minum Milo atau fresh milk setiap pagi! Tepat jam 7pagi, we all akan keluar daripada rumah dan menghantar 3E ke destinasi masing2 dan I dan Mr E akan ke office pulak.

Selalunya jam 7 petang, we all akan ambil 3E di rumah my mama. Kekadang tu lambat jugak, bergantung kepada keadaan trafik la. Normally, we all akan balik ke Templer lepas solat Maghrib. Malam bila sudah di rumah, I kena pastikan jugak the girls buat homework dan tukar buku ikut jadual masing2. Dulu masa my Eldest E, I tak berapa care sangat....sbb my Eldest E pandai buat sendiri macam nak tukar buku, homework....tapi sejak my Middle E sekolah Tahun Satu ni, perhatian kena kasi lebih skit la. Middle E kan special skit....so kena extra attention to her la 'kan...So, bila dah pastikan semua ready for the next day, masing2 akan cari bantal la 'kan...especially my Eldest E yang biasanya akan tidur malam jam 8.30! Yang lain2 tu ikut I...kalau malam tu I kena buat laundry sambil lipat baju...mereka berdua ini akan temankan I habis buat house core. Sweet 'kan! Dan normally I pun akan pengsan awal la sebab sudah mengantuk. Al amaklum la hari2 bangun jam 4.45 pagi.....

Ok...cukup dulu ceritera yang tak seberapa ya...mata dah tak boleh nak buka ni....penat plus mengantuk ni weeiiiiiiii...sebelum tu I jamu mata u olls dengan gambar2 foods yang I masak ya bermula tahun 2013 ya....ala simple2 je pun...u olls pun boleh buat jugak!















                                                     ok......Till Then dan take care ya!

Sunday, January 13, 2013

Taman Tasik Perdana...

Ini kisah 2 minggu lepas ya. I bawa 3E dan seorang sepupu 3E, Airis bersama-sama dengan the nanny aka my lil sister, Mira ke Taman Tasik Perdana. Dan di hari kejadian, Mr E tiada di sisi we all. Dia ke Singapura bersama-sama dengan kengkawan dia berjalan-jalan dan bershopping2 di sana.
 Kanak-kanak riang 

 Kakak dan adik...

 We all jugak naik bas dengan bayaran RM1 utk dewasa dan RM0.50 utk kanak-kanak. Bas ini bawa we all jalan2 sekitar Taman Tasik Perdana, Taman Orkid, Taman Burung dan kawasan sewaktu dengannya....best woooo!!!

 Mummy gemuks dengan anak-anaknya...

 Before balik, I bawa diaorang makan Burger Kings.....dan.....

ice-cream for them!

Ok...tu je ceritera Taman Tasik Perdana. Till then and take care!

Monday, January 7, 2013

Sepetang dengan Che Ahmad

Last Saturday, ada tetamu datang ke rumah we all tau. Siap bawa Che Ahmad lagi untuk bermain-main dengan our beautiful 3E. Haaaa....siapa Che Ahmad tu? Jeng jeng jeng......

Ni la Che Ahmad tu.....seekor kucing yang sungguh gebusss sekali! My Middle E la yang paling seronok sekali sebab dia ni seorang pencinta binatang. Suka sangat dengan binatang. Kalau boleh, semuanya dia nak bela...

  
 My adik ipar yang bongsu, Aleemy & his girlfriend, Alia lah yang merupakan tetamu yang datang bertandang ke rumah we all last Saturday.


Alia ni lah tuan kepada Che Ahmad. Beria2 sungguh Alia nak bawa Che Ahmad datang ke rumah untuk bermain-main dengan 3E. Tq Alia sebab bawakan Che Ahmad dan layan 3E sekali.


 Suka pose ni...so cute!

