Friday, June 11, 2010

Dinner semalam...

I betul-betul sakit kepala & badan 2 3 hari ni (sbb kerja kat office melambak-lambak)...actually memang tak berselera nak makan tapi ntah tetiba ja nak makan satay la pulak...so, satay yang paling sedap sekali dan taste nya yang tidak berubah-ubah sejak 25 tahun yang lalu ada kat area rumah my mama....

Nampak macam sempoi ja 'kan...tapi sangat-sangat sedap tau...dagingnya yang lembut...bila satay tu digigit dengan gigi lalu dikunyah-kunyahkan...mmmmm terasa keenakkan daging tersebut...Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya lidah dan tekak ja yang dapat mentafsirkan bagaimana keenakkannya......memang sangat puas hati I dapat makan satay tu...:-)))

Kat tengah-tengah tu la tokey satay tu....yang dikenali sebagai Wak...berasal dari Jawa, Indonesia. Datang ke Malaysia mencari rezeki dengan menjual satay sejak 25 tahun yang dulu. Hasil pendapatannya di Malaysia, anak-anak Wak ada yang menjadi doktor dan jurutera. yang pastinya semua anak-anak Wak masuk Universiti. Masa Wak ni muda-muda dulu, dia mengayuh basikal dengan menjual satay sampai bunyikan hon...pastu kalau lalu depan rumah mama I dulu, kalau nak satay jeritnya ja..."wak....berhenti, nak beli satay...". Tapi sekarang, Wak cuma tumpang kedai makan, sebab dah larat nak kayuh basikal beroda tiga lagi. Mr E kalau berbual dengan Wak sure akan omong bahasa Jawa gitu dan Wak sangat suka berbual dengan Mr E.


Lepas makan satay, pekena rojak buah jugak. Dah ler murah...sedap lagi....yang pastinya hilang lah sakit kepala I lepas menikmati makanan-makanan yang best dan lazat ini.....

2 comments:

  1. salam ila..auntie suka sangat satay dijabi..kadang2 pergi dari rumah kesana semata2 nak makan satay..jauh tu..sataynya kecil2 tapi sungguh sedap..kalau lalu jalan tu mesti singgah..makan satay lain tak puas..

    ReplyDelete
  2. Aunty Meriam,
    Kalau dah suka sangat...jauh pun sanggup pergi 'kan..

    ReplyDelete