Wednesday, November 10, 2010

Tipah tertipu bang...Tipah tertipu

U all ingat ayat ini...."Tipah tertipu bang...tipah tertipu...."....hahahaha..ini adalah antara dialog yang famous petikan daripada filem ALI SETAN lakonan Ogy Ahmad Daud, Azmil Mustapha & Izi Yahya. Dan disebabkan filem itu jugak, I berkobar-kobar dan menyimpan hasrat untuk masuk ke USM Penang....gara-gara filem itu. Finally, I berjaya jugak menjejakkan kaki ke tanah Minden yang banyak menggamit memori indah dan jugak pahit (tapi sikit jer) dan duduk di sana selama 5 tahun demi segulung ijazah....Sadiss 'kan!!!

Ok ok..I bukannya nak ceritera pasal masa zaman I belajar kat sana tau.....tu later-later la ye.....Kisahnya begini.....kejadian ini berlaku pada hari cuti Deepavali yang lepas tau. Kisah benar tau. After breakfast, we all ke Tesco Rawang....nak belilah dapur gas I yang baru sebab yang lama sudah uzur benar. Uzur-uzur pun dah hampir 5 tahun menggunakannya walaupun murah 50rial je....cap ayam...happy cook gitu namanya tapi ianya begitu berjasa kepada I tau....

Ok...usha punya usha kat Tesco tu, berkenanlah dengan satu dapur gas ni...cap biasa-biasa PENSONIC.....harga?...cuma RM60. Ok jer...terus amik dan menuju ke kaunter pembayaran sambil ada juga barang2 lain. I bukannya taknak yang dapur gas yang baik macam ELBA, Bompani etc...tapi mengenangkan dapur I tidak direnovate dan diextendkan lagi siap tempias2 time hujan (tengah kumpul pitih ni..duit)...so, pakai la cap apa-apa pun asalkan I boleh memasak.

Pastukan, Mr E teringin nak belikan my Youngest E kereta mainan sebab we all tidak pernah belikan dia toy car yang besar sikit...so, Mr E pun amiklah satu lori plastik cap MEGABLOCK camtu. Mr E ingat ada discount atau dah harga runtuh sebab longgok dalam rak Promosi, takde pulak tulis harga tapi Mr E tak kisah tak pergi scan dulu harganya....alih-alih, masa cashier tu scan toys tu...u all tahu tak berapa harganya.....rupa-rupanya harga toy itu ialah RM60.....sama harga dengan dapur gas I!!!!...aishhh..takkan lah we all nak kata pada cashier tu cancellah, taknak toy tu..rasa macam tak steady la pulok 'kan.....Bukannya Mr E tak boleh bayar harga toy itu, tapi pada we all, kalau awal2 lagi we all tahu yang harganya sedemikian rupa..sudah pasti we all akan cari toy lain yang harga patut sikit la kan..tak gitu? Macam tak berbaloi jer sebab bayar camtu untuk sebuah tractor yang agak kecil....dan mungkin tahan 1-2 minggu sebelum hancur musnah penangan ultraman cosmos kecik I tu..

Kesimpulannya, we all marah pada diri sendiri sebab tidak semak dahulu harganya sebelum membuat pembayaran dan keduanya we all hangin kepada pihak management TESCO yang cuba mengelirukan pembeli secara tidak langsung dengan claim jualan promosi tanpa meletakkan sebarang harga. Tak baik tau tipu-tipu ni...berdosa....So, u all kat luar sana, make sure kalau nak beli sesuatu, especially yang ada promosi tu, sila semak harga terlebih dahulu kalau tak sure ya...ingatan ini buat diri sendiri jugak!!!!...(caishhhh..dalam diam-diam, I dan Mr E tertipu...uwaaaaaaa).

3Es sempat bergambar dengan troli TESCO lagi...yang buat I kagum, TESCO boleh buat atau sediakan troli siap dengan babyseat lagi, lembut pulak tu dan my Youngest E suka dan behave sangat-sangat duduk kat situ.

Toy yang berharga RM59.90 itu......boleh tahan gak untuk sebijik anak lori!!!...Yang pasti, tipah tertipu bang!!! Toy yang diberi nama FORD EMIL oleh my Youngest E sebab terpengaruh dengan kereta daddy dia....muahahahahahaha...

Ok yer...ceritera berundur diri dulu...see u in the next post ya!!!

3 comments:

  1. hai.. salam singgah..
    me also ada experience di Tesco, when the promotion said beli satu dan percuma satu. Bila ke kaunter, diaorg cakap things yg I beli tu xde promotion tu. Padahal terang-terang kt board tu tulis with promotion. Memang menyampah.

    ReplyDelete
  2. salam Mia....
    tq singgah kat blog i yang tak seberapa ini.:-)) lain kali mmg kita perlu berhati2 bila hendak membeli ni especially tang promosi ni sebab dalam diam diaorang ni cuba menipu pembeli....

    ReplyDelete
  3. kadang2 bkn salah tesco atau mana pasaraya pun..ada customer amik barang pastu cancel terus letak sesedap ati kan..mustahil la nk letak staff setiap rak utk pantau kan..kt mana2 pun lepas amik brg semak harga sebelum bayar ek.. ;)

    ReplyDelete