Monday, June 21, 2010

Templer to Melaka : Part 1 (Asam Pedas & Hatten Square)

Masih tidak terlambat bukan I nak wishkan Happy Father's Day to all daddy, ayah, babah, walid, abah, bapak dan papa kat seluruh dunia...especially to Mr E (daddy paling cool & best to my 3Es), my Ayah & my Abah....Happy Father's Day. Luv u all so much!!!

Secara kebetulan pulak, we all celebrate Happy Father's Day kat Melaka. Actually, Mr E ada kije skit kat Melaka pada hari Isnin (21st June 2010)...so, I amik la annual leave & angkut semua 3Es sekali. Sudah lama we all tak gi cuti-cuti 'kan...so, amik kesempatan la...apalagi. Bertolak dari Templer selepas breakfast kat kedai mamak. Then terus lancer ke Melaka. Alhamdullillah, perjalanan we all lancar. Sampai kat Bandaraya Bersejarah Melaka tu, we all terus lunch dulu...kasi kenyang perut then barulah boleh berjalan-jalan...

We all lunch kat sini...Asam Pedas Selera Kampung bersebelahan dengan Mahkota Parade.

Eldest & Youngest E...

Middle E...

Asam pedas ikan tenggiri ekor & pari, sayur kacang buncis & sambal belacan...ayam kampung goreng tak sampai lagi.
Rasa?...mmmm, sedap cuma kurang pedas ja...
Harga?...agak kelepet skit sebab ikan tenggiri ekor tu pun kena katuk RM13.00, ayam kampung 2 ketul RM14.00...agak mahal lah...
Tapi since bukan pun selalu makan kat restoran ni, kalau datang Melaka lagi boleh la layan jugak...

Lepas lunch, we all jalan-jalan dulu...Tempat dituju...Dataran Pahlawan, parking kat Hatten Square yang baru ja dibuka bersebelahan dengan Mahkota Parade. Nak ke Dataran Pahlawan, we all melalui bridge yang disambungkan antara Hattten Square dengan Dataran Pahlawan. Kebetulan pulak masa jalan-jalan cuci mata kat Hatten Square tu, diaorang ada buat event sempena pembukan mall ni. So, sempatlah 3Es ni bergambar sakan dan dapat belon percuma...korang layan ja la gambar-gambar ni yea...

Sempat lagi bergambar dengan Barney...

Ni dengan Barney's friend pulak..tak tahu nama dia lah...

Si buas duk kalut dengan belon...

Youngest E....

No comments:

Post a Comment