Friday, December 31, 2010

30 Dec 2010...

Ini ceritera semalam. Tak sempat nak update blog sebab tuan tanah punya blog amat keletihan yang melampau. Jam 8.30 mlm sudah belayar ntah ke mana.....

Semalam juga merupakan hari orentasi bagi my Eldest E. Officially masuk sekolah darjah satu pada 3 hb Jan 2011. Pagi bersekolah KAFA dan sebelah petangnya bersekolah SRJK(C). Mesti my Eldest E akan kepenatan 'kan sebab seharian berada di sekolah. Masa orentasi semalam telah ditentukan kelas sementara kerana pada 3hb Jan 2011 baru ada ujian untuk penempatan kelas yang sebenarnya. So, sesiapa yang ok dalam ujian tersebut akan maintain dalam kelas yang diaorang duduk sekarang tetapi mana2 pelajar yang kureng dalam ujian akan ditempatkan di dalam kelas pemulihan...kiranya kelas khas la ni..Harap2 my Eldest E boleh buat dalam ujian itu nanti. Amin...

Ready to go.....

Dalam kelas....

Habis dah orientasi...hari Isnin nanti masuk semula ke sekolah..ada ujian tau!!!

Eldest E kata dia happy sangat2 sebab dah masuk darjah satu....

Sempat buat breakfast je semalam...Mini Quiche & Banana Almond Choc Chips Muffin...

2 comments: