Wednesday, June 23, 2010

Looking forward for this...

U all rasa I nak tengok apa yea.....??? Yeah!!!!....Tengah hari tadi I beli 2 tiket ke konsert okestra ELLA....U all kenal ELLA tak?...I memang membesar dengan lagu2 ELLA dan tak sabar-sabar nak tengok konsert minah ni...Memang minah ni minah rockers, tapi lagu-lagu dia memang boleh layanlah sampai sekarang. I takdelah koleksi album2 ELLA tapi I boleh hafallah lagu-lagu ELLA ni, almaklumlah....dulu dengar lagu ELLA thru radio ja. Nak beli kaset tak mampu dulu, nasib baiklah ada radio dan tv. So, bila nikah sama Mr E (yang sememangnya peminat muzik no 1...dan kebetulan pulak Mr E memang ada koleksi album-album ELLA...wah!!! bukan main lagi layan lagu-lagu ELLA dengan HIFI Mr E kat HIFI room....hihihiihi...).

Konsert ini akan berlansung 1 dan 2 Julai 2010 kat Istana Budaya jam 8.30mlm sehingga 10.30mlm. Dan paling best sekali, konsert ELLA ini akan diiringi dengan Orkestra Kebangsaan. Sure susunan muzik best giles ni...:-)))

Ok...nanti lepas I tengok konsert orkestra ni, I akan update ya apa yang special tentang konsert orkestra ELLA di Istana Budaya ni yea......tunggguuuuu.....;-))

No comments:

Post a Comment