Thursday, August 12, 2010

2nd Ramadhan 1431

Terasa kejap benar masa berlalu. Sudah 2 hari umat Islam menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Alhamdullillah, sebab I masih lagi dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa dan menambahkan ibadat di bulan yang mulia ini.

Tapi yang pasti, I sungguh bangga dan kagum dengan keazaman my Eldest E yang bersungguh-sungguh untuk berpuasa penuh pada tahun ini. My Eldest E ni kalau bangun untuk bersahur pun tidak perlu dikejutkan. Pada hari pertama bersahur, my Eldest E bangun sendiri pada jam 5.15pagi dan bersedia untuk bersahur, manakala pada hari ke 2 bersahur, dengan sekali sahaja kejutkan my Eldest E ni, dia pun terus bangun. Mudah sangat...alhamdulillah sebab I dianugerahkan dengan anak yang mudah dilentur dan dengar kata...

My Eldest E ni wajib bersahur...makan nasi lagi, begitu juga dengan Mr E...kalau diaorang berdua ni tak bersahur, pasti lembik dan tidak bermaya...so, sudah menjadi satu kewajiban bagi I untuk menyediakan sahur untuk mereka berdua....Masak nasi,...lauk? Buat yang simple-simple je dan menyelerakan...kekadang tu pening jugak kepala I ni memikirkan menu untuk bersahur. So, ikut kreativiti lah bagi memastikan Eldest E dan Mr E berselera di waktu sahur....:-))

My Eldest tengah berbuka puasa pada hari ke 2 dia berpuasa....syabas anakku..keep it up my dear!!!!

As usual berbuka puasa di rumah my mama...tak sempat nak balik Templer, so berbuka puasa je kat rumah my mama...ni menu berbuka tadi...my mama yang masak semuanya....ada tomyam seafood ( favourite my Eldest E ), sayur campur, sambal ikan bilis petai, telur goreng dan karipap goreng. Mr E ada beli gulai daging darat dan kerang sambal tadi masa singgah kat Pasar Ramadhan untuk tambah-tambahkan lauk untuk berbuka puasa...Tq so much mama sebab sediakan makanan untuk berbuka puasa....

Oh ya...mama & ayah I akan menunaikan umrah pada 17 Ogos 2010...so, 2 minggu ni Eldest & Middle E akan dijaga oleh my aunty dan my Youngest E akan diletakkan kat nursery company I...( itupun adik ipar I yang tolong adjustkan.....so, my Youngest E akan bersama-sama dengan cousin dia kat nursery tu selama 2 minggu )...

Ok peeps...kena stop dulu ni...nak buat house chores skit ni....nite-nite..:-))

4 comments:

  1. babe

    suker i tgk anak2 kecil bgn sahur to puasa..haruslah digalakkan..keep it up :) so u r okay now kan??

    ReplyDelete
  2. Kak YatMaria,
    Alhamdullillah..I semakin ok..sib baik lah sembuh sebelum puasa..kalau tak haru dibuatnya...
    mmmmm...Eldest E ni mmg mudah berpuasa dan tahan dugaan...tapi si Middle E tak tahu lama macam mana....

    ReplyDelete
  3. wahhh meriahnya lauk pauk..bestkan mama ko masak :D
    nanti dia takde, ko berbuka kat rumah mak mentua la pulak ye!

    ReplyDelete
  4. Zarin,
    kalau mama aku takde, maybe berbuka puasa kat rumah aunty aku kuts sbb anak-anak aku aunty aku yg jaga diaorang.....rumah mak mertua on the weekend la...:-))

    ReplyDelete