Ni je yang sempat I hidangkan buat tetamu yang datang bertandang....Chicken Spaghetti Bolognese, Creamy Cheese Lasagna, Garlic Bread & Bloomin' Brownies....I tau yang masak semua ni...:-))

 Before Aleemy dan Alia pulang, we all sempat jalan-jalan makan angin pusing-pusing sekitar Templer Park dengan 4WD Alia.....best woooo...ingat macam susah je nak drive this truck..rupa-rupanya macam bawa kereta je....cuma truck ni tinggi sikit je.....

Till then & take care ya !!


Friday, January 4, 2013

Hello 2013....

Welcome 2013! Mmmm, memang sekarang ini I amat jarang2 sekali update blog 'kan. Well, nak kata takde masa...ada masa yang terluang.....nak kata sibuk...taklah sibuk sangat tapi entah lah! Anyway, I akan cuba update blog at least 2 atau 3 post dalam seminggu....ok 'kan. My hubby pun duk sebuk jugak suruh I update blog sekali sekala especially pasal 3E...kalau takde readers yg membaca pun, at least bolehlah jugak 3E baca nanti bila diaorang dah besar ala2 remaja gitu....mesti 3E seronok tengok gambar2 diaorang masa kecik2....

Ok, sessi persekolahan 2013 pun telah bermula....and my Middle E aka Elyssa sudah pun masuk Tahun Satu! Yeayyyy!!! The Eldest E dalam Tahun 3 dan dilantik menjadi pengawas sekolah. Bravo my dear! Dan my lil hero sudah masuk tadika utk tahun kedua. Bila sessi persekolahan telah bermula, maka rutin harian I jugak turut berubah. Bangun seawal jam 5 pagi....siapkan breakfast utk 3E (simple2 je pun), bersihkan diri, solat serta mandikan Middle & Youngest E dan siapkan dioarang berpakaian sekolah. Kalau I tak mandi dan siapkan diaorang, maka sah2 la kalut dibuatnya....so, by 6.30 everybody dah siap dan breakfast sambil nonton cerita kartun kat Channel 615 sambil menunggu Mr E bersiap pula. So, jam 7 pagi tepat...we all akan hantar 3E ke destinasi masing2 then after that we all pun terus lancar ke office pulak...

Ok la post malam ni cukup2 sampai di sini dulu ya....nanti I ceritera lagi ya...Till then ya!

 Ni masa Orientation Day...28 Dec 2012

 Hello...Saya Elyssa. Umur 7 Tahun dan Tahun 2013 saya masuk sekolah ke Tahun Satu...yeayyyyy!!!

 Muka 3E yang agak sembab sebab jam 5.45 pagi sudah dikejutkan oleh mummy 3E untuk bersiap2, breakfast dan ke sekolah. Alhamdullillah..3E tak banyak songeh untuk bangun pagi.

Muka pulun tu dengar ceramah daripada cikgu.... ye la kan...1st day masuk sekolah betul bukannya sekolah main2 macam kat tadika.

Saturday, November 10, 2012

10.11.12

Miss me? Mmmm, actually I yang miss nak berblogging dan berblogwalking....I'm still here ya....will update the ceritera later....

Psstt....today is my mama punya birthday...Happy 55th Birthday mama...love u so much!

Thursday, September 6, 2012

A year older!

 Today is my birthday ya. Tq so much yang wish birthday kat I thru face to face, FB, Instagram (caishhhh, perasan popular jap..hahaha)....Tq so much la!...luv u all. Cake birthday baked sendiri...then jamu kengkawan office & family! 

Ada pulut kuning dan sambal ikan bilis jugak....sedap!

 Birthday Cards from Mr E & 3Es...



 Blessed with beautiful 3Es.....

dan jugak partner I yang begitu cool, sporting, bijak, hencem....etc la...luv u so much dear!

Happy 35th birthday to me....Moga I diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat, umur yang panjang, maintain aweks muda...hahahaha, hidup diberkati Allah swt, muras rezeki (bila ada duit lebih boleh shopping, travel sambil buat amal jariah dengan bersedekah tak kira la dalam apa jua bentuk) dan semua yang indah-indah la dalam hidup ini...Amin!