Petang Ahad lepas solat Asar, Mr E bawa Eldest dan Middle E ke Tesco Rawang yang baru ja buka selama 2 hari. Kunun2nya, Mr E nak beli la pewangi kereta dan sedikit junkfood atau kudap-kudapan untuk dimakan di waktu senggang....tapi according to Mr E, begitu ramai umat manusia yang datang bertandang kat Tesco Rawang tu. Pastu pulak plan layout untuk pembelian barang2 tidak best seperti di Tesco Selayang. Nak cari minyak masak dan milo (dikirim oleh I) pun payah nak cari. Ish ish ish...rasanya memang akan berbelanja di Tesco Selayang ja la. Tapi kalau setakat nak gi cuci2 mata dan makan, layan ja kat Tesco Rawang tu 'kan....almaklum ja la, cuma 2 km ja daripada rumah we all...
Balik dari Tesco Rawang, Mr E dan Middle E pergi memancing kat tasik area rumah we all. Tak banyak hasil pancingan yang dapat sebab menurut kata Mr E, ada orang pasang jala kat tasik tu. Tu yang kurang ikan tu...dalam pada tu jugak adalah 3 ekor ikan talapia..Middle E siap minta Mr E belikan akuarium kecil untuk dia supaya Middle E boleh bela ikan yang dipancing.
Middle E yang suka bangat sebab dapat bela ikan yang dipancingnya itu...
Still nak posing lagi dengan hasil pancingannya itu....
COmelnyer senyuman tu..muah..muah..muah
ReplyDeleteAdnazthie,
ReplyDeleteTQ.Comel sbb suka sangat dapat bela ikan....
salam Asilah. Selamat berkerja dan berbaking. Enjoy reading cerita 3E yang comel2 tu.
ReplyDeleteSalam Kak Jun....
ReplyDeleteTq for the wish. Nanti Kak Jun singgah lagi baca story 3E ya.....